Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Yayasan Pengaman Sokong Tindakan Polis Terhadap Anggota Pps

Diterbitkan: 02 Sep 2014 4.19 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) menyifatkan tindakan polis menahan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang adalah tepat dan bersesuaian dengan semangat mengekalkan ketenteraman awam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/yayasan-pengaman-sokong-tindakan-polis-terhadap-anggota-pps
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:19 MYT
Shah Alam, 2 Sept - Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) menyifatkan tindakan polis menahan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang adalah tepat dan bersesuaian dengan semangat mengekalkan ketenteraman awam.

Pengerusinya, Tan Sri Norian Mai berkata penahanan seramai 156 anggota PPS  harus diterima masyarakat sebagai satu langkah yang wajar menjaga keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang serta menjamin keharmonian masyarakat.

"Peristiwa ini (penahanan anggota PPS) seharusnya menjadi satu iktibar kepada mana-mana pihak untuk meneliti peruntukan undang-undang yang berkaitan sebelum melaksanakan sesuatu yang melibatkan kepentingan orang ramai," kata Norian, yang juga bekas Ketua Polis Negara, dalam satu kenyataan hari ini.

Ahad lepas, polis menahan anggota PPS itu termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas pasukan itu didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).  

Turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung PPS yang ditubuh kerajaan negeri Pulau Pinang adalah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer. – BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 02 Sep 2014 4.19 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM