Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Cawangan Khas

Diterbitkan: 21 Mar 2026 7.30 PM Dikemas kini: 22 Sep 2026 2.50 PM
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cawangan-khas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 23/09/2026 01:40 MYT

Cawangan Khas diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh tiga orang Timbalan Pengarah, iaitu Timbalan Pengarah I, Timbalan Pengarah II dan Timbalan Pengarah E1. Struktur organisasi ini turut disokong oleh sembilan orang Ketua Penolong Pengarah yang mengetuai bahagian masing-masing.


Selaras dengan peranan dan tanggungjawab dalam penugasan kepolisan, fungsi utama Cawangan Khas adalah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 3(3) dan Seksyen 20(3), Akta Polis 1967. Dalam melaksanakan fungsi serta tanggungjawab tersebut, pegawai dan anggota Cawangan Khas turut mempunyai kuasa-kuasa kepolisan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa.


SEJARAH PENUBUHAN CAWANGAN KHAS


  • 1918 - Penubuhan ‘Civil Security Service’ (CSS) di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) semasa pentadbiran British di Tanah Melayu.


  • 1939 - Nama CSS ditukar kepada ‘Malayan Security Service’ (MSS). Matlamat MSS adalah mendapatkan maklumat risikan kegiatan dan strategi Tentera Jepun di Tanah Melayu dan Asia Tenggara.


  • 1948 – Nama MSS kemudian ditukar kepada ‘Special Branch’ (SB) dalam usaha British menyusun semula strategi dan langkah proaktif khususnya dalam menangani ancaman pengganas komunis di Tanah Melayu.
  • Ketika itu, SB berperanan sebagai sebuah badan perisikan bermatlamat mengumpul dan menilai maklumat pengganas komunis, seterusnya memanipulasi maklumat-maklumat tersebut bagi menjalankan tindakan-tindakan dalam menangani ancaman pengganas komunis.
  • Penjenamaan semula nama dari MSS kepada SB dalam menangani ancaman pengganas komunis, susulan PKM secara rasmi mengisytiharkan Perang Bersenjata terhadap Kerajaan British di Tanah Melayu pada 20 Jun 1948.
  • Ini berikutan pengistiharan ‘Darurat’ oleh British di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948 dalam menangani ancaman pengganas komunis.
  • 1952 – SB diiktiraf apabila menjadi sebuah jabatan dalam Pasukan Polis Tanah Melayu.


VISI

·       Menjadi agensi perisikan moden, kompeten, dihormati dan berintegriti dalam menangani ancaman keselamatan negara.


MISI

·       Menghasilkan inteligen keselamatan berkualiti dengan memperjelaskan dimensi ancaman, menasihati serta melaksanakan tindakan penguatkuasaan berkesan dalam mengekalkan keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.


OBJEKTIF

·    Cawangan Khas bertanggungjawab mengumpul, menilai dan memproses risikan keselamatan untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam serta mengekalkan keamanaan dan keselamatan Malaysia.


HALA TUJU CAWANGAN KHAS


Pada 30 Januari 2026, YDH CP Dato’ Sri Ibrahim bin Darus, Pengarah Cawangan Khas telah melancarkan buku hala tuju Cawangan Khas sebagai manual rujukan respon kepada persekitaran dinamik untuk memastikan semua Pegawai dan anggota Cawangan Khas berdiri sebagai individu professional yang dapat merancang dan melaksanakan tugasan dengan lebih berkesan dan berimpak tinggi.


ArtikelDiterbitkan 21 Mar 2026 7.30 PMDikemas kini 22 Sep 2026 2.50 PM