Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’
Seri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail dilahirkan pada 8 April
1965 di Manong, Perak. Beliau memiliki Sarjana Comparative Laws
dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Â dan telah
berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih
tiga dekad, memulakan kerjaya sebagai Inspektor Percubaan di Pusat
Latihan Polis Kuala Lumpur.
Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah memegang
beberapa jawatan penting termasuk Police Attache di Kedutaan Malaysia
di London (2018), Ketua Cawangan Khas Pahang (2021), Ketua
Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman (2022), Timbalan
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman (2023) dan seterusnya Pengarah
Cawangan Khas Bukit Aman (2025).
Berikutan kepimpinan dan pengalaman luas beliau,
kerajaan telah melantik beliau sebagai Ketua Polis Negara pada 23 Jun
2025Â selepas persaraan Tan Sri Razarudin bin Husain.
Sepanjang kerjaya, beliau telah menerima pelbagai
anugerah dan darjah kebesaran termasuk Panglima Setia Pasukan Polis
(PSPP), Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), Pingat
Jasa Pahlawan Negara (PJPN), Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP), Sri
Sultan Ahmad Shah (SSAP) dan Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS).
Beliau mendirikan rumah tangga bersama Puan Sri
Datuk (Dr) Hajah Munirah binti Che Rose dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.