Artikel
Hari Polis Ke 219 Ayuh Sertai Pdrm Fun Run 2026 Semarak Sambutan Bersama Masyarakat
Kuala Lumpur, 18 September 2026 – Bersempena Sambutan Hari Polis Ke-219, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) mengajak seluruh r...
Kuala Lumpur, 18 September 2026 – Bersempena Sambutan Hari Polis Ke-219, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan PDRM Fun Run 2026 pada 22 November 2026 (Ahad) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Pelancaran program tersebut telah berlangsung di pekarangan Menara 1, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini hari ini dan disempurnakan oleh Pengarah JSJ, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu.
Program yang menyasarkan penyertaan seramai 15,000 peserta itu menawarkan dua kategori larian, iaitu 5 dan 10 kilometer.
Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, PDRM Fun Run 2026 bukan sahaja menjadi platform menggalakkan gaya hidup sihat, malah turut membuka ruang kepada masyarakat untuk bersama pegawai serta anggota polis dalam menyemarakkan semangat kebersamaan dan mengeratkan hubungan.
Selain larian, peserta dan pengunjung turut berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran aset agensi-agensi, reruai jualan, senamrobik, persembahan hiburan serta cabutan bertuah yang menawarkan 219 hadiah.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga PDRM Fun Run 2026! Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian menerusi platform HeyJom, https://www.heyjom.com/event/pdrm-fun-run-2026?
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Azri Sabri




