Asia International Security Summit and Expo (AISSE)
Asia International Security
Summit and Expo (AISSE) diperkenalkan pada tahun 2025 dan ia merupakan acara
keselamatan bertaraf antarabangsa yang dianjurkan bagi menghimpunkan agensi
penguatkuasaan undang-undang, pemimpin kerajaan, pakar keselamatan serta pemain
industri dari dalam dan luar negara.
AISSE merupakan inisiatif
yang diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri dengan Alpine Integrated Solution
Sdn. Bhd. (AIS) bertindak sebagai penganjur. Pada tahun 2025 buat kali Polis
Diraja Malaysia bertindak sebagai penganjur bersama penganjuran AISSE.
Penganjuran AISSE selaras dengan aspirasi untuk memperkukuh
keamanan dan keselamatan melalui kerjasama penguatkuasaan undang-undang,
perkongsian kepakaran serta penerokaan teknologi, inovasi dan penyelesaian
keselamatan terkini di peringkat nasional dan antarabangsa.
Butiran Program
Asia International Security Summit and Expo (AISSE)
1. Memperkukuh kerjasama
antarabangsa dalam bidang keamanan dan keselamatan melalui jaringan strategik
antara agensi penguatkuasaan undang-undang serta pihak berkepentingan.
2. Meningkatkan perkongsian
risikan, pengetahuan, kepakaran dan amalan terbaik dalam menangani ancaman
serta jenayah rentas negara.
3. Memperkasa kerjasama
penguatkuasaan undang-undang merentasi sempadan melalui perkongsian strategi
dan inisiatif latihan bersama.
4. Menghimpunkan kerajaan,
agensi penguatkuasaan, pakar keselamatan dan pemain industri bagi membincangkan
cabaran, penyelesaian, teknologi serta pendekatan terkini berkaitan keselamatan
negara.
5. Menampilkan teknologi,
inovasi dan penyelesaian keselamatan terkini sebagai sokongan kepada usaha
memperkukuh keupayaan keselamatan negara.
6. Menjadikan Malaysia
sebagai platform atau pameran premium Asia bagi keamanan dan keselamatan,
selaras dengan aspirasi untuk mempromosikan keamanan, kestabilan dan
keselamatan global.