Artikel
Video Pilihan Bantuan Kecil Besar Makna
Terima kasih kepada Lans Koperal Aiman Ariff Mohamad Alawi dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak kerana membantu se...
Terima kasih kepada Lans Koperal Aiman Ariff Mohamad Alawi dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak kerana membantu seorang warga emas melintas di lampu isyarat Batu 6, Gombak, Selangor, baru-baru ini.
Ketika sedang bertugas mengawal lalu lintas, anggota tersebut terlihat seorang warga emas yang baru keluar dari masjid berhampiran. Prihatin dengan keselamatan warga emas berkenaan, beliau segera mengambil inisiatif untuk mengiringinya menyeberang jalan dengan selamat.
Mungkin hanya seketika masa yang diluangkan, namun keprihatinan kecil itu cukup bermakna buat insan yang memerlukan. Tindakan ini mencerminkan nilai kemanusiaan dan sikap prihatin yang sentiasa menjadi sebahagian daripada jiwa warga Pasukan.
Sumber video: TikTok ahmad kuchai
