Mh17 Kanak Kanak Antara 9 Jenazah Nahas Mh17 Tiba Hari Ini
Sepang, 2 September - Hujan renyai yang membasahi bumi pagi ini seakan-akan turut bersedih dengan kepulangan sembilan jenazah mangsa nahas pesawat MH17 yang tiba di pekarangan Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, jam 8.30 pagi tadi.
Pesawat yang membawa tujuh jenazah warga Malaysia dan dua warga Belanda tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan penuh istiadat penerimaan jenazah.
Istiadat penghormatan kali ketiga ini turut melibatkan seorang kanak-kanak, Kaelamayajay Goes yang berumur 21 bulan.
Selesai majlis penghormatan kepada jenazah, Kompleks Bunga Raya sunyi seketika taktala semua hadirin yang berada di situ bertafakur selama seminit sejurus selesai kesemua keranda diturunkan daripada badan pesawat MH19.
Sementara itu, dua bekas abu dan satu keranda diterbangkan terus menggunakan helikopter EC725 dari landasan Kompleks Bunga Raya ke lokasi persemadian masing-masing manakala abu seorang daripada anak kapal mangsa MH17 akan diterbangkan menerusi helikopter Charlie dari Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi ke Pulau Pinang.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir menyambut ketibaan jenazah bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan isteri serta Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM dan Pegawai-pegawai tertinggi PDRM serta beberapa menteri Kabinet dan keluarga mangsa.
Ketibaan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad
Ketibaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,
Ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
Datin Seri Rosmah Mansor tidak dapat menahan sebak
Ketika Istiadat berlangsung
Ketika Istiadat berlangsung
Datuk Seri Najib Razak mengambil kesempatan bertemu dengan ahli keluarga mangsa
Datuk Seri Najib Razak mengambil kesempatan bertemu dengan ahli keluarga mangsa
Sekitar majlis istiadat berlangsung
Datuk Seri Najib Razak melihat gambar wajah mendiang Kapten Eugene Choo Jin Leong
Ketika Istiadat berlangsung walaupun dalam keadaan hujan
Ketika Istiadat berlangsung walaupun dalam keadaan hujan
Antara ahli keluarga yang tidak dapat menahan kesedihan
Antara ahli keluarga yang tidak dapat menahan kesedihan
Antara ahli keluarga yang tidak dapat menahan kesedihan
Antara ahli keluarga yang tidak dapat menahan kesedihan
Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali turut tidak dapat menahan perasaan sebak
Ketika Istiadat berlangsung