Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Jspt
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ditubuhkan secara rasmi pada 25 Mac 2016 sempena Sambutan Hari Polis Ke-209.
Objektif
JSPT ditubuhkan dengan objektif utama menjadikannya sebagai sebuah jabatan yang menerajui pengurusan trafik dengan teras perkhidmatan utama seperti berikut:-
Siasatan dan Perundangan
Penguatkuasaan
Kawalan Lalulintas
Pengurusan Saman
Visi
Agensi peneraju penguatkuasaan lalu lintas dalam menentukan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
Misi
Memberi
perkhidmatan yang cekap, profesional dan berkualiti dalam melindungi
serta menjamin persekitaran yang selamat kepada pengguna jalan raya.
Struktur Organisasi
Di Peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, JSPT akan diketuai oleh seorang pegawai kanan polis berpangkat SAC yang akan bertindak sebagai Pengarah JSPT dan dibantu oleh:-
Dua Timbalan Pengarah berpangkat ACP iaitu:-
Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/ Siasatan/ Sumber)
- Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalulintas/ Pengurusan Saman)
Enam Ketua Penolong Pengarah (KPP) berpangkat Supt iaitu:-
KPP Kepolisan Am
KPP Penguatkuasaan
KPP Siasatan/ Perundangan
KPP Pengurusan Saman,
KPP Urusetia/ Kawalan Lalulintas
KPP Perolehan/ Pembangunan/ Kewangan