Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Meriahkan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026

Diterbitkan: 17 Sep 2026 1.06 AM Dikemas kini: 20 Sep 2026 2.24 PM
Kuching, 17 September 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid hadir memeriahkan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching, di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-meriahkan-sambutan-hari-malaysia-peringkat-kebangsaan-2026
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:00 MYT
Kuching, 17 September 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid hadir memeriahkan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching, di sini, malam tadi.

Sambutan yang memasuki tahun ke-63 itu turut dihadiri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Hj. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan PM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan tahun ini mengetengahkan kepelbagaian budaya dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia menerusi persembahan tradisional dan kontemporari dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak, selaras dengan semangat “Segulai Sejalai” (Seiring Sejalan).

Antara pengisian utama sambutan ialah nyanyian lagu negeri Sarawak, “Ibu Pertiwiku”, persembahan selamat datang, pemotongan pulut kuning serta upacara menandatangani Buku Khas Pengisytiharan Malaysia oleh Dato' Seri Anwar bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Hj. Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Hj. Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Noor.

Turut hadir, Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2026, Dato’ Seri Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Pengarah Pengurusan merangkap Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah bersama isteri, Datin Dr. Nitce Isa Medina Machmudi Isa.

Jurugambar: D6, Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Sarawak dan Jabatan Penerangan Malaysia

May be an image of text

May be an image of dais and text that says 'න POLIS መባበር 찌미랑! =1'\

May be an image of ‎one or more people, dais and ‎text that says '‎OMDAN ل MALAYSIA MADAN! BERSA ANCE‎'‎‎

May be an image of one or more people, crowd and text

May be an image of one or more people, saxophone and text that says 'JLAKHIR 1449 SARAWAK m'


ArtikelDiterbitkan 17 Sep 2026 1.06 AMDikemas kini 20 Sep 2026 2.24 PM