Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)

Diterbitkan: 21 Mar 2026 7.36 PM Dikemas kini: 23 Sep 2026 8.16 PM
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jabatan-siasatan-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 04:08 MYT

Akta Polis 1967, Seksyen 3(3) menyebutkan bahawa antara tugas pasukan polis ialah mencegah, mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah. Jabatan Siasatan Jenayah dipertanggungjawabkan untuk menyempurnakan tugas-tugas tersebut.

Jabatan Siasatan Jenayah diketuai oleh seorang Pengarah yang berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh tiga  orang Timbalan Pengarah dibawahnya, iaitu Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Risikan / Operasi), Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah  (Siasatan / Perundangan) dan Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Forensik / Databank / DNA / Perancangan Strategi).

Visi

Membebaskan negara dan dan masyarakat Malaysia dari jenayah agar rakyat hidup dalam keadaan selamat, aman dan sejahtera.

Misi

Mengesan, menangkap dan berjaya mendakwa penjenayah mengikut undang-undang.

Bahagian di bawah JSJ

Bahagian Urusetia 

  • Bahagian D1 (Kepolisan Kawalan Dalaman)
  • Bahagian D2 (Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia & Singapura)
  • Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran - ATIPSOM)
  • Bahagian D4 (Risikan / Operasi / Rekod Jenayah )
  • Bahagian D5 (Pendakwaan / Undang-Undang)
  • Bahagian D6 (Bantuan Teknik)
  • Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat)
  • Bahagian D8 (Operasi Khas)
  • Bahagian D9 (Siasatan Khas)
  • Bahagian D10 (Forensik)
  • Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak)
  • Bahagian D12 (Interpol)
  • Bahagian D13 (Data Bank / DNA)



ArtikelDiterbitkan 21 Mar 2026 7.36 PMDikemas kini 23 Sep 2026 8.16 PM