Jabatan Logistik dan Teknologi
Struktur organisasi Jabatan Logistik
dan Teknologi diketuai oleh seorang Pengarah yang berpangkat Komisioner
Polis (CP) selaku Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi dibantu oleh
seorang Ketua Urus Setia (Analisis dan Pembangunan Teknologi) berpangkat
SAC yang berperanan dalam mengurus, merancang dan menyelaras
tugas-tugas Urus Setia Jabatan Logistik dan Teknologi serta menyelaras
kajian teknologi terkini dan keperluan perolehan kelengkapan/peralatan
PDRM supaya menepati nilai faedah yang terbaik.
Jabatan Logistik dan Teknologi diterajui oleh tiga (3) orang Timbalan
Pengarah iaitu Timbalan Pengarah (Teknikal /Operasi) yang dibawahnya
merangkumi tiga (3) cawangan iaitu Cawangan Pengangkutan, Cawangan
Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM) dan Cawangan Persenjataan.
Seterusnya Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am) dan
Timbalan Pengarah (Fasiliti/ Bekalan/ Aset), Jabatan Logistik dan
Teknologi.
Visi
Ke arah Organisasi yang Profesional dan Berwibawa
Misi
Menyediakan keperluan logistik yang berkualiti sesuai dengan Misi PDRM untuk masa kini dan masa hadapan.
Objektif
Menyediakan perkhidmatan, perkakasan,
kelengkapan, dan infrastruktur yang cekap dan berkesan bagi kejayaan
PDRM dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.
Fungsi Utama
-
Memastikan kesiapsiagaan peralatan teknikal dan operasi pada tahap yang optimum;
-
Merancang pengukuhan organisasi yang holistik serta urus tadbir kepolisan am yang sistematik;
-
Mengurus kewangan PDRM bagi perbelanjaan yang diperuntukkan dapat dikawal dan dibelanja mengikut keutamaan;
-
Mengurus aset PDRM dengan teratur, cekap dan berkesan;
-
Merancang urusan perlaksanaan projek pembangunan dan perolehan PDRM mengikut peraturan kewangan, prinsip dan dasar; dan
-
Membuat analisis dan penambahbaikan dari sudut teknologi dan teknikal projek pembangunan, peralatan dan kelengkapan pasukan.
Bahagian di bawah jabatan ini ialah:-
-
Cawangan Urus Setia (Analisis dan Pembangunan Teknologi)
-
Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM)
-
Cawangan Pengangkutan
-
Cawangan Persenjataan
-
Cawangan Pengurusan Fasiliti
-
Cawangan Pusat Bekalan
-
Cawangan Kewangan
-
Cawangan Perolehan
-
Cawangan Kepolisan Am
-
Cawangan Pengurusan Aset