Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Miliki Kad Kuasa Perisik Kdn Dipanggil Beri Keterangan

Diterbitkan: 02 Sep 2014 4.21 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Melaka memanggil seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pemilikan kad kuasa 'perisik' Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-miliki-kad-kuasa-perisik-kdn-dipanggil-beri-keterangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:59 MYT
Melaka, 2 Sept - Polis Melaka memanggil seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pemilikan kad kuasa 'perisik' Kementerian Dalam Negeri (KDN).   

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata lelaki berusia 30 tahun yang bekerja di sebuah hotel di negeri itu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah pada 11 malam, 31 Ogos lepas.

Beliau berkata polis turut merampas satu kad kuasa Unit Risikan Khas KDN yang mempamerkan jawatan perisik dipercayai diterima daripada seorang kakitangan KDN berusia 34 tahun.

"Lelaki terbabit mengaku memperoleh kad itu daripada rakannya yang bekerja di kementerian tersebut pada April lepas.

"Namun, hasil siasatan mendapati tiada Unit Risikan Khas dalam KDN dan juga tiada kad kuasa dikeluarkan kementerian itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Raja Shahrom berkata pihaknya membuka kertas siasatan bagi kes berkenaan dan tindakan lanjut akan diambil terhadap lelaki itu jika terdapat sebarang kesalahan jenayah.

Bagaimanapun, beliau berkata sehingga kini, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung penggunaan kad kuasa itu.

"Kami minta orang ramai atau pihak berkuasa jika ada yang pernah ditemui orang yang mengatakan dia perisik KDN supaya tampil membuat laporan polis dan kita akan ambil tindakan serta-merta," katanya.

Dalam pada itu, Raja Shahrom berkata pihaknya kini sedang mengesan kakitangan
KDN yang memberikan kad kuasa berkenaan. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 02 Sep 2014 4.21 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM