Dasar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Polis Diraja Malaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) beriltizam dalam melaksanakan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PDRM secara cekap dan efisien dengan:
- Meningkatkan tahap kesedaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
- Mengenal pasti hazard dan melaksanakan analisis pengurusan risiko di tempat kerja bagi melindungi warga PDRM sambil mengiktiraf pekerja sebagai aset terpenting;
- Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, selamat dan sihat.
Sehubungan itu, PDRM komited untuk:
- Mematuhi keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan lain-lain keperluan yang berkaitan dengan aktiviti PDRM selari dengan Akta Polis 1967;
- Menyedia, menyemak dan mengemaskini Hazard Identification Risk Assessment And Risk Control (HIRARC) dan Safe Working Procedure (SWP) bagi memantapkan operasi dan pentadbiran PDRM berlandaskan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
- Menyediakan maklumat, panduan, arahan, latihan dan penyeliaan bagi memupuk warga PDRM agar berdisiplin supaya budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan berada di tahap yang tinggi serta menjadi amalan rutin dalam menjalankan sebarang tugas;
- Memastikan penambahbaikan yang berterusan dalam pengurusan dan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan PDRM melalui proses audit dalaman yang komprehensif;
- Berusaha menerapkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui pelbagai kaedah dan pendekatan yang bersesuaian kepada seluruh warga PDRM;
- Menjalin kolaborasi dan kerjasama dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi menangani isu-isu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan warga PDRM.
PDRM percaya dasar ini merupakan pemangkin dalam meningkatkan keselamatan dan kesihatan warga PDRM dalam memberi perkhidmatan yang professional selaras dengan Visi dan Misi PDRM. Saya dengan ini, memberi komitmen penuh dalam menjayakan pelaksanaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PDRM.
(TAN SRI RAZARUDIN BIN HUSAIN) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Tarikh: 7 September 2023