Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Timbalan Kpn Thailand 18092026
Kuala Lumpur, 18 September 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima kunjungan hormat daripada Timbal...
Kuala Lumpur, 18 September 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima kunjungan hormat daripada Timbalan KPN Thailand, Police General Samran Nualma bersama delegasi di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini.
Pertemuan tersebut menjadi platform untuk membincangkan isu-isu berkepentingan bersama serta memperkukuh kerjasama dan hubungan dua hala antara PDRM dengan Polis Diraja Thailand, khususnya dalam usaha memastikan keselamatan dan kestabilan serantau.
Turut hadir ialah barisan Pengarah PDRM, Timbalan Pengarah (Jenayah Siber), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Dato’ Shamsul Amar Ramli, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Mohammad Mashdik Yahya serta ACP Perhubungan Antarabangsa Urus Setia KPN Bukit Aman, ACP Loh Pey Pey.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin