Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Mangsa Culik Rm7 Juta Ada Kaitan Ketua Sindiket Ditembak Mati
Kuala Selangor, 10 September 2026 - Markas makmal dadah milik sindiket diketuai pakar kimia yang ditembak mati di Garden Homes, Seremban 2, diserbu menerusi Op...
Kuala Selangor, 10 September 2026 - Markas makmal dadah milik sindiket diketuai pakar kimia yang ditembak mati di Garden Homes, Seremban 2, diserbu menerusi Op Eumenes di sebuah kawasan perindustrian Bandar Puncak Alam, di sini, bulan lalu.
Premis yang disewa dengan kadar sehingga RM10,000 sebulan sejak Februari lalu itu dipercayai dijadikan tempat menyimpan dan memproses pelbagai jenis dadah bernilai RM2.4 bilion, sekali gus menjadi rampasan terbesar tahun ini. Turut disita lima kenderaan termasuk Toyota Vellfire bernilai RM276,000.
Menerusi enam siri serbuan Op Eumenes, polis menahan lima individu termasuk dua warga asing berusia antara 29 hingga 43 tahun di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati makmal dadah tersebut didalangi lelaki berusia 52 tahun yang ditembak mati di Seremban 2 dengan suspek bertindak mengatur penyewaan premis, merekrut anggota sindiket serta membawa masuk peralatan yang dipercayai dari China.
"Kesemua bahan itu dibawa masuk dengan diisytiharkan sebagai alat pemprosesan menggunakan kargo yang dipercayai melalui Pelabuhan Klang.
"Malah, seorang yang direkrut adalah pakar kimia warga Taiwan dalam penghasilan dadah," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini. semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.