Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)

Diterbitkan: 21 Mar 2026 8.41 PM Dikemas kini: 22 Sep 2026 4.23 PM
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jips-pdrm-integriti-pematuhan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 23/09/2026 01:41 MYT
Laman Utama / Artikel / Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)
Kembali ke Pustaka
Artikel

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah ditubuhkan secara secara rasmi pada 25 julai 2014 dengan merujuk kepada Surat Pengistyharan Penubuhan Jab...

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah ditubuhkan secara secara rasmi pada 25 julai 2014 dengan merujuk kepada Surat Pengistyharan Penubuhan Jabatan Polis Di Bawah Seksyen 6(b) Akta Polis No. 41/1967 dalam rujukan KPN (PR) 89/3 bertarikh 25 Julai 2014 yang ditandatangani oleh IG Tan Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara Ke-10. JIPS merupakan jabatan kesembilan ditubuhkan di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis (CP) dan dibantu tiga Timbalan Pengarah berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) iaitu Timbalan Pengarah (Integriti) JIPS mengetuai Bahagian Integriti, Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) JIPS, mengetuai Bahagian Pematuhan Standard (PS) dan Timbalan Pengarah (Agama Kaunseling) JIPS, mengetuai Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA).

Penubuhan JIPS adalah gabungan daripada Urus Setia Ketua Polis Negara (Tatatertib), Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Pengurusan serta Cawangan Naziran Jabatan-Jabatan yang dikoordinasi di dalam satu jabatan yang khusus kepada integriti dan pematuhan standard berdasarkan kepada 6 teras asas penubuhan seperti digariskan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2013 yang setiap satunya diletakkan di bawah enam cawangan JIPS iaitu:-

1. Teras Tadbir Urus di bawah Cawangan Tadbir Urus / Kepolisan Am (TU/KA), Bahagian Integriti, JIPS

2. Teras Pengurusan Aduan di bawah Cawangan Pengurusan Aduan (CPA), Bahagian Integriti, JIPS

3. Teras Pematuhan di bawah Cawangan Pematuhan, Bahagian Pematuhan Standard (PS), JIPS

4. Teras Pengesanan dan Pengesahan di bawah Cawangan Risikan / Operasi (R/O), Bahagian 
    Pematuhan Standard (PS), JIPS

5. Teras Tatatertib di bawah Cawangan Siasatan / Perundangan / Kajian Kes (SPK), Bahagian
    Pematuhan Standard (PS), JIPS ; dan

6. Pengukuhan Integriti di bawah Cawangan/Unit Agama, Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Agama
    dan Kaunseling (BAKA), JIPS

Objektif


Penubuhan JIPS adalah bertujuan memperkasakan kawalan dalaman ke atas segenap lapisan pegawai dan anggota PDRM melalui Dasar dan Perundangan, Sistem dan Prosedur Penyampaian Perkhidmatan, Tindakan Pengesanan, Punitif dan Pemulihan, Pembudayaan Nilai-Nilai Murni dan Kod Etika, Pengurusan Pelanggan dan membina Kemuafakatan dengan pihak berkepentingan. Setakat ini objektif penubuhan JIPS sentiasa selaras dengan keutamaan Ketua Polis Negara.

Visi


Peneraju dalam penguatkuasaan, pengukuhan dan membudayakan integriti warga PDRM berteraskan peraturan dan undang-undang.
 

Misi


Progresif dan dinamik dalam memperkasakan pengukuhan integriti dan modal insan serta pemantapan integriti warga PDRM.

ArtikelDiterbitkan 21 Mar 2026 8.41 PMDikemas kini 22 Sep 2026 4.23 PM