Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kronologi Institusi

Garis Masa Sejarah Polis Diraja Malaysia

Terokai catatan lengkap perjalanan institusi kepolisan Malaysia daripada sistem keselamatan Kesultanan Melaka, pembentukan pasukan moden pada 1807, perkembangan pasukan negeri, zaman Darurat, pengiktirafan Diraja hingga pemodenan Polis Diraja Malaysia.
Garis Masa Sejarah Polis Diraja Malaysia
Skop Masa
1400 – 1969
Rekod sejarah
35 peristiwa
Pilih main untuk mendengar
35 peristiwa
Tiada rekod sejarah yang sepadan ditemui.
Cuba kata kunci lain atau kosongkan carian.
1400–1795

Warisan Awal Kepolisan

Asas keselamatan dan pentadbiran undang-undang berkembang daripada institusi Kesultanan Melaka hingga pemerintahan Portugis dan Belanda.
Peristiwa sejarah
Polis di bawah Kesultanan Melaka

Polis di bawah Kesultanan Melaka

Fakta UtamaTempoh: Sekitar abad ke-15Sistem yang wujud di Melaka mungkin diikuti oleh negeri-negeri Melayu yang lain.Dalam setiap peradaban sesuatu bangsa terdapat badan penguatkuasa yang melaksanakan undang-undang dan peraturan masyarakat dan negara.Naratif SejarahDalam setiap peradaban sesuatu bangsa terdapat badan penguatkuasa yang melaksanakan undang-un…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: Sekitar abad ke-15
  • Sistem yang wujud di Melaka mungkin diikuti oleh negeri-negeri Melayu yang lain.
  • Dalam setiap peradaban sesuatu bangsa terdapat badan penguatkuasa yang melaksanakan undang-undang dan peraturan masyarakat dan negara.

Naratif Sejarah

Dalam setiap peradaban sesuatu bangsa terdapat badan penguatkuasa yang melaksanakan undang-undang dan peraturan masyarakat dan negara. Sejarah kepolisan di Malaysia bermula dengan sejarah kegemilangan kesultanan Melayu. Tidak dapat dinafikan bahawa telah wujud institusi pegawai yang mempunyai fungsi-fungsi polis sejak Kerajaan Hindu Majapahit dan Empayar Buddha Sri Vijaya. Walaupun wujud rekod-rekod mengenai peraturan dan undang-undang tetapi perincian tidak banyak diperolehi. Melaka adalah sebuah kerajaan Melayu yang tertua. Semasa ketiadaan Sultan Melaka, Bendahara mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhkan hukuman. Temenggung pula bertindak sebagai pegawai. Adalah menjadi tugasnya untuk menangkap penjenayah, membina penjara dan melaksanakan hukuman-hukuman. Selain Temenggung, para Penghulu juga mempunyai "pasukan polis" masing-masing. Tugas utama pasukan ini adalah memungut cukai dan penguatkuasaan undang-undang dan menjaga keselamatan kampung.

Sistem yang wujud di Melaka mungkin diikuti oleh negeri-negeri Melayu yang lain. Sebuah "digest" undang-undang yang disusun untuk Abd Al Ghafur Muhaiyud Din Shah - Sultan Pahang (1592-1614) - meriwayatkan bahawa Temenggung yang dilantik oleh raja dipertanggungjawabkan untuk menjaga pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah, pasar, jalan, pekan, timbangan dan sukatan. Temenggung yang mempunyai seorang pengawal peribadi, dikehendaki mengawasi pemeriksaan penjara, berlaku adil, mencari pengikut-pengikut yang amanah dan berunding dengan rakan-rakan sejawat Itulah gambaran umum yang dapat kita lihat menerusi rekod-rekod yang ada, mengenai sistem pentadbiran undang-undang klasik Melayu.

Peristiwa sejarah
Melaka di bawah Portugis dan Belanda

Melaka di bawah Portugis dan Belanda

Fakta UtamaTempoh: 1509–1795Pada 10 Ogos 1511, armada Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque berjaya menakluki Melaka.Melaka sekali lagi dijajah apabila Belanda berjaya merampasnya dari tangan Portugis pada 14 Januari 1641.Pada Tahun 1795 Melaka sekali lagi bertukar tangan apabila British pula diberi amanah untuk memiliki sementara tanah jajahan itu bagi …

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1509–1795
  • Pada 10 Ogos 1511, armada Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque berjaya menakluki Melaka.
  • Melaka sekali lagi dijajah apabila Belanda berjaya merampasnya dari tangan Portugis pada 14 Januari 1641.
  • Pada Tahun 1795 Melaka sekali lagi bertukar tangan apabila British pula diberi amanah untuk memiliki sementara tanah jajahan itu bagi pihak Raja Belanda yang terpaksa melarikan diri setelah Perancis berjaya menduduki Belanda.
  • Lukisan menggambarkan kedatangan orang Portugis ke Negeri Melaka pada tahun 1509.
  • Pemandangan Bandar Melaka oleh pelukis Portugis pada tahun 1511

Naratif Sejarah

Pada 10 Ogos 1511, armada Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque berjaya menakluki Melaka. Menurut Tome Pires, penulis Portugis yang menghasilkan 'Suma Oriental' sistem pentadbiran lama masih digunakan untuk mengawal penduduk-penduduk Asia di situ. Penjajah Portugis mentadbir Melaka secara ketenteraan. Segala kerja dan tugas kepolisan dilaksanakan oleh askar-askar Portugis. Menjelang tahun 1511 Melaka telahpun menjadi masyarakat kosmopolitan. Pihak Portugis lebih senang mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem "Kapitan". Di bawah sistem ini suku-suku kaum akan diletakkan di bawah seorang ketua kaum. Ketua ini bertindak sebagai intitusi polis untuk menjaga kekuasaannya. Perkataan "Kapitan" berasal dari bahasa Sepanyaol dan ada kemungkinan sistem itu digunakan di tanah jajahan Portugis lainnya.

Melaka sekali lagi dijajah apabila Belanda berjaya merampasnya dari tangan Portugis pada 14 Januari 1641. Belanda juga memerintah Melaka dengan menggunakan sistem ketenteraan di samping meneruskan sistem ber'kapitan' yang diperkenalkan oleh Portugis dahulu. Apabila penduduk Eropah bertambah dan wujudnya keperluan kepada anggota polis maka sebuah pasukan polis yang dinamakan 'Burgher Guard' ditubuhkan. Burgher Guard adalah badan yang baru dan para pegawainya terdiri daripada orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota-anggota bawahannya adalah pribumi tempatan. Pasukan polis itu bertanggungjawab kepada Majlis Keadilan yang anggota-anggotanya dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka. Penghulu juga menjalankan tugas-tugas polis semasa Melaka di bawah pemerintahan Belanda.

Pada Tahun 1795 Melaka sekali lagi bertukar tangan apabila British pula diberi amanah untuk memiliki sementara tanah jajahan itu bagi pihak Raja Belanda yang terpaksa melarikan diri setelah Perancis berjaya menduduki Belanda.

Lukisan menggambarkan kedatangan orang Portugis ke Negeri Melaka pada tahun 1509. Bangsa Portugis merupakan orang Eropah pertama menjejakkan kaki ke Melaka.

Pemandangan Bandar Melaka oleh pelukis Portugis pada tahun 1511

Galeri Sejarah

1786–1871

Asas Kepolisan Moden

Institusi polis moden mula dibentuk di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebelum disatukan dalam Negeri-Negeri Selat.
Peristiwa sejarah
Polis Pulau Pinang

Polis Pulau Pinang

Fakta UtamaTempoh: 1786–1948Pada 11 Ogos 1786, Francis Light mendarat di Pulau Pinang dan menamakannya sebagai Prince of Wales Island.Dalam tahun 1787, beberapa rusuhan telah berlaku di Pulau Pinang.Walau bagaimanapun, dengan kebijaksanaannya, dalam tahun 1792, Francis Light melantik ketua kaum yang dinamakan "Captain" bagi tiap-tiap kaum Melayu, Cina dan C…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1786–1948
  • Pada 11 Ogos 1786, Francis Light mendarat di Pulau Pinang dan menamakannya sebagai Prince of Wales Island.
  • Dalam tahun 1787, beberapa rusuhan telah berlaku di Pulau Pinang.
  • Walau bagaimanapun, dengan kebijaksanaannya, dalam tahun 1792, Francis Light melantik ketua kaum yang dinamakan "Captain" bagi tiap-tiap kaum Melayu, Cina dan Chulia (kaum India Selatan).
  • Cara menjaga keselamatan dengan mengadakan Kapten ini tidak sepenuhnya berjaya oleh sebab Francis Light tidak dapat melantik Kapten bagi orang - orang Eropah.
  • Sehingga tempoh ini Francis Light telah beberapa kali menghantar permohonan kepada Lembaga Pengarah East India Company untuk menubuhkan satu pasukan polis yang rasmi tetapi tidak juga mendapat sambutan.

Naratif Sejarah

Pada 11 Ogos 1786, Francis Light mendarat di Pulau Pinang dan menamakannya sebagai Prince of Wales Island. Dia bertindak atas nama East India Company yang bermarkas di India. Penduduk-penduduk di Pulau Pinang pada masa itu adalah nelayan-nelayan Melayu yang kecil bilangannya. Tiga tahun kemudian, penduduk Pulau Pinang meningkat ke 10,000 orang ditambah pula dengan pendatang-pendatang dari luar negeri. Di kala itu Francis Light mendapati adalah mustahak baginya untuk menubuhkan satu badan polis bagi menjaga keselamatan di Pulau Pinang. Dia membuat rayuan kepada ketua-ketuanya di India berkenaan perkara ini tetapi tidak mendapat layanan. Dalam pada itu dia diberi pangkat sebagai Superintendent dan diarahkan menjalani kerjanya bersendirian. Dengan itu, dia terpaksalah menggunakan sepoi-sepoi yang datang bersama-sama beliau dari India. Namun sepoi-sepoi ini didapati tidak berdisiplin.

Dalam tahun 1787, beberapa rusuhan telah berlaku di Pulau Pinang. Beberapa kelasi bangsa Eropah telah terlibat dan 2 orang Siam telah terbunuh. Sekali lagi Francis Light menulis surat kepada Governor-General East India Company (Lord Cornwallis) di India untuk mengadakan undang-undang dan menubuhkan satu pasukan polis di pulau tersebut tetapi ini juga ditolak.

Walau bagaimanapun, dengan kebijaksanaannya, dalam tahun 1792, Francis Light melantik ketua kaum yang dinamakan "Captain" bagi tiap-tiap kaum Melayu, Cina dan Chulia (kaum India Selatan). Mereka ini bertindak selaku majistret di dalam kes-kes kecil. Bagi kes-kes lain yang tertuduh akan dibawa ke hadapan Superintendent. Setiap Kapten ini juga bertanggungjawab mengawal beberapa daerah dengan dibantu oleh 5 orang "peon". Peon-peon ini boleh dianggap sebagai konstabel yang pertama di dalam keanggotaan pegawai pangkat rendah polis yang wujud sehingga kini.

Tugas dan tanggungjawab polis pada masa itu termasuk berbagai aspek pentadbiran seperti kawalan pembekalan air dan pendaftaran "beranak mati". Kemudian dari itu, termasuklah juga mencegah kebakaran dan tugas-tugas penjara. Walau bagaimanapun, kerja-kerja utama mereka adalah tetap selaku pelaksana undang-undang seperti yang dilakukan pada masa ini.

Cara menjaga keselamatan dengan mengadakan Kapten ini tidak sepenuhnya berjaya oleh sebab Francis Light tidak dapat melantik Kapten bagi orang - orang Eropah. Mereka ini semakin bersikap sombong kerana menyedari yang mereka ini bebas daripada undang-undang. Pada tahun 1793 apabila orang Eropah terlibat dalam satu kes pembunuhan, Francis Light tidak boleh bertindak kerana dia tidak diberi kuasa bertindak terhadap orang-orang Eropah.

Sehingga tempoh ini Francis Light telah beberapa kali menghantar permohonan kepada Lembaga Pengarah East India Company untuk menubuhkan satu pasukan polis yang rasmi tetapi tidak juga mendapat sambutan. Pada 21 Oktober 1794 beliau meninggal dunia dan diganti oleh Major Forbes Ross Macdonald dalam tahun 1796.

Kemudiannya, Kol. Arthur Wellesley singgah di Pulau Pinang dalam perjalanannya ke Manila. Dia telah membuat catatan yang menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan di Pulau Pinang dan menggesa supaya seorang majistret bangsa Eropah dilantik.

Pada 19 April 1800 Sir George Leith tiba di Pulau Pinang untuk memegang jawatan baru selaku Lieutenant-General. Empat bulan kemudian John Dicken dilantik sebagai Hakim dan Majistret yang pertama di Pulau Pinang.

Pada awal tahun 1804, R.T. Farquhar tiba di Pulau Pinang menggantikan Sir George Leith selaku Lieutenant-General. Keadaan pasukan polis pada masa itu masih lagi lemah. Berbagai jenis kesalahan dilakukan setiap hari dengan bebasnya tanpa diambil tindakan dan tanpa dihukum. Dalam tahun 1805, seluruh pentadbiran Pulau Pinang dirombak semula, dan taraf pulau itu ditingkatkan. Seorang Gabenor dilantik dan Dewan Majlis yang bertanggungjawab kepada kerajaan India ditubuhkan.

Pada 25 Mac 1807, sebuah "Charter" (piagam) diterima. Dengan ini Pulau Pinang bolehlah mengadakan Mahkamah Keadilan yang sebenar selain boleh menubuhkan satu organisasi polis yang lebih baik berlandaskan 'Piagam Keadilan' (Charter of Justice). Piagam ini telah mewujudkan satu undang-undang yang jelas bagi mereka yang dipertanggungjawabkan melaksanakannya.

Balai Polis Hutton Lane pada tahun 1880 Mahkamah Pulau Pinang dalam tahun 1880 Balai Polis Jalan Brick Kiln 1800 Sebahagian anggota polis khas yang terlibat dengan sekatan jalanraya di Cannon Square, 3 Ogos 1867

Pasukan Bomba Polis Pulau Pinang pada tahun 1883 Perbarisan kehormat sempena pembukaan rasmi 'Spring Court' pada 12 Januari 1948 oleh Polis Merin Pulau Pinang Balai Polis Lama Light Pulau Pinang 23 Jun 1883 Gambar diambil dalam tahun 1929 di Balai Polis Jalan Pitt Pulau Pinang Balai Polis Simpang Enam Pulau Pinang, 1900

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Melaka di bawah British

Melaka di bawah British

Fakta UtamaTempoh: 1795–1930Apabila Raja Belanda kembali menaiki takhta Belanda dalam tahun 1819, Melaka diserahkan kembali kepada Belanda.Mulai tahun 1825 bermulalah pentadbiran awam British di Melaka.Pusat Latihan Polis Melaka (di Bandar Hilir).Rumah kelamin anggota polis dalam tahun 1906.Perbarisan kadet polis negeri Melaka dalam tahun 1930Naratif Sejara…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1795–1930
  • Apabila Raja Belanda kembali menaiki takhta Belanda dalam tahun 1819, Melaka diserahkan kembali kepada Belanda.
  • Mulai tahun 1825 bermulalah pentadbiran awam British di Melaka.
  • Pusat Latihan Polis Melaka (di Bandar Hilir).
  • Rumah kelamin anggota polis dalam tahun 1906.
  • Perbarisan kadet polis negeri Melaka dalam tahun 1930

Naratif Sejarah

Pada mulanya British diminta mentadbir Melaka buat sementara waktu iaitu apabila raja Belanda terpaksa melarikan diri ke England kerana negaranya ditakluki oleh Perancis. Dengan itu, British mengambil hak ke atas Melaka atas nama sahabatnya. Hal ini menyebabkan berlakunya sedikit perubahan ke atas corak pentadbiran Melaka. Kapten Farquhar dilantik sebagai Gabenor Tentera British tetapi pegawai-pegawai Belanda yang lain terus dikekalkan jawatan mereka. Majlis Keadilan dan Burgher Guard terus bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang dan menjaga ketenteraman awam.

Apabila Raja Belanda kembali menaiki takhta Belanda dalam tahun 1819, Melaka diserahkan kembali kepada Belanda. Akan tetapi, dengan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang ditandatangani di London, British menyerahkan segala kepentingannya di Jawa dan Sumatera dan mendapat segala kepentingan Belanda (termasuk Melaka) di Tanah Melayu.

Mulai tahun 1825 bermulalah pentadbiran awam British di Melaka. Sebuah pasukan polis kemudiannya telah dibentuk. Pada mulanya sistem polis `Burgher Guard' Belanda dikekalkan oleh British. Seorang pegawai Inggeris, W.T. Lewis telah dilantik sebagai Penguasa Polis. Kekuatan Pasukan Polis Melaka di bawah Lewis ialah 63 orang. Ini termasuklah dua orang konstabel Eropah iaitu W . Van Heusen dan J. Endroff, empat ketua Burgher Guard, 28 peon dan 21 penghulu. Jumlah gaji yang dibayar untuk semua anggota ialah 1,025 rupee sebulan. Van Heusen, konstabel kanan dibayar 60 rupee sebulan sementara peon dan penghulu pula dibayar sehingga sepuluh rupee sebulan selain sepuluh peratus daripada kutipan hasil tanah.

Tugas Lewis sebagai Penguasa Polis adalah menyeluruh. Dia bertanggungjawab juga ke atas pasukan bomba, kawalan ke atas pasar dan juga perairan. Di samping itu dia juga bertindak sebagai Penguasa Tanah dan Pengutip Hasil. Memandangkan lanun adalah masalah jenayah utama ketika itu, Lewis mencadangkan penubuhan pengkalan-pengkalan tetap balai-balai polis yang berfungsi separa-tentera. Residen ketika itu, Samuel Garling, hanya bersetuju pos polis ditubuhkan di Pulau Besar dan mengarahkan Lewis merekrut Peon untuk mengawal balai-balai di Merlimau dan Sungai Linggi.

Lewis adalah pengasas Pasukan Polis Melaka. Dengan usahanya yang bersungguh-sungguh dia menjadikan Polis Melaka sebagai sebuah pasukan yang tercekap di antara Pasukan-pasukan Polis Negeri-Negeri Selat lainnya.

Pusat Latihan Polis Melaka (di Bandar Hilir). Kelihatan pelatih-pelatih menjalani latihan dalam tahun 1929.

Rumah kelamin anggota polis dalam tahun 1906.

Perbarisan kadet polis negeri Melaka dalam tahun 1930

Balai Polis (lama) Jasin dibina sebelum Perang Dunia Kedua

Balai Polis Tengkera, Melaka

Balai Polis Batang Tiga, Melaka

Balai Polis Melaka Tengah

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Sejarah Polis Singapura

Sejarah Polis Singapura

Fakta UtamaTempoh: 1819–1843Berdasarkan pengalaman yang wujud di penempatan-penempatan British yang terdahulu, Raffles bertindak segera menubuhkan pasukan polis di Singapura tidak lama selepas pulau tersebut diserahkan kepada Inggeris.Thomas Dunman - Timbalan dan Penguasa Polis Singapura 1843Sebuah Balai Polis di Singapura tahun 1825.Naratif SejarahBerdasar…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1819–1843
  • Berdasarkan pengalaman yang wujud di penempatan-penempatan British yang terdahulu, Raffles bertindak segera menubuhkan pasukan polis di Singapura tidak lama selepas pulau tersebut diserahkan kepada Inggeris.
  • Thomas Dunman - Timbalan dan Penguasa Polis Singapura 1843
  • Sebuah Balai Polis di Singapura tahun 1825.

Naratif Sejarah

Berdasarkan pengalaman yang wujud di penempatan-penempatan British yang terdahulu, Raffles bertindak segera menubuhkan pasukan polis di Singapura tidak lama selepas pulau tersebut diserahkan kepada Inggeris. P.J. Bernard mengetuai Pasukan Polis tersebut dengan dibantu oleh seorang penulis Melayu, seorang goaler, seorang jemadar atau Sarjan dan lapan konstabel dengan jemadar, serta sembilan peader yang gaji mereka dibayar menerusi tabung yang ditubuhkan oleh saudagar tempatan. Dengan berkembang pesatnya Singapura, Pasukan Polis juga diperbesarkan. Dalam tahun 1841 pasukan polis mengandungi `Sitting Magistrate' sebagai Penguasa Polis dengan tiga Konstabel Eropah, seorang penolong Konstabel, empat belas pegawai dan 110 orang mata-mata. Dalam tahun 1843, Pasukan Polis Singapura memasuki era baru dengan perlantikan Thomas Dunman sebagai Timbalan Majistret dan Penguasa Polis.

Dunman adalah seorang yang tekun dalam tugasnya. Beliau banyak memberikan sumbangan kepada perkembangan Pasukan Polis Singapura selama hampir tiga puluh tahun. Semasa di bawah pimpinannya Pasukan Polis Singapura muncul sebagai Pasukan Polis yang berdisplin, cekap dan mampu menghadapi pelbagai masalah.

Thomas Dunman - Timbalan dan Penguasa Polis Singapura 1843

Sebuah Balai Polis di Singapura tahun 1825. Anggota Polis Negeri Selat (Singapura) dalam tahun 1825 Pejabat "Municipal" di Singapura semasa lawatan Raja-Raja Melayu

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat

Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat

Fakta UtamaTempoh: 1826–1946​ Sub-Inspektor Mohd Dat dari Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang dalam tahun 1930-an)En.En.En.Anggota Polis Negeri-Negeri Selat 1939, Diketuai oleh En.Naratif Sejarah​ Sub-Inspektor Mohd Dat dari Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang dalam tahun 1930-an)En. W.A. Cuscaden, ISO, Ketua Polis Negeri-Negeri Sela…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1826–1946
  • ​ Sub-Inspektor Mohd Dat dari Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang dalam tahun 1930-an)
  • En.
  • En.
  • En.
  • Anggota Polis Negeri-Negeri Selat 1939, Diketuai oleh En.

Naratif Sejarah

​ Sub-Inspektor Mohd Dat dari Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang dalam tahun 1930-an)

En. W.A. Cuscaden, ISO, Ketua Polis Negeri-Negeri Selat 1906-1914 En. A.R. Chancellor, CBE, Ketua Polis Negeri-negeri Selat, 1914-1923 En. H. Fairburn, CMG, Ketua Polis Negeri-Negeri Selat 1925-1935

En. R.H. De Onreat, CMG. Ketua Polis Negeri-negeri Selat 1935-1939

En. A.H. Dickinson, OBE. Ketua Polis Negeri-negeri Selat 1939-1946

Anggota Polis Negeri-Negeri Selat 1939, Diketuai oleh En. J.N.M. A. Nicholls, D.C.P.

Galeri Sejarah

1841–1914

Pembentukan Pasukan Polis Negeri

Pasukan polis negeri dibentuk dan diperkemas mengikut perubahan pentadbiran di Semenanjung, Sarawak dan Borneo Utara.
Peristiwa sejarah
Pasukan Polis Perak

Pasukan Polis Perak

Fakta UtamaTempoh: 1873–1954Gabenor Sir Andrew Clarke pula telah mengambil keputusan untuk campur tangan di Perak.T.C.S.Anggota 'Malay State Guides' Berpakaian 'Pemeriksaan Barisan' dalam tahun 1910.Balai Polis Janing Hulu Perak ( 1890)Dalam bulan Disember 1876, Pesuruhjaya Pasukan Polis Perak yang pertama dilantik.Naratif SejarahGabenor Sir Andrew Clarke p…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1873–1954
  • Gabenor Sir Andrew Clarke pula telah mengambil keputusan untuk campur tangan di Perak.
  • T.C.S.
  • Anggota 'Malay State Guides' Berpakaian 'Pemeriksaan Barisan' dalam tahun 1910.
  • Balai Polis Janing Hulu Perak ( 1890)
  • Dalam bulan Disember 1876, Pesuruhjaya Pasukan Polis Perak yang pertama dilantik.

Naratif Sejarah

Gabenor Sir Andrew Clarke pula telah mengambil keputusan untuk campur tangan di Perak. Dia kemudiannya mengadakan Perjanjian Pangkor untuk menyelesaikan kekalutan di Perak. Perjanjian Pangkor ditandatangani dalam bulan Januari 1874. Speedy kemudiannya dilantik sebagai Penolong Residen. Residen Perak yang pertama ialah J . W . W . Birch. Pasukan Polis yang dibentuk oleh Speedy diperbesarkan menjadi 160 anggota. Di samping anggota-anggota yang direkrut dari India, beberapa anggota Melayu dan Cina turut diambil. Seorang Inspektor berbangsa India ditugaskan membantu Speedy. Pasukan Polis ditempatkan di satu kawasan antara Matang dan Taiping. Pada masa itu belum ada uniform yang khusus dan keadaan berek juga tidak sempurna.

T.C.S. Speedy Ketua Polis Perak 1873-1874

Anggota 'Malay State Guides' Berpakaian 'Pemeriksaan Barisan' dalam tahun 1910.

Balai Polis Janing Hulu Perak ( 1890)

Dalam bulan Disember 1876, Pesuruhjaya Pasukan Polis Perak yang pertama dilantik. Beliau ialah Paul Swinburns. Anggota-anggota polis yang direkrut oleh Speedy diserapkan ke dalam Pasukan Polis yang baru dibentuk oleh Swinburne. Beberapa anggota polis Melayu dari Negeri-Negeri Selat turut ditukarkan ke Perak. Swinburne juga mina membina berek polis dan balm-balm baru di Tanjung Piandang, Kuala Larut dan Durian Sebatang. Uniform baru juga diperolehi dari England. Pasukan Polis kenali dengan nama-nama barn - Polis Bersenjata Perak (Perak Armed Police). Pasukan Polis ini berfungsi, berperanan, berdisiplin dan ditadbirkan secara ketenteraan.

Pada 3 Oktober 1879 satu rusuhan tercetus di Taiping. Pihak Polis berjaya mengawal keadaan. Kecekapan polis adalah berkat sistem latihan dan pentadbiran yang disusun oleh Swinburne. Swinburne digantikan oleh Kapten Walker dalam tahun 1882. Walker kemudiannya membentuk sebuah Pasukan Polis Berkuda (Mounted Battery) yang dipimpin oleh Inspektor James McKeon. Walker juga menyusun satu sistem penyiasatan yang bersistematik semasa beliau memimpin Pasukan Polis Perak. Pasukan Polis Perak berkembang sehinggalah kemudiannya bersatu dengan Pasukan Polis yang lain dalam Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Anggota Polis Perak mengiringi J.W.W. Birch Residen British di Perak sewaktu melawat Negeri Selangor pada tahun 1874

Pasukan polis berkuda Perak bagi DYMM Sultan Perak dalam tahun 1915

Balai Polis Teluk Anson, Perak dalam tahun 1893. Balai Polis Tapah, Perak, 1936

Panji 'Malay State Guides' yang dikurniakan oleh Sultan Perak, Selangor, Pahang, dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Balai Polis Pasir Itam, Perak 1935

Balai Polis Kampong Simee, Perak dibina dalam tahun 1948.

Bot Marin P7 'Tristram Speedy' digunakan sebagai Balai Polis terapung di perairan dalam tahun 1954. Orang ramai sedang berurusan di atas marin polis 'Tristram Speedy' balai polis terapung.

Anggota Polis Kontinjen Taiping sedang berjalan lalu di hadapan Pejabat Daerah Larut pada tahun 1953

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Pasukan Polis Selangor

Pasukan Polis Selangor

Fakta UtamaTempoh: 1850–1980Sultan Abdul Samad menaiki takhta Selangor dalam tahun 1857, Baginda memerintah Selangor dan Kuala Lumpur.Pada tahun 1870 Sultan menyerahkan pentadbiran negeri kepada menantunya, Tengku Kudin dari Kedah dengan gelaran Wakil Yamtuan.Bila Davidson dilantik sebagai Residen British dalam tahun 1874, salah satu tindakan utamanya ialah…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1850–1980
  • Sultan Abdul Samad menaiki takhta Selangor dalam tahun 1857, Baginda memerintah Selangor dan Kuala Lumpur.
  • Pada tahun 1870 Sultan menyerahkan pentadbiran negeri kepada menantunya, Tengku Kudin dari Kedah dengan gelaran Wakil Yamtuan.
  • Bila Davidson dilantik sebagai Residen British dalam tahun 1874, salah satu tindakan utamanya ialah menubuhkan Pasukan Polis.
  • Bukit Aman (Bluff Road) dalam tahun 1904​
  • Rumah dua tingkat kepunyaan Syers (kiri) berek polis (kanan) di atas Bukit Ayang kini dikenali sebagai Bukit Aman, di atas Kelab Selangor Kuala Lumpur, 1882.

Naratif Sejarah

Sultan Abdul Samad menaiki takhta Selangor dalam tahun 1857, Baginda memerintah Selangor dan Kuala Lumpur. Jajahan Kiang diletakkan di bawah pentadbiran Raja Abdullah. Orang Cina datang ke kawasan Kuala Lumpur untuk mengerjakan lombang bijih timah pada 1850. Pada 1867 Raja Abdullah dicabar oleh Raja Mahadi. Dengan itu bermulalah Perang Kiang.

Pada tahun 1870 Sultan menyerahkan pentadbiran negeri kepada menantunya, Tengku Kudin dari Kedah dengan gelaran Wakil Yamtuan. Beberapa tindakan Tengku Kudin menambahkan kucar-kacirnya pentadbiran negeri. Tengku Kudin kemudiannya menubuhkan sebuah Pasukan Polis. Dalam tahun 1871 beliau merekrut dua orang pegawai Eropah - seorang Belanda bernama Van Hagen dan seorang Italy bernama Cavaleiri. Pasukan Polis tersebut mengandungi 30 orang Eropah dan Serani serta 80 orang sepoi India. Tengku Kudin adalah rakan sepakatan Yap Ah Loy, Kapitan Cina waktu itu. Dalam tahun 1872, Tengku Kudin menempatkan sebahagian besar anggota Pasukan Polisnya di Kuala Lumpur bagi menghadapi ancaman Syed Masyhur yang juga menjadi musuh ketat Yap Ah Loy. Kuala Lumpur ditawan oleh Syed Masyhur dalam bulan Ogos tahun yang sama. Pasukan Tengku Kudin telah diserang hendap oleh satu lagi kumpulan penentang yang diketuai oleh Raja Mahadi. Cavaleiri dan 20 orang anggota pasukan Tengku Kudin terbunuh. Ah Loy terpaksa melarikan diri dari Kuala Lumpur. Sementara itu Van Hagen dan 40 anggotanya ditawan dan dihukum bunuh di Kuala Lumpur.

Bila Davidson dilantik sebagai Residen British dalam tahun 1874, salah satu tindakan utamanya ialah menubuhkan Pasukan Polis. Pembentukan Pasukan Polis diserahkan kepada seorang pegawai muda yang bernama Harry Syers. Dalam bulan Julai 1875, beliau dilantik sebagai Penguasa Polis dan Penjara Selangor. Menjelang Oktober 1878 anggota Pasukan Polis Selangor meningkat ke angka 270 dan kesemuanya adalah orang Melayu. Balaibalai polis juga didirikan di Kiang, Kuala Lumpur, Damansara, Kubu Lama, Sungai Pelong, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Jugra, Kancing, Krian dan Hulu Langat. Pasukan Polis itu dikenali sebagai Pasuka Polis Tentera Selangor (Selangor Military Police Force).

Bukit Aman (Bluff Road) dalam tahun 1904​

Rumah dua tingkat kepunyaan Syers (kiri) berek polis (kanan) di atas Bukit Ayang kini dikenali sebagai Bukit Aman, di atas Kelab Selangor Kuala Lumpur, 1882.

Kapt. Syers Ketua Polis yang pertama dengan Pasukan Polis Selangor dalam tahun 1896.

Bukit Aman (Bluff Road) dalam tahun 1904.

Peniup Bugle di Bukit Aman dalam tahun 1896.

Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S.) 1936.

Kawalan kehormatan di padang Kelab Selangor oleh Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S.)

Ibupejabat Polis Bukit Aman pada tahun 1970-an.

Rekrut-rekrut Polis Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S.) sedang berbaris di padang Kawat Pusat Latihan Polis, Bukit Aman - 1920.

Kapt. Syers. Ketua Selangor dalam tahun 1896.

Pasukan Peronda 'Troley Patrol' di Negeri Selangor pada tahun 1933

Balai Polis Central Kuala Lumpur (Jalan Bandar) pada tahun 1850

Maktab Polis Kuala Kubu Bahru, Selangor yang telah dirasmikan oleh Sir Gerald Templer dalam tahun 1953.

Bangunan Gedung Raja Abdullah menjadi Ibupejabat Polis Daerah Kelang dalam tahun 1880-1980

Balai Polis Salak Selatan, Kuala Lumpur.

Balai Polis Petaling, Kuala Lumpur.

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Pasukan Polis Pahang

Pasukan Polis Pahang

Fakta UtamaTempoh: 1880-an–1937Pahang menerima Residen British selepas Perak, Selangor clan Sungai Ujong.Menjelang tahun 1890, Pasukan Polis Pahang bertambah besar dengan anggota-anggotanya terdiri dari 104 Sikh, 142 Melayu, seorang Inspektor Eropah bernama Summer clan seorang Inspektor Melayu bernama Tuan Kechut.Di akhir tahun 1891 kebangkitan anti-British…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1880-an–1937
  • Pahang menerima Residen British selepas Perak, Selangor clan Sungai Ujong.
  • Menjelang tahun 1890, Pasukan Polis Pahang bertambah besar dengan anggota-anggotanya terdiri dari 104 Sikh, 142 Melayu, seorang Inspektor Eropah bernama Summer clan seorang Inspektor Melayu bernama Tuan Kechut.
  • Di akhir tahun 1891 kebangkitan anti-British tercetus di Pahang.
  • Balai Polis Pekan, Pahang 1937 bersama W.L.R.

Naratif Sejarah

Pahang menerima Residen British selepas Perak, Selangor clan Sungai Ujong. Sultan membuat kediaman di Pekan yang terletak di muara Sungai Pahang. Pada awal tahun-tahun 1880-an, British mula mendesak baginda Sultan menerima khidmat seorang Residen British untuk membolehkan Inggeris campur tangan di negeri itu. Maka dalam tahun 1888 Pahang menerima desakan British, clan J.P. Rodger telah dilantik menjadi Residen British yang pertama. Satu langkah pertama clan penting yang dilakukan oleh Rodger yang pernah bekerjasama dengan H.C. Syers di Selangor adalah meminta Penguasa Polis clan Penjara Selangor itu membantunya membentuk Pasukan Polis Pahang. Syers diminta merekrut clan melatih sekumpulan 25 kaum Sikh sebagai anggota asas clan menyediakan seorang Sarjan, Koperal clan Bugle untuk Pasukan Polis yang bakal ditubuhkan itu. Buat sementara waktu beberapa orang anggota sukarelawan Polis Selangor dipilih untuk berkhidmat dengan Pasukan Polis Pahang. Pasukan yang dihantar ke Pahang itu terdiri daripada seorang Sarjan, seorang Koperal, 23 Sipahi, clan seorang Bugle dengan dipimpin oleh Inspektor Cross. Pasukan ini bertolak dari Singapura ke Pekan pada 18 Oktober 1888 dengan disertai oleh Residen Pahang sendiri. Setibanya di Pahang, Inspektor Cross jatuh sakit clan meninggal dunia dalam bulan November tahun yang sama. Inspektor Kempe menggantikan tempatnya. Kerajaan Selangor bersetuju meminjamkan Syers selama dua bulan untuk membantu Pahang menubuhkan Pasukan Polisnya. Syers bertolak ke Pekan pada 6 April 1889. Syers membawa bersama-samanya 25 orang anggota polls yang direkrut clan dilatih di Selangor. Ketibaan ketumbukan Syers ini memperkuatkan lagi Pasukan Polis Pahang. Syers tiba di Pekan akhir Jun 1889. Dari 12 Julai hingga 12 Ogos 1889, Syers menjelajah kesegenap pelosok Pahang. Kebanyakan saranan Syers diberi perhatian clan diambil tindakan oleh Residen.

Menjelang tahun 1890, Pasukan Polis Pahang bertambah besar dengan anggota-anggotanya terdiri dari 104 Sikh, 142 Melayu, seorang Inspektor Eropah bernama Summer clan seorang Inspektor Melayu bernama Tuan Kechut.

Di akhir tahun 1891 kebangkitan anti-British tercetus di Pahang. Pemimpin-pemimpin pribumi tempatan menentang British kerana tidak puas hati terhadap campur tangan Inggeris di Negeri itu. Pasukan Polis Pahang memainkan peranan mengawal keadaan clan mengembalikan ketenteraman di negeri itu.

Balai Polis Pekan, Pahang 1937 bersama W.L.R. Carbonell (Ketua Polis Pahang)

Peristiwa sejarah
Pasukan Polis Negeri Sembilan

Pasukan Polis Negeri Sembilan

Fakta UtamaTempoh: 1874–1930Satu kejadian penting yang melibatkan peranan polis ialah pergaduhan di Terachi pada tahun 1875.Orang Eropah yang pertama dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan ialah W .​ Balai Polis dan rumah kediaman anggota-anggota Polis Sri Menanti, Negeri Sembilan dalam tahun 1874Balai Polis Bukit Putus 1874.Balai Polis Rasah, Negeri …

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1874–1930
  • Satu kejadian penting yang melibatkan peranan polis ialah pergaduhan di Terachi pada tahun 1875.
  • Orang Eropah yang pertama dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan ialah W .
  • ​ Balai Polis dan rumah kediaman anggota-anggota Polis Sri Menanti, Negeri Sembilan dalam tahun 1874
  • Balai Polis Bukit Putus 1874.
  • Balai Polis Rasah, Negeri Sembilan pada tahun 1879.

Naratif Sejarah

Murray bertanggungjawab membentuk pasukan polis di Sungai Ujong. Walaupun pasukan polis ini kecil tetapi organisasinya kemas. Pasukan polis Sungai Ujong dianggotai oleh kaum Sikh. Tugas Polis bercorak ketenteraan sementara anggota Melayu ditugaskan sebagai pemungut hasil. Kebanyakan balai polis yang mula-mula didirikan dilengkapi dengan kubu-kubu terutamanya di daerah-daerah terpencil.

Satu kejadian penting yang melibatkan peranan polis ialah pergaduhan di Terachi pada tahun 1875. Dalam kejadian itu, sekumpulan orang melayu bangun menentang penjajah British tetapi polis telah menumpaskan mereka di Bukit Putus dalam bulan Disember 1875. Pasukan tentera yang sebahagian besarnya dianggotai oleh bangsa Gurkha yang didatangkan dari Melaka bertanggungjawab mematahkan penentangan tersebut. Satu pertubuhan pasukan polis yang diketuai oleh dua pegawai, Bird dan Skinner, turut sama dalam operasi tersebut.

Kubu pertahanan dan Balai Polis Jempol 187O

Orang Eropah yang pertama dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan ialah W . W . Douglas (1881). Jawatannya dikenali sebagai Penguasa polis dan penjara, Sungai Ujong. Menjelang tahun 1880 pasukan polis Sungai Ujong mengandungi 100 anggota yang kesemuanya Melayu kecuali beberapa orang Jawa.

​ Balai Polis dan rumah kediaman anggota-anggota Polis Sri Menanti, Negeri Sembilan dalam tahun 1874

Balai Polis Bukit Putus 1874.

Balai Polis Rasah, Negeri Sembilan pada tahun 1879.

IbuPejabat Kontinjen Negeri Sembilan (lama) di Seremban yang dirasmikan oleh J.W. Simmons (Residen British)Negeri Sembilan pada 6 Julai 1929

Anggota polis Negeri Sembilan di hadapan Balai Polis Kuala Kelawang pada tahun 1930

IbuPejabat Daerah Polis Port Dickson dalam tahun 1928.

Pembukaan rasmi IbuPejabat Kontinjen Polis Negeri Sembilan di Seremban pada 6 Julai 1929

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Pasukan Polis Johor

Pasukan Polis Johor

Fakta UtamaTempoh: 1882–1939Pusat Latihan Polis Johor dalam tahun 1920Dalam tahun 1910, Sultan Ibrahim menerima seorang Penasihat Am Inggeris untuk menyusun semula pentadbiran Johor.G.P.Sejak disusun semula, Pasukan Polis Johor terus memperlihatkan kemajuan.Insp Uda bin Awang dan anggota-anggota Polis Negeri Johor di hadapan Balai Polis Segamat, Johor - 191…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1882–1939
  • Pusat Latihan Polis Johor dalam tahun 1920
  • Dalam tahun 1910, Sultan Ibrahim menerima seorang Penasihat Am Inggeris untuk menyusun semula pentadbiran Johor.
  • G.P.
  • Sejak disusun semula, Pasukan Polis Johor terus memperlihatkan kemajuan.
  • Insp Uda bin Awang dan anggota-anggota Polis Negeri Johor di hadapan Balai Polis Segamat, Johor - 1917

Naratif Sejarah

Pusat Latihan Polis Johor dalam tahun 1920

Dalam tahun 1910, Sultan Ibrahim menerima seorang Penasihat Am Inggeris untuk menyusun semula pentadbiran Johor. Mulai tahun 1914, Penasihat Am diberi kuasa lebih akibat perjanjian diantara Johor dengan Britain. Catatan sejarah menunjukkan bahawa pasukan polis telah pun wujud secara rasmi sejak sebelum ketibaan Penasihat Inggeris lagi. Pesuruhjaya Polis yang pertama ialah Dato' Bentara Luar. Beliau memegang jawatan tersebut mulai 1882. Sejak tarikh itu hingga 1912, jawatan Pesuruhjaya Polis Johor dipegang oleh pegawai Melayu.

G.P. Cuscaden, Pesuruhjaya Polis bangsa Eropah yang pertama mulai menjalankan tugasnya dalam tahun 1912. Beliau diberi tugas menyusun semula Pasukan Polis Johor mengikut konsep kepolisan moden. G.P. Cuscaden adalah seorang pegawai yang berkebolehan. Dalam tahun 1915, Pasukan Polis Johor mempunyai 16 pegawai dan 540 anggota pangkat rendah. Terdapat 4 pegawai dan 44 anggota pangkat rendah detektif. Cascaden digantikan oleh M.G. Simpson mulai tahun 1920.

Sejak disusun semula, Pasukan Polis Johor terus memperlihatkan kemajuan. Dalam tahun 1928, terdapat lebih 60 balai Polis di seluruh Negeri. Dalam tahun 1937 "Police Depot" baru dibuka di Johor Bharu. Johor dibahagikan kepada tiga formasi polis yang dipanggil `lingkongan' (Circle) iaitu Muar, Batu Pahat dan Johor Bharu. Menjelang Perang Dunia Kedua, keanggotaan pasukan polis Johor telah meningkat ke seramai 1,400 orang.

Insp Uda bin Awang dan anggota-anggota Polis Negeri Johor di hadapan Balai Polis Segamat, Johor - 1917

Pegawai dan anggota polis Johor di Pusat latihan Polis, Johor - 1920

Sarjan Mejar dan beberapa anggota polis Negeri Johor di luar bangunan Balai Polis Segamat, Johor - 1925

Sarjan Mejar Abdullah daripada Balai Polis Segamat, Johor - 1925

Pasukan Polis Negeri Johor dalam tahun 1932

Pasukan Menembak Senapang Rifle "Warren Shield" Pusat Latihan Polis Johor tahun 1939

Kawalan Kehormatan Polis Negeri Johor pada tahun 1935

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Pasukan Polis Kedah

Pasukan Polis Kedah

Fakta UtamaTempoh: 1889–1962Gambar beramai-ramai selepas mesyuarat penyerahan setoi dan Perlis kepada Siam dihadapan Balai Besar Lama, Alor Setar, Kedah dalam tahun 1897.Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu di utara Tanah Melayu terus berada dalam kawalan Siam sehingga tahun 1909.Pasukan Polis Kedah dibentuk oleh Sultan Kedah dengan bantuan beberapa pegawai…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1889–1962
  • Gambar beramai-ramai selepas mesyuarat penyerahan setoi dan Perlis kepada Siam dihadapan Balai Besar Lama, Alor Setar, Kedah dalam tahun 1897.
  • Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu di utara Tanah Melayu terus berada dalam kawalan Siam sehingga tahun 1909.
  • Pasukan Polis Kedah dibentuk oleh Sultan Kedah dengan bantuan beberapa pegawai Eropah sebelum tahun 1909.
  • Mulai tahun 1922, kedua-dua wilayah Polis Kedah Utara dan Selatan disatukan.
  • Perarakan ke sekeliling Bandar Alor Setar selepas pengistiharan Perlis dan Setoi kepada Kedah oleh Raja Siam - 1897.

Naratif Sejarah

Gambar beramai-ramai selepas mesyuarat penyerahan setoi dan Perlis kepada Siam dihadapan Balai Besar Lama, Alor Setar, Kedah dalam tahun 1897.

Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu di utara Tanah Melayu terus berada dalam kawalan Siam sehingga tahun 1909. Kawalan ke atas Terengganu hanyalah nominal. Dengan termeterinya perjanjian 1909, kesemua negeri-negeri Melayu itu dipindahkan dari kawalan Siam ke bawah kuasa Inggeris.

Pasukan Polis Kedah dibentuk oleh Sultan Kedah dengan bantuan beberapa pegawai Eropah sebelum tahun 1909. Menjelang tahun 1909, kekuatan pasukan polis ini berjumlah 501 orang 260 orang Melayu, 134 orang India, 6 orang Cina dan 5 orang Siam. Ketua Polis Kedah pada masa itu ialah Tunku Ibrahim. Putera Raja ini dibantu oleh Pesuruhjaya Polis Mitchell yang bertempat di Kulim, dan Ketua Inspektor Joyce (Alor Setar). Apabila Mitchell bersara jawatannya tidak berganti, pentadbiran polis Kedah dibahagikan kepada dua wilayah iaitu utara dan selatan. Seorang Penolong Pesuruhjaya mengetuai wilayah utara sementara Joyce Speers di Wilayah Selatan. Apabila Tunku Ibrahim menjadi Raja Muda Kedah, baginda meletakkan jawatannya sebagai Ketua Polis Kedah.

Mulai tahun 1922, kedua-dua wilayah Polis Kedah Utara dan Selatan disatukan. Speers dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Kedah. Beliau dibantu oleh A. W. Hamilton sebagai Penolong Pesuruhjaya yang menjaga kawasan Utara dan P.K.Hazlitt menjaga kawasan Selatan Kedah. Sistem ini berterusan sehingga Negeri Kedah dibahagikan kepada tiga lingkongan/Wilayah (Circles) dengan Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim pada tahun 1929. Ibu Pejabat Polis Negeri terletak di Alor Setar. Apabila Speers bersara pada tahun yang sama A. W . Hamilton dilantik menggantikannya. Kekuatan pasukan polis Kedah pada tahun itu ialah 764 orang. Hampir kesemuanya adalah orang Melayu Kedah. Sejumlah kecil anggota polis Sikh digunakan untuk tugas-tugas kawalan di tempatkan di Alor Setar.

Menjelang Perang Dunia Kedua, anggota pasukan polis Kedah berjumlah 225 orang.

Perarakan ke sekeliling Bandar Alor Setar selepas pengistiharan Perlis dan Setoi kepada Kedah oleh Raja Siam - 1897. Kelihatan di kiri kanan jalan ialah pasukan kawalan keselamatan terdiri daripada anggota-anggota polis Kedah.

Kawalan kehormatan terdiri dari pasukan polis Negeri Kedah dalam tahun 1905

En. B.E. Mitchell (berbaju putih) bersama-sama beberapa anggota polis Negeri Kedah dalam tahun 1909

Kawalan kehormatan terdiri dari anggota-anggota polis Kedah sekembalinya DYMM Sultan Kedah dari lawatan ke England tahun 1927

Sebahagian daripada anggota Polis Kedah. Duduk di kiri sekali ialah Tunku Ibrahim, Ketua Polis Kedah tahun 1911-1914.

B.E. Mitchell, Ketua Polis Kedah Utara tahun 1889-1910

A.W. Hamilton, Penolong Pesuruhjaya Polis Kawasan Utara Kedah dalam tahun 1922

Anggota polis dan pengawal pengiring DYMM Sultan Kedah tahun 1962 (Motosikal jenis BSA Golden Flash 650 CC Twin)

Anggota Polis Sipahi sedang berkawat di hadapan Balai Polis Alor Setar, Kedah tahun 1922

Kini Balai Polis Trafik Alor Setar, Kedah

Pancaragam Polis Kedah dalam Tahun 1938

Balai Polis Sungai Petan ,Kedah

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah

Pasukan Polis Perlis

Fakta UtamaTempoh: 1909–1946Dalam tahun 1909, pasukan Polis Perlis mengandungi 57 anggota dengan 30 daripadanya orang Melayu dan 27 orang Sikh.Sekembalinya ke Perlis dalam tahun 1910, beliau dilantik mengetuai polis Melayu dengan pangkat Inspektor.Kekuatan pasukan polis pada masa itu tidak melebihi 80 orang.Naratif SejarahPasukan Polis Perlis merupakan satu…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1909–1946
  • Dalam tahun 1909, pasukan Polis Perlis mengandungi 57 anggota dengan 30 daripadanya orang Melayu dan 27 orang Sikh.
  • Sekembalinya ke Perlis dalam tahun 1910, beliau dilantik mengetuai polis Melayu dengan pangkat Inspektor.
  • Kekuatan pasukan polis pada masa itu tidak melebihi 80 orang.

Naratif Sejarah

Pasukan Polis Perlis merupakan satu-satunya pasukan polis di Tanah Melayu yang dibentuk tanpa bantuan dan pertolongan pegawai Eropah.

Dalam tahun 1909, pasukan Polis Perlis mengandungi 57 anggota dengan 30 daripadanya orang Melayu dan 27 orang Sikh. Dalam tahun yang sama Encik Mat bin Kassim dihantar ke Kedah untuk mengikuti latihan kepolisan di bawah Kapten Speers di Kuala Muda.

Sekembalinya ke Perlis dalam tahun 1910, beliau dilantik mengetuai polis Melayu dengan pangkat Inspektor. Sejauh manakah kuasa dan kawalannya ke atas polis Sikh tidak dapat dipastikan. Walau bagaimanapun, beliau adalah pegawai terkanan dalam Pasukan Polis Perlis. Pada tahun 1914 beliau diperakukan sebagai Komander Pasukan Polis Melayu.

Encik Mat bin Kassim berusaha memperlengkapkan dan meningkatkan kecekapan pasukan polis Perlis. Disiplin dan latihan diberi penekanan. Gaji dinaikkan dan rasuah pula dikawal. Kesannya keadaan jenayah di Perlis berkurangan.

Kekuatan pasukan polis pada masa itu tidak melebihi 80 orang. Mulai 1927, jawatan Encik Mat Kassim dikenali sebagal Ketua Polis Perlis. Keadaan ini wujud sehinggalah Pasukan Polis Perlis di satukan dengan Pasukan Polis Malayan Union pada tahun 1946. Rekod perkhidmatannya mengetuai pasukan Polis Perlis meletakkan dirinya begitu unik dalam sejarah kepolisan negara.

Peristiwa sejarah
Pasukan Polis Kelantan

Pasukan Polis Kelantan

Fakta UtamaTempoh: 1900–1955Anggota polis Negeri Kelantan bersama Panji-panji pada tahun 1922Semasa Perjanjian Inggeris-Siam ditandatangani pada 1909, Kelantan telah pun mempunyai Pasukan Polis Melayu di bawah kawalan seorang putera raja, Tunku Sri Maharaja.Mulai tahun 1910, jawatan Penguasa Polis ditukar kepada Ketua Pegawai Polis.Anderson memperkukuhkan P…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1900–1955
  • Anggota polis Negeri Kelantan bersama Panji-panji pada tahun 1922
  • Semasa Perjanjian Inggeris-Siam ditandatangani pada 1909, Kelantan telah pun mempunyai Pasukan Polis Melayu di bawah kawalan seorang putera raja, Tunku Sri Maharaja.
  • Mulai tahun 1910, jawatan Penguasa Polis ditukar kepada Ketua Pegawai Polis.
  • Anderson memperkukuhkan Pasukan Polis Kelantan dengan menekankan corak disiplin ketenteraan.
  • Dalam tahun 1915, beliau meninggalkan Tanah Melayu dengan tujuan untuk menganggotai semula Angkatan Tentera.

Naratif Sejarah

Anggota polis Negeri Kelantan bersama Panji-panji pada tahun 1922

Semasa Perjanjian Inggeris-Siam ditandatangani pada 1909, Kelantan telah pun mempunyai Pasukan Polis Melayu di bawah kawalan seorang putera raja, Tunku Sri Maharaja. Kekuatan pasukan seramai 268 orang. Di samping itu terdapat juga lebih kurang 60 anggota Polis Sikh yang dikenali sebagai Polis Tentera (Military Police). Polis ini berfungsi sebagai anggota kawalan dan pengiring. Pada 1910 G. Cullen daripada pasukan polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) telah dipinjamkan ke Kelantan sebagai Penguasa Polis dengan tugas menyusun semula Pasukan Polis Kelantan. Polis Tentera diserapkan ke dalam pasukan Polis Kelantan. Pusat Latihan Polis juga dibentuk. Tunku Sri Maharaja pula terus kekal sebagai Pesuruhjaya Polis.

Mulai tahun 1910, jawatan Penguasa Polis ditukar kepada Ketua Pegawai Polis. G. Cullen mengetuai polis Kelantan selama 3 tahun dan dia banyak membantu memajukan pasukan tersebut. G. Cullen digantikan oleh Kapten Tomlison dan menjawat jawatan Ketua Pegawai Polis selama setahun. Pada 28 April 1913, Kapten H.A. Anderson menggantikan Tomlison.

Anderson memperkukuhkan Pasukan Polis Kelantan dengan menekankan corak disiplin ketenteraan. Apabila perang 1914 meletus, beliau diminta membantu mengaturkan dan mengorganisasikan polis sukarelawan yang dianggotai oleh orang Eropah di Kelantan.

Dalam tahun 1915, beliau meninggalkan Tanah Melayu dengan tujuan untuk menganggotai semula Angkatan Tentera. Beliau berkhidmat dalam masa yang singkat kerana jatuh sakit.

Semasa ketiadaannya, kebangkitan yang dipimpin oleh Tok Janggut meletus di Kelantan terutamanya di Pasir Putih. Seorang anggota polis berpangkat Sarjan telah dibunuh oleh kumpulan Tok Janggut. Kebangkitan itu dapat dipadamkan oleh Inggeris yang mendapat bantuan polis Singapura.

Anderson bersara dalam tahun 1934 dan terns menetap di Kota Bharu. Semasa pendudukan Jepun, beliau telah ditahan di Singapura. Selepas dibebaskan, beliau kembali ke Kota Bharu dan meninggal dunia di sana pada 24 Jan. 1955.

Beliau digantikan oleh D. Hillary, selepas itu E.C. Tidy dan E.W. Mumford. Kekuatan Pasukan Polis Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua ialah seramai 388 anggota.

Kapt. Anderson dan pegawai-pegawai polis Kelantan di Kota Bharu pada bulan Mei 1930

Balai Polis Tangga Bradley Kuala Krai, Kelantan.

Balai Polis Pengkalan Kubur,Tumpat, Kelantan pada tahun 1904

Balai Polis Balam, Kelantan pada tahun 1900

Pemandangan Sungai Golok daripada hadapan Balai Polis Pengkalan Kubur

Balai Polis Kuala Krai Kelantan tahun 1900

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Pasukan Polis Terengganu

Pasukan Polis Terengganu

Fakta UtamaTempoh: 1914–1928Di Kuala Terengganu, sebuah pasukan polis telah pun terbentuk di awal-awal abad kedua puluh di bawah perintah Tunku Panglima Besar.Pada tahun 1916, Sultan Terengganu, yang bertindak atas nasihat wakil British meminta Pesuruhjaya Tinggi menghantar seorang pegawai Polis British untuk membantu menyusun semula pasukan Polis Terenggan…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1914–1928
  • Di Kuala Terengganu, sebuah pasukan polis telah pun terbentuk di awal-awal abad kedua puluh di bawah perintah Tunku Panglima Besar.
  • Pada tahun 1916, Sultan Terengganu, yang bertindak atas nasihat wakil British meminta Pesuruhjaya Tinggi menghantar seorang pegawai Polis British untuk membantu menyusun semula pasukan Polis Terengganu.
  • Satu langkah yang berkesan telah diambil dalam tahun 1917 apabila lapan ketua kampung dilantik berserta sekumpulan kecil anggota polis di bawah mereka.
  • Tunku Besar meninggal dunia tahun 1921.
  • Sejak itu pasukan Polis Terengganu terus berkembang maju sejajar dengan kemajuan polis di negeri-negeri Melayu yang lain.

Naratif Sejarah

Engku Abu Bakar Tengku Sri Wangsa Diraja, Ketua Polis Terengganu

Di Kuala Terengganu, sebuah pasukan polis telah pun terbentuk di awal-awal abad kedua puluh di bawah perintah Tunku Panglima Besar. Menjelang tahun 1914 kekuatan pasukan polis Terengganu hanya 18 orang terdiri dari anggota berpangkat konstabel.

Pada tahun 1916, Sultan Terengganu, yang bertindak atas nasihat wakil British meminta Pesuruhjaya Tinggi menghantar seorang pegawai Polis British untuk membantu menyusun semula pasukan Polis Terengganu. Permintaan Sultan tidak dipenuhi kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama pada masa itu.

Satu langkah yang berkesan telah diambil dalam tahun 1917 apabila lapan ketua kampung dilantik berserta sekumpulan kecil anggota polis di bawah mereka. Pada tahun 1919, perjanjian Terengganu telah disemak, dan Sultan bersetuju menerima Penasihat British seperti negeri-negeri Melayu yang lain. Kedatangan Penasihat Inggeris itu turut membawa pembaharuan kepada sistem kepolisan negeri Terengganu. Ini jelas kelihatan apabila kekuatan Pasukan Polis Terengganu meningkat 240 anggota dalam tahun 1920. Seorang pegawai polis Eropah telah dipinjamkan bertugas di negeri tersebut. Beliau ialah E Cheers.

E Cheers yang pernah berkhidmat dengan Polis Johor telah diberi jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Terengganu. Sementara Tunku Panglima Besar dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Polis, akan tetapi kuasa kedua-duanya adalah sama. Cheers diberi kerjasama dan sokongan dalam usahanya menyusun semula sistem dan pentadbiran pasukan Polis Terengganu.

Tunku Besar meninggal dunia tahun 1921. Pengganti beliau memegang jawatan Pesuruhjaya Melayu. Pesuruhjaya Polis Inggeris diberi kuasa sepenuhnya untuk memimpin dan mengawal pasukan. Cheers kemudiannya digantikan oleh M. L. Wynne pada bulan Oktober 1923.

Sejak itu pasukan Polis Terengganu terus berkembang maju sejajar dengan kemajuan polis di negeri-negeri Melayu yang lain. Pasukan Polis Terengganu juga menggunakan Sultan untuk menggalakkan orang-orang Melayu berkhidmat dalam pasukan polis. Seorang Sultan Terengganu pernah menjadi Sab-Inspektor percubaan dalam tahun 1924. Dalam tahun berikutnya Tengku Muhamad, putera Sultan Ahmad dari Pahang dipinjamkan dari Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Tengku Muhamad kemudiannya dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya. Beliau memainkan peranan penting memajukan pasukan polis Terengganu. Menjelang Perang Dunia Kedua kekuatan Pasukan Polis Terengganu meningkat ke-374 orang anggota.

Tengku Panglima Besar Ketua Pesuruhjaya Negeri Terengganu

Anggota Polis Terengganu dalam satu perbarisan sekembali dari kebangkitan Tok Janggut dalam tahun 1928

Encik E. Cheers Pesuruhjaya Polis Negeri Terengganu tahun 1920

Encik M. L. Wynne Pesuruhjaya Polis Negeri Terengganu tahun 1923

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Pasukan Polis Sarawak

Pasukan Polis Sarawak

Fakta UtamaTempoh: 1841–1970'Sarawak Constabulary' menaiki rakit di Meligan 1909 Apabila James Brook diberi kuasa memerintah Sarawak pada 1842 (sebagai Raja Sarawak) maka dia menubuhkan sebuah pasukan bersenjata yang mempunyai dua fungsi, iaitu polis dan tentera yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan Sarawak.Pada tahun 1862, satu pasukan ren…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1841–1970
  • 'Sarawak Constabulary' menaiki rakit di Meligan 1909 Apabila James Brook diberi kuasa memerintah Sarawak pada 1842 (sebagai Raja Sarawak) maka dia menubuhkan sebuah pasukan bersenjata yang mempunyai dua fungsi, iaitu polis dan tentera yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan Sarawak.
  • Pada tahun 1862, satu pasukan renjer seramai 120 orang anggota ditubuhkan di Kuching di bawah perintah Major W.H.
  • Pakaian Polis Sarawak 1841-1965
  • Melihat keberkesanan dan teraturnya pasukan-pasukan polis yang telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, akhirnya pada tahun 1932 sebuah pasukan polis yang lebih teratur dan terkhusus dibentuk diberi nama "Sarawak Constabulary".
  • Menjelang tahun 1940, Sarawak Constabulary dipecahkan menjadi dua unit.

Naratif Sejarah

'Sarawak Constabulary' menaiki rakit di Meligan 1909 Apabila James Brook diberi kuasa memerintah Sarawak pada 1842 (sebagai Raja Sarawak) maka dia menubuhkan sebuah pasukan bersenjata yang mempunyai dua fungsi, iaitu polis dan tentera yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan Sarawak. Dia juga mendirikan kota-kota kecil di tempat-tempat strategik di negeri itu yang dikawal oleh pasukan garrison. Dari pengawal-pengawal garrison inilah pasukan polis Sarawak ditubuhkan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1932 kedua-dua pasukan ini dicantumkan dan diberi nama baru, iaitu Sarawak Constabulary. Konsep Sarawak Constabulary sama seperti North Borneo Armed Constabulary yang ditubuhkan di Sabah. Pasukan ini berperanan menjaga kepentingan Raja Brooke daripada tercabar terutamanya oleh kebangkitan anak-anak pribumi Sarawak yang amat tidak senang hati dengan kekuasaan seorang Inggeris di tanah air mereka.

Pada tahun 1862, satu pasukan renjer seramai 120 orang anggota ditubuhkan di Kuching di bawah perintah Major W.H. Rodway. Anggota-anggotanya diambil dari kalangan bumiputra Sarawak di samping kaum India dan juga kaum Jawa. Pasukan Renjer ini mempunyai sebuah pusat latihan di Kuching. Jasa pasukan renjer terhadap Kerajaan Brooke dalam mententeramkan Sarawak adalah besar. Ini termasuklah dalam perang-perang menentang Rentap (1857-1861), Julau Dayak (1856), Kayan Besar (1863), Katibas (1868-1871) dan Ulu Ai (1875). Komandan Renjer Sarawak yang pertama ialah A. Rodway (1868-1870) dan kemudiannya F. Walter (1870-1871), G.H. Becehus (1871-1875), W.H. Rodway (1877-1883), H.M. Peck (1884-1886), F.K.I. (1886-1894), G.L.B. Killick (1899-1900), G. Wilson (1902-1903), Sir Percy Cunnyghame (1903-1904) dan J . Whaeler Aldright (1903-1905) . Komandan Renjer yang terakhir ialah R. E. Lesueur (1923-1932).

Pakaian Polis Sarawak 1841-1965

Melihat keberkesanan dan teraturnya pasukan-pasukan polis yang telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, akhirnya pada tahun 1932 sebuah pasukan polis yang lebih teratur dan terkhusus dibentuk diberi nama "Sarawak Constabulary". Keanggotaannya pada masa itu hanya berjumlah 859 orang sahaja.

Sementara itu, Sarawak Armed Constabulary diperbesarkan keanggotaannya sehingga meningkat ke angka 1000 anggota. Tugas mata-mata kampung juga telah diambil alih oleh anggota Sarawak Constabulary. Apa yang jelas ialah Sarawak Constabulary masih memainkan peranan polis dan tentera terutamanya sebagai bersiap sedia untuk mengekang sebarang pemberontakan oleh peribumi Sarawak.

Menjelang tahun 1940, Sarawak Constabulary dipecahkan menjadi dua unit. Unit A yang terdiri dari 900 orang anggota pelbagai pangkat bertanggungjawab memikul tugas-tugas am polis, memberi kawalan dan pengiring bersenjata di stesen-stesen utama di negeri itu. Unit B pula mengandungi tiga platun Dayak, terdiri dari 100 anggota yang diberi tugas separa tentera, iaitu seperti Pasukan Polis Hutan masa ini.

Apabila Perang Dunia Kedua meletus (1940), Sarawak Constabulary turut sama berjuang mempertahankan Sarawak dari serangan Jepun tapi kekuatan dan kelengkapan tentera Jepun ternyata mengatasi pertahanan Sarawak. Dalam masa beberapa hari sahaja Sarawak jatuh ke tangan Jepun dan dengan itu juga Sarawak Constabulary turut bubar. Pemerintah Jepun membentuk pasukan polisnya sendiri. Banyak anggota Sarawak Constabulary meneruskan khidmat mereka di bawah Polis Jepun.

Pada tahun 1946 kerajaan Inggeris dengan rasminya mengambil alih pemerintahan Sarawak dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan. Keanggotaan pasukan polis Sarawak waktu itu berjumlah 1079 orang. Dengan pertukaran pentadbiran itu, Sarawak mengalami beberapa perubahan. Pasukan Sarawak Constabulary dimodenkan dari pelbagai segi termasuklah sistem latihan, kelengkapan dan peralatan pasukan. Apa yang menarik ialah pada tahun 1955 Constabulary Ordinance (1955) dikeluarkan di Sarawak.

Apabila Sarawak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia pada tahun 1963, Sarawak Armed Constabulary turut diserapkan dalam PDRM.

Perbarisan harijadi 'Sarawak Rangers' dan penyampaian pingat perkhidmatan am pada tahun 1929

Pasukan 'Sarawak Rangers' mengarak panji pada Disember 1931.

Pengawal Istana 1954

Perahu jenis panjang yang digunakan oleh Polis Marin Sarawak dalam tahun 1966

Bot laju yang digunakan oleh Polis Marin Sarawak dalam tahun 1970

Hydrofil yang diserahkan oleh YB. Tan Sri Temenggong Jugah Ah Bareng kepada PDRM Sarawak dalam tahun 1965

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Pasukan Polis Sabah

Pasukan Polis Sabah

Fakta UtamaTempoh: 1700-an–1967'Skuad Terbang' polis tempatan dengan kerbaunya pada awal tahun 1700-anPada tahun 1888, Sabah, Sarawak dan Brunei diletakkan di bawah naungan Inggeris.Pada tahun 1882 pasukan North Borneo Armed Constabulary merancang untuk mengambil 200 orang anggota tetapi pihak Lembaga Pengarah North Borneo Chartered Company hanya meluluskan…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1700-an–1967
  • 'Skuad Terbang' polis tempatan dengan kerbaunya pada awal tahun 1700-an
  • Pada tahun 1888, Sabah, Sarawak dan Brunei diletakkan di bawah naungan Inggeris.
  • Pada tahun 1882 pasukan North Borneo Armed Constabulary merancang untuk mengambil 200 orang anggota tetapi pihak Lembaga Pengarah North Borneo Chartered Company hanya meluluskan 50 dan hal ini membuatkan Kapten Harrington tidak puas hati lalu meletakkan jawatan.
  • Di bawah Kapten A.M.
  • Matheson, Pesuruhjaya Polis Sabah Tahun 1930

Naratif Sejarah

'Skuad Terbang' polis tempatan dengan kerbaunya pada awal tahun 1700-an

Pada tahun 1888, Sabah, Sarawak dan Brunei diletakkan di bawah naungan Inggeris. Sabah ditadbirkan oleh British North Borneo Chartered Company. Untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan terutamanya dari gangguan lanun yang sering mengganas di persisiran Sabah, sebuah pasukan polis dibentuk pada tahun 1881. Pasukan yang dikenali sebagai North Borneo Armed Constabulary itu diusahakan penubuhannya oleh Kapten Harrington, bekas Riffle Brigade. Beliau ialah saudara Lt. Col C.H. Harrington yang menjadi Komandan North Borneo Armed Constabulary dari tahun 1889 hingga 1921. Komandan adalah pemerintah tertinggi pasukan polis Sabah dikala itu. Anggota-anggota pasukan polis North Borneo Armed Constabulary ini berbangsa Sikh dan Pattan yang didatangkan dari India. Khidmat dan kesetiaan mereka amat disanjungi oleh pihak Inggeris.

Pada tahun 1882 pasukan North Borneo Armed Constabulary merancang untuk mengambil 200 orang anggota tetapi pihak Lembaga Pengarah North Borneo Chartered Company hanya meluluskan 50 dan hal ini membuatkan Kapten Harrington tidak puas hati lalu meletakkan jawatan. Beliau kemudiannya digantikan oleh Kapten A.M. de Fontaine pada tahun 1883.

Di bawah Kapten A.M. de Fontaine, North Borneo Armed Constabulary dirombak dan disusun semula untuk disesuaikan dengan keperluan dan kehendak-kehendak keadaan setempat. North Borneo Armed Constabulary tidak lagi dianggotai oleh anggota-anggota dari India tetapi turut mempunyai anggota peribumi tempatan yang terdiri dari suku kaum Dayak, Somalis dan Melayu Brunei. Jumlah keanggotaan North Borneo Armed Constabulary pada tahun 1883 ialah seramai 153 orang.

Anak muda kaum peribumi diambil berkhidmat dengan North Borneo Armed Constabulary kerana kesesuaian mereka menjalankan tugas di North Borneo terutama kerana mereka telah faham dan mengerti adat resam setempat. Bilangan anak tempatan pada mulanya hanya berjumlah 15 orang.

Pegawai anggota peribumi ini adalah orang Inggeris. Pengambilan dijalankan oleh pegawai Inggeris bernama Prayer dan Davis. Kaum Somalis dan Melayu dibawa dari Labuan dan Negeri-negeri Selat disamping sejumlah kecil kaum Dayak dari Sarawak.

Tugas dan tanggungjawab North Borneo Armed Constabulary meliputi tugas-tugas kepolisan dan ketenteraan. Di samping menguatkuasa undang-undang, mereka menjaga keselamatan dan ketenteraman serta memelihara kedaulatan negeri dan membasmi lanun di laut, penyiasatan kes-kes jenayah dan menghapuskan apa juga pemberontakan atau pencerobohan.

Matheson, Pesuruhjaya Polis Sabah Tahun 1930

Encik R.T.M. Henry QRM, C.P.M., P.K.J., Pesuruhjaya Polis Sabah 21 November 1965

Senjata-senjata yang digunakan oleh anggota-anggota North Borneo Armed Constabulary di masa itu ialah senapang jenis Snider Enfields. Senapang jenis yang sama juga diberikan kepada anggota kaum Somalis. Anggota-anggota bangsa Melayu dan kaum Dayak pula menerima senapang Snit Carbines.

Kebangkitan nasionalisme peribumi di North Borneo wujud sejak tahun 1896. Banyak penentangan bersenjata terjadi. Antaranya ialah penentangan yang diketuai oleh Antanom. Pahlawan Murut ini membantah cukai kepala yang dikenakan oleh Inggeris terhadap mereka.

Dua tahun kemudian (1898) seorang lagi anak watan Sabah bangun memimpin pemberontakan terhadap Inggeris. Pejuang yang gigih dan berani itu bernama Mat Salleh.

Bila Gabenor Humphreys mengambil alih pentadbiran North Borneo (1929), dia memberikan perhatian yang serius terhadap pembesaran, pemodenan dan mempercekapkan serta memperkuatkan North Borneo Armed Constabulary bagi menghadapi keperluan dan suasana semasa.

Untuk itu jawatan komandan, pemerintah tertinggi North Borneo Armed Constabulary, dihapuskan dan digantikan dengan nama Pesuruhjaya Polis. Jawatan Pesuruhjaya Polis itu terus dikekalkan hingga ke hari ini.

Apabila Perang Dunia Kedua meletus, Jepun berjaya menduduki North Borneo pada tahun 1942. Sebelum itu tentera Jepun terpaksa berdepan dengan pasukan North Borneo Armed Constabulary. Tentera Jepun yang lebih maju dalam kelengkapan dan persenjataan akhirnya berjaya menewaskan pertahanan North Borneo Armed Constabulary yang bukan sahaja kurang dari segi keanggotaan tetapi juga tidak cukup perbekalannya. Perjuangan mereka lebih berbekal dengan semangat dan keberanian. Namun bagitu mereka tidak mudah menyerah kalah.

Selepas Jepun kalah, kerajaan kolonial Inggeris yang mentadbir North Borneo menyusun semula organisasi dan sistem pentadbiran polis di situ. Sebuah pasukan polis North Borneo (North Borneo Police Force) dibentuk pada tahun 1946 menggantikan North Borneo Armed Constabulary yang dibubarkan. Semua pegawai dan anggota North Borneo Armed Constabulary diserapkan ke dalam pasukan baru ini. Dalam kaitan ini pengambilan anggota baru dijalankan dengan pesatnya.

Kontinjen Kavalri Polis Sikh pada hujung tahun 1890an

Berek Polis di Jesselton (sekarang dikenali sebagai Kota Kinabalu)

Pesuruhjaya Polis pada masa itu ialah D. Matheson, seorang pegawai yang berpengalaman dari England. Beliau memegang jawatan tersebut hingga 1 Disember 1954. Selama bertugas D. Matheson berusaha keras memodenkan Pasukan Polis North Borneo. Beliau juga menyusun semula sistem pentadbiran yang wujud di komponen Sabah pada hari ini. Dalam hal ini kawasan polis yang dulunya dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Pantai Barat dan Pantai Timur dipecahkan pula kepada empat bahagian iaitu Pantai Barat, Pendalaman, Tawau dan Sandakan, iaitu mengikut sistem pentadbiran awam negeri. Tiap-tiap bahagian polis diketuai oleh Penguasa Polis Bahagian (Divisional Superintendent of Police). Bahagian polis juga dipecahkan pula kepada daerah-daerah polis yang diketuai oleh seorang Ketua Polis Daerah. Kemudiannya tiap-tiap daerah itu dipecahkan mengikut kawasan-kawasan balai polis. Balai-balai polis diketuai oleh Ketua Polis Balai. Sistem ini masih diteruskan hingga sekarang.

Mulai dari tahun 1963, Pasukan Polis North Borneo diserapkan ke dalam Pasukan Polis DiRaja Malaysia yang bertanggunjawab kepada Ketua Polis Negara. Segala arahan dan dasar pasukan dibuat oleh Ibu Pejabat Ketua Polis Negara, Kuala Lumpur. Polis Sabah dianggap sebagai sebuah formasi polis seperti di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia tetapi tetap dikekalkan sebagai Komponen Sabah sama juga seperti di Sarawak. Dengan ini juga Polis Komponen Sabah tertakluk Akta Polis 1967.

Pegawai-pegawai bertauliah dan tanpa tauliah, Pasukan Polis 'detachment' Sandakan dalam tahun 1913

Perkhidmatan memandamkan kebakaran juga adalah sebahagian dari tugas-tugas polis. Kelihatan anggota bomba di depot kebakaran Labuan.

Anggota polis tempatan Sabah

Pasukan Polis Sabah di awal tahun 1900

Kawalan Kehormatan oleh Pasukan Polis Borneo Utara sewaktu lawatan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ke Borneo Utara pada 3 Januari 1959

'Home Guard' Sabah tahun 1960-an

Anggota Polis Sabah tahun 1950-an

Kontinjen polis Sikh di dalam satu perbarisan pada Hari Charter di Sandakan tahun 1891

Tugu peringatan didirikan di Tambunan bagi memperingati Mat Salleh

Unit Simpanan Polis menjalani latihan di Kota Kinabalu

Pahlawan tempatan Borneo Utara Mat Salleh

Court of Director' - British North Borneo Company dengan Kontinjen Polis Dayak yang mengambil bahagian di dalam perbarisan perayaan Diamond Jublee

Tuan West Ridgeway, Pengerusi Chartered Company memeriksa barisan kehormatan terdiri daripada anggota polis Borneo Utara di Jesselton tahun 1915

Penjara di Batu Tiga, Jesselton 1915

Komandan dan pegawai-pegawai Angkatan Tentera Polis Borneo Utara British di Sandakan dalam tahun 1891

Galeri Sejarah

1896–1945

Penyatuan dan Zaman Perang

Pasukan negeri disatukan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebelum Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun mengubah landskap keselamatan.
Peristiwa sejarah
Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Fakta UtamaTempoh: 1896–1945Tahun 1874 satu detik penting dalam sejarah negara kerana bermulanya sistem Residen Inggeris di negeri-negeri Tanah Melayu yang dipelopori oleh negeri Perak.Pembentukan tersebut menyatukan pasukan pasukan polis negeri-negeri tersebut kedalam Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1896–1945
  • Tahun 1874 satu detik penting dalam sejarah negara kerana bermulanya sistem Residen Inggeris di negeri-negeri Tanah Melayu yang dipelopori oleh negeri Perak.
  • Pembentukan tersebut menyatukan pasukan pasukan polis negeri-negeri tersebut kedalam Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
  • Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu adalah dibawah pemerintah tertingginya, iaitu Pesuruhjaya Polis.
  • Dengan tertubuhnya Malay States Guides dibawah Kolonel Walker pada tahun 1896 yang kekuatannya enam kompeni infantri dan dua kompeni artillieri (900 anggota).
  • Tahun pertama wujudnya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mencatatkan jumlah anggotanya lebih kurang 2000 orang.

Naratif Sejarah

Anggota-anggota polis melayu dari Pasukan Negeri-Negeri Melayu Bersatu di awal pemerintahan British

Tahun 1874 satu detik penting dalam sejarah negara kerana bermulanya sistem Residen Inggeris di negeri-negeri Tanah Melayu yang dipelopori oleh negeri Perak. Dalam tahun 1892 lahirlah pula gagasan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, keempat-empat buah negeri tersebut disatukan dalam sebuah Persekutuan.

Pembentukan tersebut menyatukan pasukan pasukan polis negeri-negeri tersebut kedalam Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kewujudan pasukan polis itu adalah serentak dengan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang berkuatkuasa pada 1 Julai 1896.

Mengikut Perlembagaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Pasukan Polis, Kastam, Jabatan Ukur, Buruh dan Pertahanan diletakkan dibawah bidang kuasa Kerajaan Pusat yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu adalah dibawah pemerintah tertingginya, iaitu Pesuruhjaya Polis. Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan dijadikan sebagai Kontinjen Polis dan diketuai oleh seorang Ketua Polis Negeri (Chief Police Officers). Walaupun Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bertanggungjawab keatas pentadbiran dan pengawasan pasukan polis tetapi ia adalah dibawah kawalan dan arahan Ketua Setiausaha Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Seksyen 3, Police Force Enactment (1924) ada menyebut bahawa,

"The Superintendent and administration of the Police Force shall be in the hands of the Commissioner and subject to the orders and control of the Chief Secretary".

Orang yang pertama dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah Kapten H. C. Syers, Penguasa Polis Negeri Selangor. Syers telah memindahkan Ibu Pejabat Polis Negeri itu dari Klang ke Kuala Lumpur (Bukit Aman sekarang) dan mengekalkan Bluff Road Hill itu sebagai Pusat Pentadbiran Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jawatannya sebagai Penguasa Polis Selangor digantikan oleh Christian Wagner.

Di bawah Kapten H.C. Syers, Polis Negeri Negeri Melayu Bersekutu mengalami beberapa perubahan yang pesat dan menggalakkan. Untuk menimbulkan rasa kesatuan, pakaian seragam warna biru diperkenalkan. Tiap-tiap negeri dibezakan oleh bentuk butang dan lencana.

Syers mengambil inisiatif dengan menyusun semula pentadbiran polis di Perak. Kontinjen Polis Perak diketuai oleh seorang Ketua Polis berpangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis yang mengambil alih sepenuhnya peranan pasukan Sikh di Perak yang dianggap bukan lagi sebahagian daripada pasukan polis tetapi Malay States Guides. Kontinjen Perak pada masa itu mempunyai seramai 842 anggota 15 pegawai Eropah, 472 pegawai dan anggota Sikh dan Pathan, 14 orderli dan 302 pegawai pangkat rendah dan konstabel Melayu. Keanggotaan di Kontinjen Selangor pula ialah enam orang pegawai Eropah, 32 Pathan dan 500 pegawai pangkat rendah dan konstabel Melayu.

Dengan tertubuhnya Malay States Guides dibawah Kolonel Walker pada tahun 1896 yang kekuatannya enam kompeni infantri dan dua kompeni artillieri (900 anggota). Semua tugasan berbentuk ketenteraan yang dulunya menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang diambil alih oleh pasukan tersebut.

Ketua Polis Kontinjen Pahang ialah Duff dan pasukan itu mempunyai 245 anggota. F.W. Talbot pula mengetuai Kontinjen Negeri Sembilan. Dibawahnya terdapat dua Inspektor, 56 anggota Sikh dan 250 pegawai pangkat rendah serta konstabel Melayu.

Tahun pertama wujudnya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mencatatkan jumlah anggotanya lebih kurang 2000 orang. Masalah yang wujud sehingga 1903 ialah penggabungan polis itu masih longgar, Residen turut mempunyai kuasa dalam pentadbiran polis tiap-tiap negeri. Pesuruhjaya Polis di Bluff Road (sekarang Bukit Aman) tidak mempunyai kuasa sepenuhnya, melainkan sebagai `Inspecting Officer' sahaja.

Gambar Inspektor Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu diambil dalam tahun 1933

Menjelang tahun 1902, kekuatan pasukan polis ialah 2160 orang, iaitu tiga orang Timbalan Pesuruhjaya, dua Penolong Pesuruhjaya, 25 inspektor, dua Pegawai Bumiputera, 1961 pegawai pangkat rendah clan konstabel, 93 detektif clan 14 orderli. Sementara itu anggota-anggota polis Kontinjen Selangor dan Pahang bersenjatakan dengan `Martini-Enfield Converted Carbines'. Negeri-negeri lain pula menerima `Martini rifles' dan carbine.

Pada tahun berikutnya iaitu 1903 Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu barulah benar benar dibawah kuasa dan kawalan Pesuruhjaya Polis. Usaha ini dibuat oleh H.L. Talbot yang berusaha untuk mengalihkan kuasa dan peringkat negeri ke pusat menerusi berkuatkuasanya Police Force Enactment 1903.

Satu masalah yang dihadapi oleh pemerintah Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ketika itu ialah untuk mendapatkan anggota-anggota yang terlatih. Sebelum itu anggota-anggota biasanya diambil dari pasukan-pasukan tentera India. Untuk mengatasi masalah sebuah Pusat Latihan (Depot) ditubuhkan di perkarangan Bluff Road pada bulan Oktober 1903.

Bagi mengubah pandangan terhadap polis dan menggalakkan orang Melayu berkhidmat dengan pasukan polis, British telah menggunakan nilai-nilai taat setia kepada Raja yang terdapat pada orang Melayu. Untuk itu Raja Alang lskandar, putera Sultan Idris dari Perak lulusan Oxford yang bekerja di Sekretriat Taiping telah dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya pada 1 Ogos 1905 dengan persetujuan Paduka Sultan Perak.

Raja Alang Iskandar merupakan orang Melayu pertama diberi pang kat yang tertinggi oleh British. Dia adalah seorang putera raja yang bersemangat dan mempunyai tingkah laku yang menyenangkan. Dia kemudiannya ditempatkan di Polis Depot dan diberi tanggungjawab untuk pengambilan t anggota-anggota polis Melayu. Raja Alang Iskandar tela menjalankan berbagai usaha untuk menarik minat orang-orang Melayu berkhidmat dalam pasukan polis. Selepas 37 tahun pusat latihan ini dipindah ke Riffle Range Road (Jalan Semarak) iaitu yan dikenali sebagai PULAPOL (Pusat Latihan Polis) sekarang ini.

Kenderaan yang digunakan oleh Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Anggota Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) dalam tahun 1936

Sehingga tahun 1908 beberapa kemajuan jelas kelihatan dengan organisasi peringkat Kontinjen dan Daerah polis telah disusun. Depot pula semakin lengkap. Cawangan detektif dan Pendaftar Rekod Jenayah yang baru ditubuhkan berjalan lancar. Pegawai-pegawai percubaan didatangkan dari England.

Apabila Talbot meninggal pada 31 Ogos 1909, Douglas yang memangku jawatan Pesuruhjaya Polis sejak Talbot sakit dikekalkan memegang jawatan tersebut. Douglas adalah Ketua Polis Perak sejak 1897.

Pada tahun 1911, anggota Pasukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terus bertambah. Dalam masa sepuluh tahun keanggotaannya ingkat iaitu daripada 2138 orang kepada 3241 orang. Jumlah pegawai Eropah juga bertambah dan 41 orang menjadi 72 orang. Masalah yang dihadapi oleh polis pada masa itu ialah perjudian dikalangan kaum Cina dan juga jenayah yang berkait dengan candhu. Tetapi dengan kecekapan pasukan polis keadaan dapat dikawal.

Pada masa ini juga telah wujud Police Force Enactment yang dikuatkuasakan pada 9 Januari 1924. Enakmen ini lebih teratur, menjelaskan peranan dan tugas serta tanggungjawab polis Negeri Negeri Melayu Bersekutu.

Dengan meletusnya Perang Dunia Kedua dan jatuhnya seluruh Tanah Melayu ketangan Jepun maka Polis Negeri-Negeri Bersekutu dengan sendirinya terbubar. Ketua Polis yang terakhir, E.Bagot turut melarikan diri ke Singapura setelah kekuatan pertahanan British tidak mampu untuk menahan kemaraan tentera Jepun. Apabila Singapura turut jatuh ketangan Jepun, E. Bagot turut ditawan.

Kawalan Kehormatan di Padang Kelab Selangor oleh Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS)

HJ. Mohamad Bin Rahmat, Sarjan Detektif (No. 1, F.M.S. Polis)

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Pendudukan Jepun dan Keruntuhan Pasukan Polis

Pendudukan Jepun dan Keruntuhan Pasukan Polis

Fakta UtamaTempoh: 1942–1945Gambar Menunjukkan Jeneral Itakagi Menyerahkan Pedangnya kepada Leftenan Jeneral Messery, Pegawai Pemerintah `Command' Malaya diikuti oleh Pegawai-pegawai Tentera Jepun yang lain disatu upacara penyerahan pedang-pedang Jepun di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Feb.Pada masa yang sama ancaman dalaman dari kumpulan-kumpul…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1942–1945
  • Gambar Menunjukkan Jeneral Itakagi Menyerahkan Pedangnya kepada Leftenan Jeneral Messery, Pegawai Pemerintah `Command' Malaya diikuti oleh Pegawai-pegawai Tentera Jepun yang lain disatu upacara penyerahan pedang-pedang Jepun di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Feb.
  • Pada masa yang sama ancaman dalaman dari kumpulan-kumpulan anti British telah meningkatkan aktiviti-aktiviti subversif.
  • Pada 9hb Disember 1941, tentera Jepun mendarat di Kelantan dan Terengganu.
  • Para pegawai Jepun sedang menyerahkan Pedang Kuasa selepas pihak tentera bersekutu mengebom Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945.

Naratif Sejarah

Gambar Menunjukkan Jeneral Itakagi Menyerahkan Pedangnya kepada Leftenan Jeneral Messery, Pegawai Pemerintah `Command' Malaya diikuti oleh Pegawai-pegawai Tentera Jepun yang lain disatu upacara penyerahan pedang-pedang Jepun di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Feb. 1946. Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939 dan keadaan di Tanah Melayu menjadi cemas apabila pihak Jepun menakluki kawasan Indo-China. Langkah-langkah minima diambil oleh Kerajaan British untuk mempertahankan Tanah Melayu.

Ketua Polis Negeri-Negeri Selat A.H. Dickinson telah dilantik menjadi Pegawai Keselamatan Awam bagi seluruh Tanah Melayu. Beliau bertanggungjawab menyusun pertahanan Tanah Melayu bagi menghadapi ancaman serangan tentera Jepun.

Di Selangor dan Negeri Sembilan, Pasukan Auxilliary Police ditubuhkan, dan konstabel-konstabel tambahan diambil bagi tujuan memperkuatkan Pasukan Polis. Pihak polis di Kedah, Perak dan Kelantan diarah supaya menjalankan rondaan dan kawalan di kawasan sempadan Tanah Melayu/Thailand.

Pada masa yang sama ancaman dalaman dari kumpulan-kumpulan anti British telah meningkatkan aktiviti-aktiviti subversif. Kempen anti British dijalankan terutamanya melalui dua akhbar yang dimiliki oleh PKM iaitu "EMANCIPATION NEWS" clan "VANGUARD NEWS". Pada Hari Buruh 1 Mei 1940 satu perhimpunan secara besar-besaran yang dirancang oleh PKM di Singapura dapat dipatahkan oleh polis dengan menghalang pemergian pekerja-pekerja ke tempat yang telah ditentukan.

Pada 9hb Disember 1941, tentera Jepun mendarat di Kelantan dan Terengganu. Kemaraan tentera Jepun tidak dapat dipatahkan malah pasukan polis telah berpecah belah. Kejatuhan Singapura ke tangan Jepun menandakan lenyapnya Pasukan-Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu clan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu.

Jangka masa pendudukan Jepun merupakan satu "zaman kegelapan" dalam perkembangan institusi polis di Malaya. Pihak Jepun telah mendirikan pentadbiran ketenteraan di Tanah Melayu. Pasukan polis diteruskan berfungsi tetapi digunakan sebagai alat penindasan dalam sistem pemerintahan kuku besi Jepun.

Zaman pendudukan Jepun telah membawa dua kesan utama ke atas perkembangan institusi Polis di Malaya:

Pendudukan Jepun telah menunjukkan bahawa penduduk-penduduk tempatan berupaya menjalankan tugas-tugas kepolisan tanpa pimpinan pegawai-pegawai Inggeris. Sistem stratifikasi anggota-anggota polis berasaskan pemisahan di antara pegawai asing dan pegawai tempatan tidak dapat diteruskan selepas tamatnya pendudukan Jepun.

Sifat benci pihak Jepun terhadap kaum Cina sedikit sebanyak telah menyebabkan konflik antara kaum Cina dan Melayu di Tanah Melayu. Pada masa itu penduduk kaum Cina yang tertindas melarikan diri ke hutan memasuki pasukan Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) yang diasaskan oleh pihak komunis. Pasukan polis yang memburu gerila-gerila itu kebanyakan terdiri daripada orang Melayu. Kesan langsung dari keadaan ini tercetus selepas penyerahan tentera Jepun. Pihak British mengambil masa lebih dari dua minggu untuk bertapak semula di Malaya. Dalam tempoh masa peralihan ini pejuang- pejuang gerila telah keluar dari hutan dan mengambil alih kuasa di beberapa tempat. Mereka telah mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam.

Para pegawai Jepun sedang menyerahkan Pedang Kuasa selepas pihak tentera bersekutu mengebom Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945. Peristiwa ini dirakamkan di Singapura.

Galeri Sejarah

1945–1953

Pembinaan Semula dan Darurat

Pasukan dibina semula selepas perang dan menjadi barisan hadapan menentang ancaman bersenjata semasa Darurat.
Peristiwa sejarah
Civil Affairs Police Force (CAPF)

Civil Affairs Police Force (CAPF)

Fakta UtamaTempoh: 1945–1948Pusat Latihan Polis Jalan Gurnay dalam tahun 1945Penyerahan tentera Jepun pada bulan Ogos 1945 telah diikuti dengan pembentukan "British Military Administration" (BMA) untuk mentadbir Tanah Melayu.Sebagai langkah awal untuk memulihkan institusi polis di Tanah Melayu, kursus-kursus latihan intensif telah dimulakan di Polis Depot K…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1945–1948
  • Pusat Latihan Polis Jalan Gurnay dalam tahun 1945
  • Penyerahan tentera Jepun pada bulan Ogos 1945 telah diikuti dengan pembentukan "British Military Administration" (BMA) untuk mentadbir Tanah Melayu.
  • Sebagai langkah awal untuk memulihkan institusi polis di Tanah Melayu, kursus-kursus latihan intensif telah dimulakan di Polis Depot Kuala Lumpur.
  • Pasukan Polis Kontinjen Latihan Polis Jalan Gurney Kuala Lumpur yang mengambil bahagian dalam perbarisan kemenangan 1945
  • Pusat Latihan Polis, Jalan Gurney sekarang Jalan Semarak) tahun 1945

Naratif Sejarah

Pusat Latihan Polis Jalan Gurnay dalam tahun 1945

Penyerahan tentera Jepun pada bulan Ogos 1945 telah diikuti dengan pembentukan "British Military Administration" (BMA) untuk mentadbir Tanah Melayu. "Civil Affair Police Force" (CAPF) pula telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan. H.B. Longworthy telah menjadi ketua pasukan tersebut. Pembentukan pasukan ini dalam bulan September 1945 menandakan satu titik peralihan yang penting dalam sejarah perkembangan institusi polis di Malaya. Ini merupakan kali pertama satu pasukan polis yang tunggal dengan pentadbiran pusat diwujudkan untuk meliputi seluruh Tanah Melayu .

Sebagai langkah awal untuk memulihkan institusi polis di Tanah Melayu, kursus-kursus latihan intensif telah dimulakan di Polis Depot Kuala Lumpur. Menjelang tahun 1946 seramai 1,512 anggota polis dari seluruh Tanah Melayu telah menjalani kursus-kursus latihan semula (Refresher Courses) di Kuala Lumpur. Pengambilan rekrut baru dimulakan pada minggu pertama bulan Januari 1946. Seramai 700 orang anggota baru telah dilatih untuk menjalani latihan iaitu 500 orang di Polis Depot Kuala Lumpur dan 200 orang di Polis Depot Johor Bahru. Sambutan terhadap pengambilan rekrut begitu menggalakkan sehingga 85 peratus daripada permohonan ditolak.

Pasukan Polis Kontinjen Latihan Polis Jalan Gurney Kuala Lumpur yang mengambil bahagian dalam perbarisan kemenangan 1945

Pusat Latihan Polis, Jalan Gurney sekarang Jalan Semarak) tahun 1945

Anggota-anggota Polis Persekutuan Tanah Melayu dalam satu perbarisan di Taiping pada tahun 1953

Anggota-anggota Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Polis, Jalan Gurney Kuala Lumpur pada tahun 1945

Anggota Polis Persekutuan Melayu sedang bertugas di pejabat pertanyaan dalam tahun 1950

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Pasukan Polis Malayan Union

Pasukan Polis Malayan Union

Fakta UtamaTempoh: 1946–1948Pada akhir tahun 1945 dan awal 1946 pihak British berusaha menubuhkan perlembagaan"Malayan Union" yang telah dirancangkan di London.Walaupun terdapat tentangan hebat terhadap rancangan ini yang dianggap sebagai usaha menukarkan kedudukan negeri-negeri Melayu kepada sebuah negara jajahan, rancangan ini dilaksanakan pada 1 April 19…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1946–1948
  • Pada akhir tahun 1945 dan awal 1946 pihak British berusaha menubuhkan perlembagaan"Malayan Union" yang telah dirancangkan di London.Walaupun terdapat tentangan hebat terhadap rancangan ini yang dianggap sebagai usaha menukarkan kedudukan negeri-negeri Melayu kepada sebuah negara jajahan, rancangan ini dilaksanakan pada 1 April 1946.
  • Pelatih konstabel berjalan meninggalkan asrama untuk menjalani latihan
  • Pelajaran undang-undang dibekalkan sewaktu dalam latihan

Naratif Sejarah

Pelatih konstabel berjalan meninggalkan asrama untuk menjalani latihan

Pada akhir tahun 1945 dan awal 1946 pihak British berusaha menubuhkan perlembagaan"Malayan Union" yang telah dirancangkan di London.Walaupun terdapat tentangan hebat terhadap rancangan ini yang dianggap sebagai usaha menukarkan kedudukan negeri-negeri Melayu kepada sebuah negara jajahan, rancangan ini dilaksanakan pada 1 April 1946. Selaras dengan perkembangan ini, pada tarikh yang sama nama "Civil Affairs Police Force, Malay Peninsula" ditukar kepada Pasukan Polis Malayan Union (Malayan Union Police Force). Kakitangan, dasar dan organisasinya merupakan lanjutan dari apa yang telah diasaskan di bawah CAPE H.B. Longworthy dilantik sebagai Polis dan timbalannya ialah D.P. MacNamara.

Pelajaran undang-undang dibekalkan sewaktu dalam latihan

Anggota Polis Malayan Union sedang menjalani latihan

Latihan penggunaan senjatapi yang dibekalkan serta pengawalan senjatapi juga diberi latihan

Anggota Polis Malayan Union diberi latihan kawad

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Zaman Gray

Zaman Gray

Fakta UtamaTempoh: 1948–1952Pada 29 Jun 1948, Sir Edward Gent telah dipanggil balik ke England.Malangnya Sir Henry Gurney telah terkorban dalam satu serang hendap komunis dalam perjalanan beliau ke Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951.Gray mula bertugas pada 17 Ogos 1948.Gray bersara pada bulan Januari 1952.Pasukan 'Special Constable' sedang memeriksa kenderaan…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1948–1952
  • Pada 29 Jun 1948, Sir Edward Gent telah dipanggil balik ke England.
  • Malangnya Sir Henry Gurney telah terkorban dalam satu serang hendap komunis dalam perjalanan beliau ke Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951.
  • Gray mula bertugas pada 17 Ogos 1948.
  • Gray bersara pada bulan Januari 1952.
  • Pasukan 'Special Constable' sedang memeriksa kenderaan di salah sebatang jalanraya pada tahun 1950

Naratif Sejarah

Pada 29 Jun 1948, Sir Edward Gent telah dipanggil balik ke England. Ini pula diikuti dengan perletakan jawatan oleh Langworthy.

Gent digantikan oleh Sir Henry Gurney dan Langworthy pula digantikan oleh Kolonel Nieol Gray. Pada masa itu Pasukan Polis Malayan Union telah ditukarkan namanya kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Sir Henry Gurney telah mengambil dua keputusan yang sangat penting bagi perkembangan perjuangan menentang ancaman pengganas komunis. Pertama, pihak tentera tidak akan diberi tanggungjawab penuh untuk menentang komunis. Bagi beliau ini merupakan satu perang ideologi politik dan beliau percaya bahawa apa yang diperlukan ialah sokongan ketenteraan bagi satu perang politik. Keputusan kedua yang dibuat oleh Gurney ialah untuk melancarkan projek penempatan semula setinggan-setinggan Cina dari kawasan kawasan di tepi hutan. Mereka ini berjumlah 600,000 orang, dan kebanyakannya mereka ini telah melarikan diri dari bandar-bandar semasa pendudukan Jepun.

Malangnya Sir Henry Gurney telah terkorban dalam satu serang hendap komunis dalam perjalanan beliau ke Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951.

Gray mula bertugas pada 17 Ogos 1948. Beliau menghadapi tugas yang amat sukar dan mencabar. Beliau terpaksa mengembang dan memajukan Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu dengan secepat mungkin bagi menentang ancaman komunis. Langkah-langkah yang dijalankan oleh Gray ialah seperti berikut:

Jawatan Pengarah Cawangan Perisikan Jenayah telah diubah kepada Timbalan Pesuruhjaya yang mengetuai dua cawangan iaitu Cawangan Khas dan Cawangan Jenayah. Tiap-tiap cawangan ini pula masing-masing dipimpin oleh seorang Penolong Pesuruhjaya.

Jawatan Timbalan Pesuruhjaya `Uniform Branch' telah dibentuk untuk melicinkan lagi pentadbiran pasukan.

Selaras dengan usaha itu, beberapa cawangan baru telah dibentuk di bawah Pengurusan Pesuruhjaya ini dan cawangan tersebut ialah:

Kakitangan (Personnel)

Pengangkutan (Transport)

Polis Khas dan Polis Tambahan

`Q' (termasuk perumahan, senjata, bekalan dan kelengkapan

Gray bersara pada bulan Januari 1952. Dalam tempoh perkhidmatannya Gray telah berjaya membentuk satu pasukan polis yang cukup kuat dari segi jumlah kakitangan dan kelengkapan. Sepanjang perkhidmatannya beliau menghadapi berbagai-bagai masalah seperti perselisihan di kalangan pegawai-pegawai yang telah lama berkhidmat dengan kumpulan "orang luar" yang dibawa masuk berkhidmat dalam pasukan; isu `Armour Plating' yang membawa perbalahan antara beliau dengan peladang-peladang dan pelombong-pelombong; percanggahan antara beliau dengan Briggs. Gray tidak bersetuju dengan cadangan Briggs untuk memisahkan pasukan polis kepada dua bahagian, iaitu Pasukan Polis biasa dan Pasukan Pengawal.

Pasukan polis bantuan ketika operasimencari pembunuh Sir Henry Gurney

Pasukan 'Special Constable' sedang memeriksa kenderaan di salah sebatang jalanraya pada tahun 1950

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Darurat

Darurat

Fakta UtamaTempoh: 1948–1960PKM pimpinan Chin Peng (yang mengambil alih dari Loi Teck yang menghilangkan diri dengan sejumlah wang) telah melancarkan keganasan mulai pertengahan tahun 1948.Setelah keadaan menjadi begitu buruk, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara mulai tahun 1948.Oleh kerana masalah pemberontak adalah masalah dala…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1948–1960
  • PKM pimpinan Chin Peng (yang mengambil alih dari Loi Teck yang menghilangkan diri dengan sejumlah wang) telah melancarkan keganasan mulai pertengahan tahun 1948.
  • Setelah keadaan menjadi begitu buruk, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara mulai tahun 1948.
  • Oleh kerana masalah pemberontak adalah masalah dalam negeri, Polis Persekutuan Tanah Melayu diberikan tanggungjawab untuk mengawalnya.

Naratif Sejarah

Selepas tentera Jepun menyerah diri, gerila-gerila komunis keluar dari hutan dan mengambil alih kuasa di beberapa kawasan. Namun demikian dalam beberapa minggu berikutnya pihak pentadbiran Tentera British (BMA) telah mengambil alih kuasa bagi kerajaan British. Pada masa yang sama Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) dibubarkan. Anggota-anggotanya seramai 6,800 orang telah menerima wang sebanyak $350/- seorang semasa menyerah senjatapi mereka.

Sehubungan ini PKM cuba mendirikan sebuah negara komunis di Tanah Melayu. Dengan itu anggota PKM mula meresapi pelbagai pertubuhan politik, belia dan kesatuan sekerja di samping bergiat cergas dalam PKM yang masih halal ketika itu. Setelah mendapat arahan dari Comintern dan merasakan perjuangan cara politik telah gagal, PKM mengalih corak perjuangan dengan pemberontakan bersenjata, iaitu sejajar dengan prinsip perjuangan Mao Tse Tung yang lebih yakin kepada perjuangan kekerasan bersenjata.

PKM pimpinan Chin Peng (yang mengambil alih dari Loi Teck yang menghilangkan diri dengan sejumlah wang) telah melancarkan keganasan mulai pertengahan tahun 1948. Mereka membunuh pengurus-pengurus bangsa Eropah, memusnahkan pokok getah dan lombong, menyerang balai-balai polis dan anggota-anggota pasukan keselamatan. Untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu, mereka menjalankan operasi yang di gelar "Bumi Hangus".

Setelah keadaan menjadi begitu buruk, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara mulai tahun 1948. PKM juga diharamkan.

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk memerangi komunis di seluruh negara. Satu langkah utama ialah dengan menyelaras gerakan ketenteraan, menempatkan semula orang-orang Cina ke kampung-kampung baru, memperkenalkan kad pengenalan, perintah berkurung, menjalankan perang saraf dan operasi psikologi, selain meningkatkan keberkesanan pengumpulan inteligen tentang komunis dengan menubuhkan Cawangan Khas yang diletakkan di bawah kawalan pasukan polis.

Oleh kerana masalah pemberontak adalah masalah dalam negeri, Polis Persekutuan Tanah Melayu diberikan tanggungjawab untuk mengawalnya. Di kemuncak kebangkitan komunis (1950), Pasukan Polis dengan kekuatan 161,281orang yang terdiri daripada 31,164 anggota polis tetap, 44,117 polis khas dan 86,000 polis bantuan merupakan pasukan keselamatan yang terbesar kerana angkatan tentera hanya mempunyai 10 batalion infantri (2 batalion Tentera British, 5 batalion Tentera Gurkha dan 3 batalion Askar Melayu).

Pasukan Polis bertindak dan memainkan peranan utama dalam merancang strategi untuk menentang komunis. Pasukan Polis memburu dan menghapuskan komunis di hutan, di desa dan juga di bandar. Dalam usaha menjayakan gerakan menentang komunis, Cawangan Khas (Special Branch) selaku badan perisikan utama negara telah bertindak dengan tangkas dan cekap. Pihak polis juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan perang saraf terhadap komunis. Peranan pasukan polis dalam masa darurat adalah amat jelas jika dilihat pada jumlah anggotanya yang terkorban iaitu seramai 1,346 berbanding dengan pasukan keselamatan yang lain hanya 519 sahaja. Setelah merasakan dirinya bagitu lemah PKM mengundurkan saki baki tenteranya ke kawasan sempadan persekutuan Tanah Melayu - Thailand. Dari sana PKM berusaha mengumpulkan dan memulihkan semula kekuatannya.

Pasukan Polis Marin sedang membuat pemeriksaan ke atas sebuah bot nelayan

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Jungle Squad

Jungle Squad

Fakta UtamaTempoh: 1948–1951Anggota 'Jungle Squad' sewaktu darurat sedang memeriksa kenderaan yang lalu di satu sekatan jalan.Untuk menangani masalah pemberontakan dalam negeri dan memburu pengganas komunis di hutan sebuah pasukan yang berasaskan ketenteraan telah dibentuk dalam tahun 1948 dan dinamakan "Flying Squad".Pada tahun 1951, "Jungle Squad" telah d…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1948–1951
  • Anggota 'Jungle Squad' sewaktu darurat sedang memeriksa kenderaan yang lalu di satu sekatan jalan.
  • Untuk menangani masalah pemberontakan dalam negeri dan memburu pengganas komunis di hutan sebuah pasukan yang berasaskan ketenteraan telah dibentuk dalam tahun 1948 dan dinamakan "Flying Squad".
  • Pada tahun 1951, "Jungle Squad" telah diperkuatkan dan diperlengkapkan lagi.

Naratif Sejarah

Anggota 'Jungle Squad' sewaktu darurat sedang memeriksa kenderaan yang lalu di satu sekatan jalan. Pasukan polis berkonsepkan para-tentera lahir bersama institusi moden kepolisan pada 25 Mac 1807. Pasukan-pasukan polis yang dibentuk kemudiannya menjalankan tugas kepolisan dan ketenteraan. Begitu juga"Malay States Guides" yang dibentuk pada tahun 1826. Pada tahun 1948, Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengisytiharkan pemberontakan bersenjata yang pertama. PKM memperhebatkan gerakan ketenteraannya di seluruh negara. Mereka menyerang balai polis, membunuh dan mencederakan rakyat yang tidak memberi sokongan terhadap perjuangan komunis. PKM juga memusnahkan harta-harta awam dengan tujuan melumpuhkan ekonomi negara. Tiga strategi PKM juga untuk mencapai matlamatnya ialah :

PERTAMA : Melemahkan dan memusnahkan ekonomi Tanah Melayu dengan "Operasi Bumi Hangus" ke atas ladang-ladang dan lombong-lombong;

KEDUA : Menguasai kawasan-kawasan bebas;

KETIGA : Memimpin pemberontakan melalui tentera pembebasan.Dengan usaha-usaha ini PKM akan dapat pula menyatukan kawasan-kawasan bebas tadi untuk membentuk sebuah Republik Komunis.

Untuk menangani masalah pemberontakan dalam negeri dan memburu pengganas komunis di hutan sebuah pasukan yang berasaskan ketenteraan telah dibentuk dalam tahun 1948 dan dinamakan "Flying Squad". Oleh kerana tidak praktik dan sesuai, nama pasukan ini telah ditukarkan kepada "Jungle Squad" sejajar dengan peranannya membanteras pengganas komunis di hutan belantara. "Jungle Squad" diletakkan di bawah perintah Ketua Polis Daerah dengan berkekuatan di antara 15-20 anggota tiap unit. Satu unit ditempatkan di setiap daerah. Walaupun keanggotaan pasukan ini kecil tetapi peranan yang dimainkan amat membanggakan: Tanggungjawab yang diberikan kepada pasukan ini telah dilaksanakan dengan begitu cemerlang dan bersemangat sekali. Ini telah memberi tamparan yang begitu hebat kepada pengganas komunis.

Pada tahun 1951, "Jungle Squad" telah diperkuatkan dan diperlengkapkan lagi. Namanya juga telah ditukarkan kepada "Jungle Company".

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Jeneral Sir Gerald Templer dan Kolonel Arthur E. Young

Jeneral Sir Gerald Templer dan Kolonel Arthur E. Young

Fakta UtamaTempoh: 1952–1953Kerajaan British di London telah memilih Jeneral Sir Gerald Templer bagi menggantikan Sir Henry Gurney.Pada bulan Mei 1952 bentuk organisasi baru bagi pentadbiran Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu yang direncana oleh Kol.Lencana bersedia berkhidmat yang telah dilancarkan oleh Kol.Kol.Sir Gerald Templer diiringi oleh Pesuruhj…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1952–1953
  • Kerajaan British di London telah memilih Jeneral Sir Gerald Templer bagi menggantikan Sir Henry Gurney.
  • Pada bulan Mei 1952 bentuk organisasi baru bagi pentadbiran Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu yang direncana oleh Kol.
  • Lencana bersedia berkhidmat yang telah dilancarkan oleh Kol.
  • Kol.
  • Sir Gerald Templer diiringi oleh Pesuruhjaya Polis Kolonel Young, memeriksa barisan kehormatan semasa merasmikan pembukaan Maktab Polis Kuala Kubu Baru dalam tahun 1953

Naratif Sejarah

Sir Gerald Templer Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu

Kerajaan British di London telah memilih Jeneral Sir Gerald Templer bagi menggantikan Sir Henry Gurney. Beliau diberikan tugas sebagai Pesuruhjaya Tinggi dan juga sebagai Pengarah Operasi. Ini bermakna beliau bertanggungjawab mentadbir Malaya dan mengarahkan gerakan menentang ancaman komunis pada masa yang sama. Jen. Templer tiba di Malaya pada 7 Februari 1952. Beliau mengumumkan bahawa terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian berat dengan serta merta iaitu:

Penyusunan semua Pasukan Polis dan perubahan dalam peranannya.

Penubuhan sebuah organisasi perisikan yang baik; dan

Perkhidmatan penerangan termasuklah penyiaran dan perfileman perlu diselaraskan serta digunakan untuk perang saraf (Psychological Warfare)

Pesuruhjaya Polis bagi bandaraya London, Kolonel Arthur E. Young telah dihantar ke Malaya untuk bertugas selama setahun sebagai Pesuruhjaya Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Beliau bersama Templer memainkan peranan penting dalam pembentukan pasukan polis yang kini wujud di negara ini.

Organisasi Semula Ibu Pejabat Polis

Pada bulan Mei 1952 bentuk organisasi baru bagi pentadbiran Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu yang direncana oleh Kol. Young telah diumumkan. Dalam bentuk baru ini, Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu dibahagikan kepada lima jabatan iaitu:

Menguruskan pentadbiran

Menguruskan gerakan-gerakan, "Jungle Companies" Polis Tambahan dan Polis Khas.

Menguruskan kewangan, Setor, bangunan dan harta benda

Jabatan Siasatan Jenayah

Operasi Bersedia Berkhidmat

Lencana bersedia berkhidmat yang telah dilancarkan oleh Kol. Arthur E. Young, Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu pada 15 Disember 1952

Kol. A.E. Young telah memperkenalkan `Operasi Bersedia Berkhidmat' pada 15 Disember 1952. Dalam `Commissioner's Instruction No. 36' beliau menyatakan; "It has been our ironic misfortune that because of the emergency we have been compelled in the course of our duty to protect the public from terrorism by the imposition of restrictive ordinances rather than by cooperation and trust. Whilst the need exists the protection of the public from all forms of terrorism will remain our foremost preoccupation, nevertheless we will simultaneously take every opportunity to show evidence of a desire to become a service to the public, both respected and esteemed".

Satu lencana khas telah dikeluarkan untuk menandakan `Gerakan Bersedia Berkhidmat'. Lencana ini dipakai oleh setiap pegawai dal dalam pasukan sehingga ke hari ini.

Satu lagi langkah yang penting ialah menukarkan nama Rumah Pasung kepada`Balai Polis'. Penukaran ini telah membant hilangkan pandangan dan sikap negatif terhadap Polis.

Sir Gerald Templer diiringi oleh Pesuruhjaya Polis Kolonel Young, memeriksa barisan kehormatan semasa merasmikan pembukaan Maktab Polis Kuala Kubu Baru dalam tahun 1953

Perasmian Maktab Polis Kuala Kubu Bahru oleh General Sir Gerald Templer pada tahun 1953. Berpakaian baju Melayu ialah DYMM Sultan Selangor, Sultan Salehuddin Abd. Azizi Shah

Juruiring yang terdiri daripada anggota Cawangan Trafik kepada Pesuruhjaya Tinggi ke Tanah Melayu Sir Gerald Templer pada tahun 1953

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Bukit Kepong

Bukit Kepong

Fakta UtamaTempoh: 23 Februari 1950Gambar kenangan anggota polis Bukit Kepong sebelum peristiwa serangan balai pada 23 Febuari 1950Pasukan Polis bantuan ini bekerjasama rapat dengan pasukan polis Bukit Kepong.Dato'Onn Jaafar (Menteri Besar Johor) sedang memeriksa tempat kejadian selepas serangan balai pada 24 Febuari 1950Y.B.Y.Bhg.Naratif SejarahTapak Balai…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 23 Februari 1950
  • Gambar kenangan anggota polis Bukit Kepong sebelum peristiwa serangan balai pada 23 Febuari 1950
  • Pasukan Polis bantuan ini bekerjasama rapat dengan pasukan polis Bukit Kepong.
  • Dato'Onn Jaafar (Menteri Besar Johor) sedang memeriksa tempat kejadian selepas serangan balai pada 24 Febuari 1950
  • Y.B.
  • Y.Bhg.

Naratif Sejarah

Tapak Balai Polis Bukit Kepong yang dibakar oleh pengganas komunis

Bukit Kepong adalah sebuah kampung terpencil yang terletak di tebing sungai Muar, Johor yang mempunyai lebih kurang 20 buah kedai kebanyakannya kepunyaan orang Cina. Kampung ini berdekatan dengan beberapa kampung Melayu dalam jarak persekitaran 3 ke 6 kilometer melalui jalan darat. Cara yang paling mudah untuk ke Bukit Kepong ialah melalui jalan raya ke Lenga dan melalui jalan sungai ke Bukit Kepong yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Kedudukannya yang terpencil ini, menyebabkan Bukit Kepong terputus hubungan dengan dunia luar. Penduduk kampung ini adalah orang-orang yang sederhana, berani dan berdikari. Mereka banyak mencapai kejayaan dalam menentang pengganas komunis sejak bermulanya darurat. Insiden yang paling menarik bermula 18 bulan terdahulu apabila 3 orang Melayu bertembung dengan 3 orang pengganas komunis yang bersenjata.

Dengan hanya bersenjatakan pisau, mereka berjaya membunuh seorang pengganas, mencederakan dan menawan seorang lagi serta menyebabkan pengganas yang ketiga melarikan diri. Dalam pertempuran yang lain, pengawal kampung yang terdiri daripada 40 orang polis bantuan dan beberapa kumpulan bersenjatakan parang telah diberi penghargaan `Colonial Police Medals' ke atas keperwiraan mereka.

Gambar kenangan anggota polis Bukit Kepong sebelum peristiwa serangan balai pada 23 Febuari 1950

Anggota polis pangkat rendah dan polis bantuan bergambar di hadapan Balai Polis Bukit Kepong sebelum diserang

Pasukan Polis bantuan ini bekerjasama rapat dengan pasukan polis Bukit Kepong. Tiga orang daripada mereka sedang bertugas seperti biasa semasa Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan pengganas komunis (185 orang) lebih kurang jam 5.00 pagi, 23 Februari 1950. Pertahanan balai polis dan berek kelamin serta merta didirikan untuk menghadapi serangan hebat daripada pengganas komunis yang menggunakan senjata-senjata automatik yang mengepung balai polis. Tembak-menembak berlaku dengan sengitnya, dan pihak pengganas komunis mengarahkan supaya anggota polis menyerah diri tetapi tidak diendahkan oleh mereka. Pertempuran berterusan dan beberapa orang anggota di balai polis terbunuh, sementara di berek kelamin pula anggota-anggota polis yang tidak bertugas terus bertempur sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota marin polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Memandangkan kekuatan pertahanan balai polis, komunis mula menggunakan taktik kotor. Mereka menangkap salah seorang isteri anggota polis dan mengacukan pistol kepadanya serta memaksanya menyuruh anggota-anggota yang bertahan di balai polis supaya menyerah diri. Anggota polis menyahut seruan itu dengan mengatakan bahawa mereka tidak akan menyerah diri dan akan terus berjuang. Seorang lagi isteri anggota polis dan anak perempuannya dipaksa keluar dan menyerah diri tetapi mereka enggan dan mereka sanggup mati. Akhirnya kedua mereka dibunuh. Pengganas komunis membakar berek kelamin, dua orang wanita dan kanak-kanak hangus dalam peringkat akhir pentempuran yang memakan masa 4 jam itu. Hanya tiga anggota polis termasuk seorang pengawal kampong yang masih hidup. Mereka terpaksa berlari keluar kerana mereka tidak dapat menahan kepanasan akibat daripada bangunan balai polis yang terbakar. Mereka merempuh kedudukan pengganas menyebabkan tiga orang komunis terbunuh. Hanya seorang sahaja berjaya menyeberangi sungai dengan rifle masih di tangannya.

Dato'Onn Jaafar (Menteri Besar Johor) sedang memeriksa tempat kejadian selepas serangan balai pada 24 Febuari 1950

Kesemua 21 orang anggota polis dan polis bantuan telah menghidupkan tradisi cemerlang pasukan polis dan keperwiraan mereka dengan menjadi contoh dan inspirasi kepada anggota lain pada masa hadapan. Dalam mempertahankan balai polis, 19 orang anggota telah terkorban.

Apabila bunyi pertempuran didengari oleh beberapa kampung dipersekitaran, pengawal kampung telahpun bersedia dan 7 orang daripada mereka bersama penghulu Ali bergegas ke Bukit Kepong. Lebih kurang ½ kilometer daripada Bukit Kepong mereka diserang oleh sekumpulan pengganas komunis dan terjadilah pertempuran di situ.Mereka berjaya menentang kumpulan pengganas komunis tersebut. Pertempuran sengit seterusnya berlaku apabila kumpulan pengganas komunis yang berundur mendapat bantuan dari rakan-rakan mereka.

Perlawanan yang tidak setanding di antara pengganas yang menggunakan senjata automatik dengan pengawal kampung yang bersenjatakan rifle, senapang patah dan parang menyebabkan beberapa orang pengawal kampung terkorban dan tercedera.

Keadaan ini memaksa Penghulu Ali mengerahkan anak buah yang cedera berundur, sementara yang lainnya bertahan di sekitar pekan Bukit Kepong. Setelah bertahan selama 2 jam, pengganas komunis pun berundur setelah membakar pejabat penghulu dan merompak kedai-kedai.

Semasa pengawal kampung ini bertempur untuk membebaskan balai polis, sekumpulan pengawal kampung dari kampung Durian Chondong dengan menggunakan sampan menuju ke Bukit Kepong untuk memberi bantuan. Dalam perjalanan mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Mereka yang hanya seramai tujuh orang tidak mampu melawan. Separuh daripada anggota kumpulan ini bergerak menuju ke Lenga. Mereka sampai di sana pada jam 10.00 pagi, dan di sinilah berita pertama diterima mengenai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Apabila pengawal kampung berjaya memasuki pekan Bukit Kepong, mereka hanya dapat melihat kesan kemusnahan dan mayat-mayat yang terbujur. Buat sementara waktu penghulu mengambil alih pentadbiran sehingga pasukan polis daripada Muar sampai pada hari itu dan mendirikan balai polis baru. Mereka juga mewujudkan perhubungan semboyan di sebuah kedai kosong. Tindakan segera ini mendapat bantuan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu tetapi di hati kecil mereka masih menyimpan tanda tanya sama ada kerajaan akan mendirikan sebuah balai polis yang baru atau tidak. Segala teka teki itu terjawab apabila Menteri Besar Johor Dato' Onn bin Jaafar yang diiringi oleh penasihat British dan Ketua Polis Johor tiba keesokan harinya. Beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan mendirikan sebuah balai yang moden.

Mayat anggota polis hangus terbakar

Kawasan balai menjadi "padang jarak padang terkukur" angkara kekejaman musuh

Pertempuran di Bukit Kepong merupakan suatu kekalahan dari segi fisikal tetapi memberi suatu kemenangan dari segi mental dan semangat perjuangan. Pasukan yang kecil bilangannya bersemangat dan kecekalan dalam mempertahankan maruah mereka dari tipu daya pengganas komunis supaya menyerah diri walaupun terpaksa berhadapan dengan musuh yang 10 kali ganda kekuatan daripada mereka. Pihak pengganas komunis juga mengalami kecederaan yang banyak. Ini ialah kemenangan bukan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri dan keluarga, sahabat handai tetapi kepada negara dan bangsa. Anggota-anggota polis boleh menyelamatkan nyawa mereka dan keluarga mereka dengan menyerah diri tetapi mereka sedar bahawa mereka berjuang kerana perkara yang lebih penting dari nyawa mereka. Mereka berjuang untuk menyelamatkan tanah air mereka dari dijajah oleh pengganas Komunis. Semoga Allah akan mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh mereka.

MEREKA YANG TERKORBAN

Sjn. Jamil Mohd Shah

Ketua Polis Balai Bukit Kepong

MM 7493 Mohamad Jaafar

MM 3933 Hamzah Ahmad

MM 8680 Jaafar Hassan

MM 9136 Hassan Othman

Kpl. 7068 Mohd Yassin Hj. Abdul Wahab

L/Kpl. 7186 Jidin Omar

Y.B. Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Sewaktu melawat Bukit Kepong pada 23 Feb. 1976 sedang menyiram air mawar di pusara anggota polis Bukit Kepong yang terkorban

Y.Bhg. Tan Sri Mohamed Hanif bin Omar sewaktu berkunjung ke Bukit Kepong pada 23 Februari 1976 bagi memperingati peristiwa Bukit Kepong

Sebahagian daripada anggota polis yang melawat ke pusara anggota polis Bukit Kepong yang terkorban

Balai Polis Bukit Kepong hari ini. (sekarang Pondok Polis)

Pandangan belakang Balai Polis Bukit Kepong hari ini

Galeri Sejarah

1948–1961

Kemerdekaan dan Pengiktirafan Diraja

Pasukan berkembang sebagai institusi negara melalui penglibatan wanita, proses Malayanisasi, pengiktirafan Diraja dan berakhirnya Darurat pertama.
Peristiwa sejarah
Polis Wanita

Polis Wanita

Fakta UtamaTempoh: 1948–1957Oleh kerana sebahagian besar rakyat yang bekerja sebagai penoreh getah di negara ini terdiri daripada kaum wanita, maka pengambilan wanita-wanita untuk tugas-tugas memeriksa itu adalah perlu.Konstabel Khas Wanita (1948-1956)Pegawai wanita menjalani latihan Inspektor Kumpulan 3 tahun 1957.Naratif SejarahUnit Polis Wanita mula ditu…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1948–1957
  • Oleh kerana sebahagian besar rakyat yang bekerja sebagai penoreh getah di negara ini terdiri daripada kaum wanita, maka pengambilan wanita-wanita untuk tugas-tugas memeriksa itu adalah perlu.
  • Konstabel Khas Wanita (1948-1956)
  • Pegawai wanita menjalani latihan Inspektor Kumpulan 3 tahun 1957.

Naratif Sejarah

Unit Polis Wanita mula ditubuhkan dalam masa darurat. Sejumlah besar wanita-wanita tempatan telah direkrut sebagai Polis Khas. Kerajaan pada masa itu sedang giat melancarkan operasi mencegah bekalan makanan kepada pengganas-pengganas komunis. Selepas pengisytiharan darurat dibuat, didapati bahawa salah satu cara yang paling berkesan untuk menentang pengganas komunis ialah dengan menyekat mereka dari mendapatkan bekalan makanan dari orang ramai. Projek ini memerlukan pemeriksaan yang rapi di pintu-pintu masuk ke sesuatu kawasan atau perkampungan.

Oleh kerana sebahagian besar rakyat yang bekerja sebagai penoreh getah di negara ini terdiri daripada kaum wanita, maka pengambilan wanita-wanita untuk tugas-tugas memeriksa itu adalah perlu. Polis Khas juga menjalankan tugas di lokap-lokap dan menjadi polis pengiring kepada wanita dan kanak-kanak yang ditahan. Dalam bulan Ogos 1955, Pasukan Polis Wanita ditubuhkan dengan rasminya. Seorang pegawai polis wanita Inggeris, Miss B.D.B. Wentworth telah dipinjamkan kepada Pasukan Polis untuk membantu dalam usaha-usaha melatih golongan perintis Polis Wanita di negara ini. Sejak itu Pasukan Polis Wanita terus berkembang maju memainkan peranan penting untuk mengekalkan keamanan negara dan kesejahteraan rakyat.

Konstabel Khas Wanita (1948-1956)

Pegawai wanita menjalani latihan Inspektor Kumpulan 3 tahun 1957. Duduk di kiri sekali ialah Dato Zakiah Bt Laidin (Beliau bersara sebagai Deputi Komisioner Polis )

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Rundingan Damai Baling

Rundingan Damai Baling

Fakta UtamaTempoh: 28–29 Disember 1955Pada 29 Disember 1955 Rundingan Damai Baling berakhir tanpa mencapai apa-apa kejayaan.Setelah 2 hari berunding, wakil-wakil menyedari bahawa komunis berminat untuk mendapatkan kebebasan berpolitik tanpa sekatan untuk mencapai cita-cita mereka.Rundingan Baling dari kiri: Tan Cheng Lock, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 28–29 Disember 1955
  • Pada 29 Disember 1955 Rundingan Damai Baling berakhir tanpa mencapai apa-apa kejayaan.
  • Setelah 2 hari berunding, wakil-wakil menyedari bahawa komunis berminat untuk mendapatkan kebebasan berpolitik tanpa sekatan untuk mencapai cita-cita mereka.
  • Rundingan Baling dari kiri: Tan Cheng Lock, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan David Marshall, mewakili pihak kerajaan

Naratif Sejarah

Rundingan Baling dari kiri: Tan Cheng Lock, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan David Marshall, mewakili pihak kerajaan

Pada 29 Disember 1955 Rundingan Damai Baling berakhir tanpa mencapai apa-apa kejayaan. Rundingan damai di antara Kerajaan dengan pihak komunis ini bertujuan untuk menamatkan darurat berikutan dengan tawaran pengampunan beramai-ramai kepada anggota-anggota Parti Komunis Malaya yang telah dibuat pada 9 September 1955. Rundingan damai ini telah diadakan di Sekolah Inggeris Baling, Kedah dan berlangsung didalam empat sesi bermula pada Disember 1955. Pihak Kerajaan diwakili oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Singapura, En. David Marshall, serta Dato' Sir Tan Cheng Lock. Manakala di pihak komunis pula diwakili oleh Ching Peng, Chen Tian dan Abdul Rashid Maidin.

Dalam Rundingan itu Tunku Abdul Rahman telah menerangkan syarat-syarat berkaitan dengan pengampunan bcramai-ramai dan tentang pergolakan politik negara ini. Beliau menyakinkan pihak Komunis bahawa Tanah Melayu sedang dalam perjalanan kearah mencapai kemerdekaan dan dengan demikian mereka mestilah menghentikan keganasan. Mengenai pengampunan beramai-ramai, mereka yang berbuat demikian tidak akan didakwa di atas apa-apa kesalahan bersabit dengan darurat yang dilakukan sebelum pengisytiharan pengampunan. Walau bagaimanapun Kerajaan akan membuat penyiasatan ke atas mereka yang menyerah diri.

Inilah sekolah yang digunakan sebagai tempat perundingan

Mereka yang menunjukkan taat setia kepada kerajaan dan berhenti daripada sebarang aktiviti berkaitan dengan haluan komunis akan dibantu bagi mendapatkan kembali taraf dan kedudukan asal mereka di dalam masyarakat serta untuk berdamping semula dengan keluarga mereka. Bagi yang lain pula kebebasan terhad akan dikenakan, akan tetapi jika ada di antara mereka yang ingin pergi ke China, permohonan mereka akan diberi pertimbangan yang wajar.

Setelah 2 hari berunding, wakil-wakil menyedari bahawa komunis berminat untuk mendapatkan kebebasan berpolitik tanpa sekatan untuk mencapai cita-cita mereka. Maka dengan itu pada 29 Dis. 1955 runding perdamaian di Baling ini ditamatkan tanpa mendapat persetujuan dari pihak komunis. Sesungguhnya kegagalan rundingan itu walaupun mendukacitakan namun dapat menunjukkan sejelas-jelasnya bahaya yang akan diperolehi seandainya kerajaan mahu berkompromi dengan pihak komunis.

Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin diiringi ke tempat rundingan.

Surat yang ditulis oleh Chin Peng

Dokumen yang dihasilkan selepas Perundingan Baling yang disediakan oleh Ketua Menteri Singapura, David Marshall dan pindaan dibuat oleh Chen Tien, wakil komunis.

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Penganugerahan Diraja

Penganugerahan Diraja

Fakta UtamaTempoh: 24 Julai 1958Pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad telah berkenan mengurniakan gelaran `Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu.Pengurniaan `Diraja' juga merupakan satu penghargaan Kerajaan dan rakyat negara ini di atas peranan utama dan ke…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 24 Julai 1958
  • Pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad telah berkenan mengurniakan gelaran `Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu.
  • Pengurniaan `Diraja' juga merupakan satu penghargaan Kerajaan dan rakyat negara ini di atas peranan utama dan kepentingan yang dimainkan oleh pasukan polis untuk menumpaskan pemberontakan komunis semasa darurat pertama dahulu (1948-1960).
  • Ketibaan YB.
  • DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad Y.Bhg Dato Abd.
  • Bendera baru Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu yang dianugerahkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad pada 24 Julai 1958.

Naratif Sejarah

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Abd. Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad sedang diiringi oleh Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu Tan Sri C.H. Fenner ketika penganugerahan gelaran 'Diraja'

Pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad telah berkenan mengurniakan gelaran `Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan"atau "The Royal Federation of Malayan Police". Menurut titah DYMM Yang di-Pertuan Agong, pengurniaan `di-Raja' itu merupakan satu penghormatan kepada khidmat bakti cermerlang dan kesetiaan yang diperlihatkan oleh segenap anggota polis, dalam menjalankan tugas memelihara keamanan dan ketenteraman negara sejak diwujudkan pasukan polis dalam tahun 1807 di Pulau Pinang.

Pengurniaan `Diraja' juga merupakan satu penghargaan Kerajaan dan rakyat negara ini di atas peranan utama dan kepentingan yang dimainkan oleh pasukan polis untuk menumpaskan pemberontakan komunis semasa darurat pertama dahulu (1948-1960).

Ketibaan YB. Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato Hussien dan isteri pada 24 Julai 1958

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad Y.Bhg Dato Abd. Razak Bin Hussein, Tim Perdana Menteri dan Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu Tan Sri C.H. Fenner pada 24 Julai 1958

Sedang memeriksa kawalan kehormatan.

Bendera baru Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu yang dianugerahkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad pada 24 Julai 1958.

DYMM Yang Dipertuan Agong sedang memeriksa perbarisan di atas kenderaan

Polis Wanita yang mengambil bahagian dalam perbarisan Diraja

Pegawai pemerintah baris ketika itu Supt. Mohammed Zamani bin Samah

Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu Tan Sri C.H. Fenner bersama Komandan Pusat Latihan Polis dan para pegawai sedang bergambar ramai selepas perbarisan Diraja.

Sebahagian daripada para tetamu kenamaan yang hadir.

Dato' Abdul Razak bin HUssein , Tim. Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan sedang membaca watikah Diraja.

Inilah Watikah Penganugerahan Gelaran Diraja yang telah dianugerahkan kepada Polis Persekutuan Tanah Melayu pada 24 Julai 1958

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Malayanisasi

Malayanisasi

Fakta UtamaTempoh: 1953–1962Malayanisasi adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada rancangan menggantikan pegawai-pegawai Inggeris yang telah bertugas dalam perkhidmatan-perkhidmatan awam di Persekutuan Tanah Melayu oleh pegawai-pegawai tempatan.Proses Malayanisasi yang sebenar mula dilaksanakan oleh W.Menjelang hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada 3…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1953–1962
  • Malayanisasi adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada rancangan menggantikan pegawai-pegawai Inggeris yang telah bertugas dalam perkhidmatan-perkhidmatan awam di Persekutuan Tanah Melayu oleh pegawai-pegawai tempatan.
  • Proses Malayanisasi yang sebenar mula dilaksanakan oleh W.
  • Menjelang hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, hampir seluruh pentadbiran ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah diambil alih oleh pegawai-pegawai tempatan.
  • Sikap kedua-dua Pesuruhjaya Polis yang terlibat iaitu En.

Naratif Sejarah

Malayanisasi adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada rancangan menggantikan pegawai-pegawai Inggeris yang telah bertugas dalam perkhidmatan-perkhidmatan awam di Persekutuan Tanah Melayu oleh pegawai-pegawai tempatan. Rancangan ini dimulakan pada tahun 1956.

Proses Malayanisasi yang sebenar mula dilaksanakan oleh W. L. R. Carbonell yang mengambil alih jawatan Pesuruhjaya Polis daripada Young pada 7 April 1953. Pada 14 April 1953 telah diumumkan bahawa lima orang Penolong Penguasa Polis Tempatan dinaikkan pangkat sebagai Penguasa Polis. Tahun berikutnya seramai 22 orang pegawai tempatan dijadikan Timbalan Penguasa Polis, iaitu satu jawatan baru yang diwujudkan. Menjelang akhir bulan September 1954, terdapat dua orang anak tempatan yang memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Negeri. Pegawai tersebut ialah Mohd Salleh bin Ismail di Negeri Sembilan dan Talib bin Lisut di Terengganu.

Menjelang hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, hampir seluruh pentadbiran ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah diambil alih oleh pegawai-pegawai tempatan. Menjelang tarikh tersebut Kerajaan Persekutuan dianggarkan telah membelanjakan sebanyak RM10 juta dalam bentuk ganti rugi dan ganjaran kepada pegawai-pegawai asing.

Sikap kedua-dua Pesuruhjaya Polis yang terlibat iaitu En. W.L.R. Carbonell (1953-1958) dan En. C.H. Fenner (1958-1962) juga melicinkan proses tersebut. Kedua-duanya telah menjalankan dasar Malayanisasi dengan jujur, serta licin perlaksanaannya. Akibatnya, keberkesanan Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu tidak terjejas, malahan dapat disesuaikan dan dimajukan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi kemudiannya.

Peristiwa sejarah
Pengurniaan Panji-Panji Polis Diraja Persekutuan

Pengurniaan Panji-Panji Polis Diraja Persekutuan

Fakta UtamaTempoh: 11 November 1961Panji Diraja yang dikurniakan kepada Polis Persekutuan Tanah Melayu pada 11 November 196111 November 1961 merupakan satu lagi hari bersejarah bagi Pasukan Polis apabila pengurniaan panji-panji oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, berlangsung di Pusat …

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 11 November 1961
  • Panji Diraja yang dikurniakan kepada Polis Persekutuan Tanah Melayu pada 11 November 1961
  • 11 November 1961 merupakan satu lagi hari bersejarah bagi Pasukan Polis apabila pengurniaan panji-panji oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, berlangsung di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney (Jalan Semarak) Kuala Lumpur.
  • Menurut titah DYMM Yang Dipertuan Agong, pengurniaan panji-panji itu adalah satu penghargaan terhadap kegemilangan dan kesetiaan yang diperlihatkan oleh anggota-anggota polis dalam melaksanakan tugas sebagai pengaman dan pelindung rakyat semasa negara dalam darurat selama 12 tahun.
  • Watikah pengistiharan pengaugerahan Panji-panji Diraja kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu di Pusat Latihan Polis pada 1 November 1961
  • Panji Diraja dikurniakan kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu pada 11 November 1961

Naratif Sejarah

Panji Diraja yang dikurniakan kepada Polis Persekutuan Tanah Melayu pada 11 November 1961

11 November 1961 merupakan satu lagi hari bersejarah bagi Pasukan Polis apabila pengurniaan panji-panji oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, berlangsung di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney (Jalan Semarak) Kuala Lumpur.

Menurut titah DYMM Yang Dipertuan Agong, pengurniaan panji-panji itu adalah satu penghargaan terhadap kegemilangan dan kesetiaan yang diperlihatkan oleh anggota-anggota polis dalam melaksanakan tugas sebagai pengaman dan pelindung rakyat semasa negara dalam darurat selama 12 tahun. Baginda juga menegaskan bahawa sejak darurat diisytiharkan dalam tahun 1948, Pasukan Polis telah diberikan tanggungjawab utama untuk memerangi dan mematahkan pemberontakan PKM. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan anggota-anggota polis termasuk Polis Bantuan dan Special Constabulary, telah berjaya melancarkan gerakan ketenteraan terhadap komunis di seluruh negara. Semasa darurat, polis telah berjaya membunuh 5,792 dari jumlah keseluruhan 10,698. Sementara itu, seramai 1,346 anggota polis terkorban dan 1,601 tercedera dalam usaha mereka mempertahankan kedaulatan negara.

Pengurniaan dan panji itu bukan saja satu perakuan dan penghargaan di atas segala sumbangan, pengorbanan dan khidmat bakti oleh pegawai anggota polis semasa menentang komunis dahulu tetapi diharapkan menjadi inspirasi kepada generasi masa hadapan pasukan polis agar dapat berkhidmat dengan lebih bersungguh-sungguh dan cemerlang lagi. Malah diharap juga ini akan menjadi peringatan kepada pegawai dan anggota yang sedang berkhidmat dan akan berkhidmat dengan pasukan polis bahawa kecemerlangan dan iltizam yang telah diperlihatkan oleh anggota-anggotanya yang terdahulu, yang sanggup berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir, yang sanggup berkorban jiwa raga mereka demi kedaulatan tanahair, menjadi teladan di hari ini.

Watikah pengistiharan pengaugerahan Panji-panji Diraja kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu di Pusat Latihan Polis pada 1 November 1961

Keberangkatan tiba DYMM Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Tuanku Syed Hassan Jamalulail Yang Dipertuan Agong yang ketiga diiringi oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Sir Claude Fenner.

Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong sedang memeriksa perbarisan

Panji Diraja dikurniakan kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu pada 11 November 1961

KDYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Tuanku Syed Hassan Jamululail, Yang Dipertuan Agong ketiga sedang menerima tabik hormat ketika penganugerhan Panji-panji Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu

Detachment Polis Wanita turut mengambil bahagian sempena perbarisan penganugerahan Panji-panji Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Perbarisan Tamat Darurat

Perbarisan Tamat Darurat

Fakta UtamaTempoh: 31 Julai 1960Darurat yang berusia 12 tahun berakhir pada 31 Julai 1960.Untuk merayakan peristiwa bersejarah itu, satu `Perbarisan Kemenangan' telah diadakan di Padang Kelab Selangor pada 1 Ogos 1960.Cawangan Kenderaan Pasukan Polis Diraja Persekutuan Tanah MelayuNaratif SejarahCawangan Kenderaan Pasukan Polis Diraja Persekutuan Tanah Mela…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 31 Julai 1960
  • Darurat yang berusia 12 tahun berakhir pada 31 Julai 1960.
  • Untuk merayakan peristiwa bersejarah itu, satu `Perbarisan Kemenangan' telah diadakan di Padang Kelab Selangor pada 1 Ogos 1960.
  • Cawangan Kenderaan Pasukan Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu

Naratif Sejarah

Cawangan Kenderaan Pasukan Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu

Darurat yang berusia 12 tahun berakhir pada 31 Julai 1960. Ini telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah di dalam titah baginda dari atas Singgahsana pada 19 April 1960.

Untuk merayakan peristiwa bersejarah itu, satu `Perbarisan Kemenangan' telah diadakan di Padang Kelab Selangor pada 1 Ogos 1960. Semua unit Angkatan Bersenjata Persekutuan Tanah Melayu dan British termasuk pasukan polis, telah mengambil bahagian.

Pengiring Panji-panji dari Kenya, Rhodesia, Fiji iaitu sebahagian daripada Pasukan Tentera British

Pasukan Tentera Tempata Persekutuan dan Bekas-bekas Pangawal Kampung dari Selangor

Pancaragam Polis Diraja Persekutuan.

'1st BN. !0th Princess Marry's Own Gurkha Riffles' diikuti oleh Pasukan Juruterab Gurkha dan Rejimen Semboyan ke-17 Gurkha

Detachment Batalion Ke-3 Askar Melayu Diraja

Galeri Sejarah

1960–Kini

Pemodenan dan Keselamatan Negara

PDRM memperluas pendekatan kepolisan masyarakat sambil menghadapi krisis ketenteraman awam dan ancaman bersenjata yang berterusan.
Peristiwa sejarah
Sistem Salleh

Sistem Salleh

Fakta UtamaTempoh: 1960-an–1968Sistem Salleh ialah satu konsep yang dikemukakan oleh Tun Salleh Ismail, Ketua Polis Negara Kedua dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan tindakan membasmi jenayah dengan melibatkan orang ramai secara langsung.Pada bulan September, 1967, Cawangan Penyelidikan dan Perancangan PDRM telah merangka dan menyusun satu konsep bar…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1960-an–1968
  • Sistem Salleh ialah satu konsep yang dikemukakan oleh Tun Salleh Ismail, Ketua Polis Negara Kedua dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan tindakan membasmi jenayah dengan melibatkan orang ramai secara langsung.
  • Pada bulan September, 1967, Cawangan Penyelidikan dan Perancangan PDRM telah merangka dan menyusun satu konsep baru yang dinamakan "Sistem Salleh", iaitu sebagai mengambil sempena nama Ketua Polis Negara pada masa itu Tun Salleh Ismail.
  • Untuk menguji keberkesanan sistem ini, ia telah cuba dilaksanakan di Petaling Jaya pada bulan Februari, 1968.
  • Keberkesanan Sistem Salleh dalam mengekang, mengawal dan membasmi jenayah tidak dapat dinafikan.

Naratif Sejarah

Pondok Polis Sistem Salleh

Tun Salleh Ismail, Ketua Polis Negara Ke 2 Pengasas Sistem Salleh

Sistem Salleh ialah satu konsep yang dikemukakan oleh Tun Salleh Ismail, Ketua Polis Negara Kedua dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan tindakan membasmi jenayah dengan melibatkan orang ramai secara langsung. Sistem mencegah jenayah sebelum itu tidak begitu berkesan, dan ini ternyata apabila memerhatikan kepada peningkatan kejadian jenayah dalam pertengahan tahun 1960-an yang agak membimbangkan.

Pada bulan September, 1967, Cawangan Penyelidikan dan Perancangan PDRM telah merangka dan menyusun satu konsep baru yang dinamakan "Sistem Salleh", iaitu sebagai mengambil sempena nama Ketua Polis Negara pada masa itu Tun Salleh Ismail.

Untuk menguji keberkesanan sistem ini, ia telah cuba dilaksanakan di Petaling Jaya pada bulan Februari, 1968. Percubaan ini ternyata berkesan dan berjaya menurunkan kadar jenayah di kawasan Petaling Jaya. Arahan dikeluarkan pada 7hb. Jun, 1968 menerusi Perintah Pasukan PDRM supaya sistem ini dilaksanakan di semua Kontinjen.

Tujuan utama rancangan ini ialah untuk melatih anggota polis supaya lebih bertanggungjawab dan boleh diterima oleh orang ramai sebagai sahabat. Dengan demikian sistem ini diharapkan menukar corak anggota polis supaya insaf bahawa perkhidmatan mereka amat diperlukan dan mereka adalah seorang pengawai penguatkuasa undang-undang.

Arahan itu juga menjelaskan dengan terperinci tujuan-tujuannya, iaitu:

memupuk perasaan orang ramai melalui cara berdampingan dengan orang-orang yang menjalankan beat supaya mendapat kepercayaan;

memberi bantuan dengan segera kepada orang ramai dengan cara bersedia ke atas panggilan bantuan dan menerima pengaduan-pengaduan;

memudahkan kerja dengan menambah dan memperbaiki aliran maklumat;

menyediakan satu sistem yang menarik dengan tujuan melindungi atau mengurangkan kadar jenayah.

menanam semangat kepada pegawai-pegawai polis berhubung dengan tugas-tugas mereka dengan cara menyatukan pengetahuan yang didapati;

Pondok Polis Sistem Salleh

Pondok Jalan Gurney Kuala Lumpur

Sistem ini dilaksanakan dengan cara:

Setiap kawasan balai polis dibahagikan kepada patrol, sektor, ward dan zon dengan garis sempadan yang jelas menunjukkan di mana letaknya kawasan itu, faktor-faktor persaingan, luas dan sebagainya. Satu beat atau lebih; atau satu patrol atau lebih atau satu beat dan satu patrol boleh dijadikan satu sektor. Dua sektor atau lebih menjadi satu ward. Dua ward atau lebih menjadi satu zon.

Pegawai-pegawai, Anggota Pangkat Rendah dan konstabel diberi tanggungjawab di atas kawasan-kawasan tertentu untuk membolehkan mereka faham kawasan masing-masing dan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang berlaku akibat kecuaian polis.

Setiap zon di bawah pengawasan pegawai dan Anggota Pangkat Rendah yang menjaga ward. Pegawai zon pula bertanggungjawab kepada Ketua Polis Daerah.

Anggota Pangkat Rendah/Konstabel yang dipilih mengawal dan menjalankan tugas beat; patrol dan sektor akan ditempatkan sekurang-kurangnya 12 bulan untuk membolehkan mereka mengetahui selok-belok kawasan dan penduduk-penduduknya.

Pegawai-pegawai, Anggota Pangkat Rendah dan konstabel dikehendaki mengkaji, berkenalan dan berhubung mesra dengan penduduk kawasan masing-masing untuk mewujudkan keyakinan orang ramai terhadap mereka. Mereka juga mesti berusaha mengumpulkan sebarang maklumat mengenai kawasan masing-masing.

Kalau boleh, pegawai-pegawai, Anggota Pangkat Rendah dan konstabel akan tinggal di dalam kawasan masing-masing dan bergerak di kawasan mereka.

Dengan adanya pengetahuan yang lengkap tentang setiap penduduk dalam kawasan masing-masing, sebarang kejadian akan mudah dikesan.

Dengan pengetahuan itu juga akan mewujudkan keyakinan dan keselamatan anggota-anggota polis untuk menjalankan tugas-tugas mereka.

Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh anggota-anggota polis dikawasan masing-masing akan mempertingkatkan lagi kecekapan dan mewujudkan sikap bertanggungjawab di kalangan anggota.

Untuk mewujudkan dan melaksanakan sistem tersebut sepenuhnya, iaitu sebelum dituju kawasan-kawasan beat, patrol, sektor dan ward kajian yang teliti telah dibuat dari berbagai segi kedudukan, keluasan, jumlah penduduk dan pecahan bangsa, kadar jenayah, kongsi gelap, peta, sensitiviti sesuatu kawasan sejarah (pengaduan/perseteruan antara puak), situasi politik serta kegiatan subversif.

Operasi Sistem Salleh itu diperkemaskan dengan adanya rondaan beat biasa (termasuk jalan kaki, berbasikal atau bermotorsikal) rondaan berkereta (Mobile Patrol Vehicles) Anggota-anggota yang membuat ronda dibekalkan dengan Walkie-talkie bagi memudahkan mereka menghubungi atau supaya dapat bergerak dan bertindak dengan pantas apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini.

Sistem Salleh mewujudkan beat pondok polis di bandar atau di kampung-kampung di seluruh negara. Pondok-pondok polis diwujudkan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti keperluannya seperti di kawasan-kawasan kawasan yang sering dikunjungi oleh orang, kawasan perumahan dan juga kampung-kampung yang dipilih.

Kehadiran anggota polis akan mewujudkan keyakinan orang ramai terhadap polis. Hubungan yang baik antara kedua pihak akan memupuk sikap saling memahami akan masalah masing-masing. Dengan cara itu kerjasama dan sokongan ramai kepada polis terutama dalam usaha mencegah jenayah dapat ditingkatkan lagi dari masa ke semasa.

Pondok-pondok polis ini biasanya diketuai seorang anggota berpangkat koperal dan dua konstabel. Bagi memastikan kelancaran sistem ini, maklumat diwujudkan dan digerakkan di setiap balai. Bilik ini diperlengkapkan dengan pelbagai maklumat bagi memudahkan anggota polis menjalankan tugas rondaan dan beat, antaranya:

rekod-rekod kesalahan, jenis kesalahan, `modus operandi' jenayah, butir-butir peribadi orang yang disyaki, tempat-tempat yang selalu berlaku kejadian jenayah dan sebagainya.

maklumat-maklumat lain yang dirasakan perlu.

Keberkesanan Sistem Salleh dalam mengekang, mengawal dan membasmi jenayah tidak dapat dinafikan. Keyakinan orang ramai terhadap PDRM semakin meningkat. Pada tahun 1968 Tun Abd. Razak, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri berjaya melibatkan kerjasama orang ramai.

Dilihat dari aspek hubungan polis dengan orang awam, Sistem Salleh juga berjaya mewujudkan satu situasi di mana orang awam tidak lagi menganggap polis sebagai satu institusi yang ditakuti, malah sebagai kawan yang memberi pertolongan bila diperlukan.

Wujudnya hubungan baik polis-orang ramai, akan memudahkan pihak polis melakukan tugasnya sebagai pegawai keamanan dan keselamatan negara.

Pondok Polis Changkat Thambi Dollah, Kuala Lumpur

Pondok Polis Kampung Chendana, Kuala Lumpur

Pondok Polis Hospital Besar, Kuala Lumpur

Pondok Polis Jalan Campbell, Kuala Lumpur

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Peristiwa 13 Mei

Peristiwa 13 Mei

Fakta UtamaTempoh: 13 Mei 1969Dalam sejarah Malaysia Moden peristiwa berdarah 13 Mei telah mencatatkan satu titik hitam yang pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap rakyat di negara ini.Kenapa berlakunya peristiwa 13 Mei?Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sewaktu peristiwa 13 Mei 1969Naratif SejarahAnggota Pasukan Simpanan Persekutuan sedang mengawal rusu…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 13 Mei 1969
  • Dalam sejarah Malaysia Moden peristiwa berdarah 13 Mei telah mencatatkan satu titik hitam yang pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap rakyat di negara ini.
  • Kenapa berlakunya peristiwa 13 Mei?
  • Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sewaktu peristiwa 13 Mei 1969

Naratif Sejarah

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sedang mengawal rusuhan

Dalam sejarah Malaysia Moden peristiwa berdarah 13 Mei telah mencatatkan satu titik hitam yang pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap rakyat di negara ini. Pertumpahan darah dan kacau bilau yang dahsyat yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu hampir menghancurkan negara.

Kenapa berlakunya peristiwa 13 Mei? Tunku Abd. Rahman telah menyalahkan komunis dan anasir-anasir kongsi gelap lain yang dikatakan bertanggungjawab berlakunya peristiwa tersebut. Bagaimanapun, Tun Dr. Ismail Menteri Dalam Negeri ketika itu mengatakan bahawa demokrasi telah mati di negara ini. Demokrasi mati di tangan parti-parti politik pembangkang yang telah mendorongkan meletusnya keganasan ini. Laporan Majlis Keselamatan Negara (9 Okt. 1969) berpendapat bahawa peristiwa ini terjadi akibat peranan yang di mainkan oleh Parti Komunis Malaya dan kongsi-kongsi gelap Cina di samping beberapa faktor yang lain. Walau apa pun sebabnya peristiwa 13 Mei merupakan satu krisis perkauman yang terbesar di negara ini, yang melibatkan tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pertelingkahan itu memakan korban yang besar iaitu seramai 196 orang mati, dan 149 orang cedera. Walau bagaimanapun pihak polis dengan bantuan tentera berjaya mengawal keadaan daripada terus berpanjangan.

Bila keadaan kekacauan seperti ini berlaku, adalah menjadi tanggungjawab polis untuk memulihkan keadaan dan mengwujudkan kestabilan swam. Dalam melaksanakan tugas untuk mengamankan negara semasa berlakunya peristiwa 13 Mei itu, PDRM berjaya memainkan peranannya dengan berkesan, bukan sahaja disebabkan oleh kemampuan dan kecekapan anggota-anggotanya bertindak tetapi lebih penting ialah cara tindakan mereka yang tidak berat sebelah, yang adil dan saksama. Apabila keadaan pulih seperti sediakala, pasukan polis menerusi Cawangan Khas terus bertindak dengan lebih berhati-hati dan lebih peka pada isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan penentangan dan pergaduhan antara kaum. Sesungguhnya peranan yang dimainkan oleh polis untuk memupuk perpaduan dengan berusaha menghindar tercetusnya krisis bercorak perkauman tidak pernah dipublisitikan secara meluas walaupun terbukti berkesan sekali.

Dalam menyelesaikan satu-satu masalah yang bercorak perkauman yang boleh mencetuskan pengeseran antara kaum, PDRM bertindak berhati-hati. Pertama, sesuatu isu itu di selesaikan dengan rundingan dan nasihat. Kedua PDRM terpaksa menggunakan undang-undang untuk memastikan bahawa sesuatu isu itu tidak boleh merebak atau dieksploitasikan untuk mencetuskan krisis bercorak perkauman.

Di samping pelampau perkauman, negara juga berhadapan dengan ancaman pelampau politik dan keagamaan. Pihak polis tidak menyalahgunakan kuasanya untuk menyekat hak dan kebebasan politik dan keagamaan seseorang warganegara. Apa yang diberi tumpuan ialah tindak tanduk sesaorang individu atau kumpulan yang memperalatkan politik atau agama untuk mencetuskan pergolakan atau menimbulkan pertentangan atau krisis hingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta keselamatan negara.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sedang mengawal rusuhan di stadium Jalan Raja Muda

Rumah dan kedai hangus dibakar oleh penunjuk perasaan semasa peristiwa 13 Mei

Anggota Pasukan Simpanan sedang melakukan rondaan di kawsan yang berlaku rusuhan.

Sekatan jalanraya diadakan bagi menyekat merebaknya rusuhan

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sewaktu peristiwa 13 Mei 1969

Seorang anggota polis sedang mengawal orang ramai ramai ketika bantuan makanan diberikan oleh pihak kerajaan

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sedang mengawal rusuhan

Jalanraya menjadi sesak berikutan rusuhan kaum 13 Mei

Galeri Sejarah

Peristiwa sejarah
Pemberontakan Bersenjata Komunis Kedua

Pemberontakan Bersenjata Komunis Kedua

Fakta UtamaTempoh: 1968 dan seterusnyaSemasa bersemaraknya konfrantasi Indonesia, komunis mengambil kesempatan untuk memulihkan kekuatannya dengan merekrut orang-orang baru dan menghantar kader-kadernya menjalani latihan di Indonesia.Kini komunis di negara kita telah lemah tetapi mereka berusaha untuk meneruskan perjuangan mereka dengan strategi baru yang d…

Baca naratif sejarah penuh

Fakta Utama

  • Tempoh: 1968 dan seterusnya
  • Semasa bersemaraknya konfrantasi Indonesia, komunis mengambil kesempatan untuk memulihkan kekuatannya dengan merekrut orang-orang baru dan menghantar kader-kadernya menjalani latihan di Indonesia.
  • Kini komunis di negara kita telah lemah tetapi mereka berusaha untuk meneruskan perjuangan mereka dengan strategi baru yang dikenali dengan nama `kembali kepada massa'.
  • Kegagalan masa lalu belum mematikan semangat saki bald PKM dan PKKU untuk terns memberontak.

Naratif Sejarah

Semasa bersemaraknya konfrantasi Indonesia, komunis mengambil kesempatan untuk memulihkan kekuatannya dengan merekrut orang-orang baru dan menghantar kader-kadernya menjalani latihan di Indonesia. Setelah merasakan dirinya telah kembali kuat dan ditambah pula dengan perkembangan yang semakin menggalakkan di Indochina berikutan dengan kejayaan demi kejayaan puak Vietcong, PKM dengan semangat barn telah melancarkan pemberontakan bersenjatanya yang kedua pada tahun 1968, dan ini diikuti kemudiannya oleh Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) dalam tahun 1969. Oleh kerana berlakunya pergeseran sesama sendiri, Parti Komunis Malaya kemudiannya berpecah kepada tiga iaitu PKM asal (2) Parti Komunis Marxist Leninst dan (3) Parti Komunis Malaya Kumpulan Revolusi. Gugatan komunis kali kedua ini tidak kurang hebatnya. Mereka bukan sahaja menghebatkan peperangan gerila di hutan Semenanjung, Sabah dan Sarawak, tetapi juga bertindak dengan ganas dengan membunuh pegawai-pegawai polis dan tentera termasuklah membunuh Ketua Polis Negara Tan Sri. Abd. Rahman Hashim dan Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Chong Kong. Mereka juga melakukan sabotaj dengan mengebom Tugu Negara dan tuba menggagalkan projek Lebuh Raya Timur Barat dengan memusnahkan kelengkapan pembinaan bernilai kira-kira sepuluh juta ringgit.

Kegagalan masa lalu belum mematikan semangat saki bald PKM dan PKKU untuk terns memberontak. Di samping penekanan perjuangan secara ketenteraan, mereka juga meneruskan strategi barisan bawah tanah dan juga barisan bersenjata.

Mereka juga berusaha untuk meningkatkan sokongan orang Melayu kerana mereka telah sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu perjuangan mereka tidak akan berjaya. Justeru itu mereka menubuhkan sebuah parti yang dinamakan Parti Persaudaraan (PAPERI) yang tujuannya untuk menarik sokongan dan simpati orang-orang Melayu.

Bila PAPERI gagal untuk mempengaruhi orang-orang Melayu PKM menubuhkan pula Parti Revolusi Nasionalis Melayu Malaya yang berteraskan kepada konsep NASAKOM yang kononnya bermatlamat mahu menyatukan semua tenaga komunis, nasionalis dan agama ke arah menubuhkan apa yang dikatakannya kerajaan Campuran Demokratik.

Namun percubaan komunis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak kali ini turut digagalkan. Pasukan Polis dan Tentera memainkan peranan utama untuk memerangi komunis di seluruh pelusuk tanah air sama ada di belantara, di desa dan di Bandar-Bandar. Dengan tindakan ketenteraan yang berkesan pasukan keselamatan telah berjaya membunuh gerila-gerila komunis di hutan dan banyak juga yang tertangkap atau menyerah diri akibat tidak tertahan oleh tekanan pasukan keselamatan. Di samping itu pasukan keselamatan juga (menerusi tindakan Cawangan Khas) berjaya memusnahkan rangkaian barisan bawah tanah komunis dan barisan bersatu yang bergerak di Bandar-Bandar dan di desa-desa. Ini bermakna pasukan polis yang bertanggungjawab untuk menghadapi pemberontakan dalam negeri dengan dibantu oleh tentera berjaya menyelamatkan negara dari jatuh ke tangan komunis.

Kini komunis di negara kita telah lemah tetapi mereka berusaha untuk meneruskan perjuangan mereka dengan strategi baru yang dikenali dengan nama `kembali kepada massa'. Parti Komunis Malaya Marxist-Lennist dan Parti Komunis Malaya Kumpulan Revolusioner telah bersatu pada tahun 1984 dan membentuk parti baru - Parti Komunis Malaysia. Ini bermakna, ada tiga buah parti komunis di Malaysia: PKM pimpinan Chin Peng, Parti Komunis Malaysia dan Pertubuhan Komunis Sarawak.

Warisan Pengabdian
Sejarah PDRM mencerminkan keberanian, pengorbanan dan evolusi berterusan sebuah institusi yang melindungi keamanan serta kedaulatan negara.
Pautan disalin.