Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Keselamatan Anda, Keutamaan Kami

Ops Selamat

Op Selamat merupakan inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diperkenalkan pada tahun 2012 bagi menggantikan Ops Sikap oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Ismail Omar.

Op Selamat memfokuskan musim perayaan yang menyaksikan peningkatan pergerakan masyarakat dan pengguna jalan raya.

Operasi ini dilaksanakan secara bersepadu dengan penglibatan pelbagai jabatan dan elemen PDRM mengikut bidang tugas serta fungsi masing-masing, dengan memberi penekanan kepada keselamatan jalan raya, kelancaran trafik dan pencegahan jenayah, khususnya jenayah pecah rumah terhadap kediaman yang ditinggalkan ketika masyarakat pulang bercuti atau menyambut perayaan.

Ops Selamat 1

  • Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 dan dilaksanakan selama 15 hari, iaitu dari 12 hingga 26 Ogos 2012, dengan tema “Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi”.
  • Operasi memberi penekanan kepada usaha meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di samping mencegah kejadian jenayah terhadap kediaman yang ditinggalkan sepanjang tempoh perayaan.
  • Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik memainkan peranan utama dalam aspek keselamatan dan penguatkuasaan jalan raya.
  • Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti serta jabatan PDRM yang berkaitan turut melaksanakan fungsi masing-masing dalam aspek pencegahan jenayah dan keselamatan komuniti.

Objektif Ops Selamat

  • Mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, khususnya sepanjang musim perayaan.
  • Meningkatkan kesedaran dan disiplin pengguna jalan raya, supaya mengutamakan keselamatan ketika memandu.
  • Memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya.
  • Mencegah kejadian pecah rumah dan jenayah harta benda ketika masyarakat meninggalkan kediaman untuk pulang ke kampung.
  • Meningkatkan kehadiran polis (omnipresence) di lokasi yang dikenal pasti berisiko tinggi atau black spot.
  • Menggalakkan masyarakat memainkan peranan dalam menjaga keselamatan kediaman, antaranya dengan memaklumkan kepada balai polis berhampiran mengenai ketiadaan mereka.

Polis Diraja Malaysia
Dokumen Program Rasmi

Butiran Program

Rujukan dalam talian
/content/ops-selamat1
Dikemas kini: 22 September 2026 7:37 AM
Kod QR pautan program
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 23/09/2026 01:39 MYT