Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jabatan Pengurusan

Diterbitkan: 21 Mar 2026 4.42 PM Dikemas kini: 23 Sep 2026 11.48 AM
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jabatan-pengurusan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 04:06 MYT

Jabatan Pengurusan memainkan peranan penting dalam menggerakkan serta memastikan kelancaran keseluruhan penugasan Polis Diraja Malaysia. Seiring dengan perkembangan semasa, jabatan ini telah melalui transformasi yang signifikan, khususnya dalam aspek pembangunan modal insan dan pengukuhan tadbir urus, selaras dengan aspirasi ke arah sebuah pasukan polis yang dinamik dan bertaraf dunia.

Bagi merealisasikan fungsi dan peranan tersebut, Jabatan Pengurusan digerakkan melalui empat bahagian utama iaitu Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Bahagian Latihan, Bahagian Dasar Sumber Manusia dan Bahagian Pentadbiran. Keempat-empat bahagian ini memfokuskan kepada pengurusan serta pembangunan sumber manusia PDRM secara menyeluruh dan bersepadu.

Visi

Menjadi peneraju keselamatan dalam memastikan Malaysia kekal aman dan sejahtera.

Misi

Membangunkan sumber manusia yang kompeten dan profesional dalam menyampaikan perkhidmatan kepolisan yang berkualiti.


Bahagian-bahagian di bawah Jabatan Pengurusan

Bahagian Pentadbiran

Bahagian Pentadbiran merupakan salah satu daripada empat bahagian utama di bawah Jabatan Pengurusan yang menjadi teras kepada pengurusan hal ehwal pentadbiran jabatan. Bahagian ini diterajui oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) yang berpangkat Deputy Commissioner of Police (DCP) serta dibantu oleh tiga Ketua Penolong Pengarah Pengurusan yang berpangkat Senior Assistant Commissioner (SAC).


Bahagian Dasar Sumber Manusia

Bahagian Dasar Sumber Manusia bertanggungjawab melaksanakan kajian dan analisis berkaitan dasar sumber manusia PDRM, merancang serta mengurus pembangunan kerjaya warga PDRM, dan membangunkan kompetensi mengikut kluster bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepolisan. Bahagian ini diterajui oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) berpangkat Commissioner of Police (CP), dibantu oleh seorang pegawai berpangkat DCP serta tiga Ketua Penolong Pengarah Pengurusan berpangkat SAC.


Bahagian Perkhidmatan / Perjawatan

Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan berperanan dalam mengurus aspek perkhidmatan dan perjawatan warga PDRM secara sistematik dan teratur. Bahagian ini diterajui oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) berpangkat Deputy Commissioner of Police (DCP) dan dibantu oleh tiga Ketua Penolong Pengarah Pengurusan berpangkat Senior Assistant Commissioner (SAC).


Bahagian Latihan

Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan semua program latihan dan kursus bagi warga PDRM. Bahagian ini diterajui oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) berpangkat Deputy Commissioner of Police (DCP) dengan dibantu oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Pengurusan berpangkat Senior Assistant Commissioner (SAC).

Selain itu, bahagian ini turut berperanan mengkaji, memantau dan meluluskan pelaksanaan kursus serta latihan bagi memastikan peningkatan kompetensi selaras dengan dasar dan strategi semasa PDRM. Semua perancangan latihan oleh jabatan, kontinjen, briged dan institusi latihan di bawah PDRM adalah berpandukan kepada Analisis Keperluan Latihan (Training Needs Analysis – TNA), bagi memastikan latihan yang dilaksanakan adalah relevan serta memenuhi keperluan semasa organisasi.


ArtikelDiterbitkan 21 Mar 2026 4.42 PMDikemas kini 23 Sep 2026 11.48 AM