Pusat Bantuan & Soalan Lazim
Jawapan pantas untuk soalan paling kerap ditanya. Gunakan carian untuk akses segera.
Tiada hasil ditemui
Cuba kata kunci lain atau cari dalam bahasa lain.
Topik Sering Dicari
Soalan Umum
12 soalan
Pengambilan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
15 soalan
Pasukan Sukarelawan Polis (PVR)
11 soalan
Trafik
17 soalan
Lesen Senjata Api
8 soalan
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK)
45 soalan
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)
20 soalan
Jabatan Pengurusan
11 soalan
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik
12 soalan
Soalan Umum
12 soalanLaporan polis boleh dibuat dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. Bagi kes tertentu yang tidak melibatkan kecemasan, laporan juga boleh dibuat melalui sistem e-Reporting PDRM di laman web rasmi PDRM.
Semakan saman trafik boleh dibuat melalui portal seperti:
-
MyEG
-
RILEK
-
PDRM e-Services
-
SMS ke 15888
Saman trafik boleh dibayar melalui:
-
Portal dalam talian seperti MyEG atau RILEK
-
Balai Polis Trafik
-
Pejabat Pos Malaysia
-
Kaunter pembayaran yang diluluskan
Aplikasi MyBayar PDRM
Nombor kecemasan polis di Malaysia ialah 999. Talian ini digunakan untuk melaporkan kejadian kecemasan seperti jenayah, kemalangan atau situasi yang mengancam keselamatan awam.
Permohonan untuk menyertai PDRM hendaklah dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) secara dalam talian di:
Sekiranya kehilangan dokumen penting, anda perlu:
-
Membuat laporan polis di balai polis berhampiran
-
Menggunakan laporan tersebut untuk membuat permohonan gantian di agensi berkaitan
Mangsa boleh:
-
Membuat laporan polis di balai polis berhampiran
-
Menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997
-
Menyediakan bukti seperti resit transaksi atau perbualan berkaitan.
Anda perlu:
-
Segera membuat laporan polis
-
Memaklumkan kepada syarikat insurans
-
Menyediakan dokumen kenderaan semasa membuat laporan
Anda boleh:
-
Menghubungi 999 untuk kecemasan
-
Menyemak direktori balai polis melalui laman web rasmi PDRM
Peranan utama PDRM ialah:
-
Menjaga keselamatan awam
-
Mencegah dan menyiasat jenayah
-
Menguatkuasakan undang-undang negara
-
Mengekalkan ketenteraman awam
You may contact 999 for emergencies or refer to the PDRM website directory to locate the nearest police station.
The primary roles of PDRM include maintaining public safety, preventing and investigating crime, enforcing laws, and preserving public order.
Pengambilan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
15 soalanJawatan beruniform yang ditawarkan dalam Polis Diraja Malaysia adalah melalui Lantikan Terus serta Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) bagi anggota yang sedang berkhidmat.
Antara jawatan yang ditawarkan ialah:
-
Inspektor Polis
-
Sarjan Polis
-
Konstabel Polis
-
Konstabel Orang Asli
-
Konstabel Sokongan
Kelayakan akademik minimum bagi setiap jawatan adalah seperti berikut:
| Jawatan | Kelayakan Minimum |
|---|---|
| Konstabel Sokongan | Penilaian Menengah Rendah (PMR) / setaraf |
| Konstabel Polis | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
| Sarjan Polis / Kadet Sarjan | Diploma |
| Inspektor Polis | Ijazah Sarjana Muda |
Calon juga perlu memenuhi syarat tambahan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dari semasa ke semasa.
a) Jawatan Inspektor, Sarjan dan Konstabel
Calon hendaklah memenuhi syarat berikut:
-
Tinggi minimum 1.63 meter bagi lelaki dan 1.57 meter bagi wanita tanpa memakai kasut.
-
Ukuran dada sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) dan 86 cm semasa menarik nafas bagi lelaki.
-
Berat badan minimum 50 kg bagi lelaki dan 48 kg bagi wanita.
-
Lulus ujian penglihatan dengan tahap V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap.
-
Tidak mempunyai kecacatan pada penglihatan warna dan pendengaran.
-
Disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan, termasuk menjalani pemeriksaan X-ray.
Syarat fizikal bagi jawatan ini adalah seperti berikut:
-
Tinggi minimum 1.63 meter bagi lelaki tanpa kasut.
-
Ukuran dada 81 cm (biasa) dan 86 cm semasa menarik nafas.
-
Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg.
-
Lulus ujian penglihatan V/6/9 (dibenarkan menggunakan cermin mata atau kanta lekap).
-
Tidak mengalami masalah pengecaman warna dan pendengaran.
-
Disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan, termasuk pemeriksaan X-ray.
Syarat fizikal adalah seperti berikut:
-
Tinggi minimum 1.63 meter bagi lelaki dan 1.57 meter bagi wanita tanpa kasut.
-
Ukuran dada 81 cm (biasa) dan 86 cm semasa menarik nafas bagi lelaki.
-
Lulus ujian penglihatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap.
-
Tidak mempunyai masalah pengecaman warna dan pendengaran.
-
Disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan, termasuk pemeriksaan X-ray.
Mulai 20 Mac 2012, semua permohonan jawatan dalam PDRM perlu dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).
Permohonan adalah:
-
Dibuka sepanjang masa
-
Dilaksanakan secara dalam talian (online)
-
Tiada tarikh tutup permohonan
Calon perlu mendaftar dan mengisi maklumat peribadi melalui laman web rasmi:
Pengambilan akan dilaksanakan apabila terdapat kekosongan jawatan serta kelulusan perjawatan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Calon boleh menyemak status permohonan melalui:
Portal SPA Malaysia:
https://www.spa.gov.my
Selain itu, Sistem Semakan Online (SSO) PDRM digunakan untuk menyemak sama ada calon telah disenarai pendek bagi:
-
Ujian Fizikal
-
Sesi Temu Duga
Selepas permohonan dihantar melalui SPA, calon perlu menunggu sehingga satu (1) tahun dari tarikh permohonan.
Sekiranya dalam tempoh tersebut calon tidak menerima sebarang makluman atau panggilan daripada pihak PDRM, calon perlu mengemaskini atau memperbaharui permohonan selepas tempoh permohonan tamat.
Calon yang berjaya dalam saringan awal akan dipanggil menghadiri Ujian Fizikal di institusi latihan PDRM yang ditetapkan.
Ujian ini biasanya dijalankan dalam tempoh satu hari dan merangkumi:
-
Pemeriksaan tinggi dan berat badan
-
Pemeriksaan kesihatan asas
-
Ujian kecergasan fizikal
-
Kawad asas dan arahan kawad
Calon disarankan membuat persediaan berikut:
-
Berpakaian kemas dan sopan (bukan jeans atau kemeja-T)
-
Memakai kasut yang sesuai
-
Berambut pendek dan kemas
-
Membawa alat tulis yang mencukupi
-
Membawa pakaian sukan untuk ujian kecergasan
Calon yang dipanggil temu duga disarankan:
-
Mengetahui isu semasa dan perkembangan terkini negara
-
Memahami fungsi, peranan dan struktur organisasi PDRM
-
Membuat persediaan fizikal dan mental
-
Menunjukkan minat dan komitmen tinggi untuk berkhidmat dalam pasukan polis
Selepas menghadiri temu duga, calon akan dimaklumkan untuk menunggu sehingga enam (6) bulan dari tarikh temu duga.
Sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh tersebut, permohonan dianggap tidak berjaya, dan calon boleh membuat permohonan baharu melalui portal SPA.
Calon yang berjaya akan menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Lantikan.
Jawatan Inspektor / Sarjan
-
Latihan asas di PULAPOL Kuala Lumpur
-
Tempoh latihan: 1 tahun
Jawatan Konstabel / Konstabel Sokongan
Latihan asas dijalankan di:
-
PULAPOL Muar
-
PULAPOL Ayer Hitam
-
PULAPOL Kota Kinabalu
-
PULAPOL Kuching
-
PULAPOL Langkawi
Tempoh latihan: 6 bulan
Bagi Konstabel Orang Asli, latihan dijalankan di:
Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak selama 6 bulan.
Selepas tamat latihan asas, anggota akan ditempatkan di mana-mana kontinjen atau formasi PDRM di seluruh negara berdasarkan:
-
Keperluan perkhidmatan
-
Kekosongan jawatan
-
Keperluan operasi semasa
Sebarang pertanyaan berkaitan pengambilan boleh diajukan kepada:
Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Telefon:
03-2266 8350
03-2266 8351
Pasukan Sukarelawan Polis (PVR)
11 soalanPasukan Sukarelawan Polis, juga dikenali sebagai Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM), ialah pasukan sokongan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada orang awam yang berkhidmat secara sukarela untuk membantu tugas kepolisan.
Pasukan ini telah ditubuhkan secara rasmi di Tanah Melayu pada 1 Julai 1957 di bawah Police Ordinance 1952 (kini tertakluk kepada Akta Polis 1967). Anggota PVR berperanan membantu PDRM dalam pelbagai tugas keselamatan dan penguatkuasaan bagi menyokong operasi kepolisan di seluruh negara.
Permohonan untuk menyertai Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi PDRM:
Permohonan biasanya dibuka melalui Sistem Semakan Online (SSO) dan terbahagi kepada dua kategori utama:
-
Inspektor Simpanan Sukarelawan Polis – bagi graduan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) yang telah ditauliahkan.
-
Konstabel Simpanan Sukarelawan Polis – bagi orang awam yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh PDRM adalah layak untuk memohon menyertai Pasukan Sukarelawan Polis.
Syarat asas permohonan bagi jawatan Inspektor SSP dan Konstabel SSP adalah seperti berikut:
-
Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temu duga.
Kelayakan akademik:
Inspektor SSP
-
Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma
-
Memiliki Sijil Pentauliahan Kor SUKSIS
Konstabel SSP
-
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan.
Ya. Sekiranya pemohon bekerja di sektor awam atau swasta, kebenaran dan pelepasan daripada Ketua Jabatan atau Majikan adalah diperlukan sekiranya terpilih untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Polis.
Anggota baharu Sukarelawan Polis akan menjalani latihan di lokasi yang ditetapkan oleh Kontinjen Polis Negeri masing-masing.
Tempoh latihan biasanya adalah 6 bulan, dengan kehadiran latihan sekurang-kurangnya:
-
16 jam sebulan
(seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 12(1), Peraturan Sukarelawan Simpanan Polis 1956)
Dalam keadaan tertentu, anggota juga mungkin dikehendaki menghadiri latihan intensif selama satu minggu di pusat latihan yang ditetapkan.
Anggota Sukarelawan Polis layak menerima elaun bertugas sekiranya mereka menjalankan tugas sekurang-kurangnya 24 jam sebulan.
Jumlah maksimum elaun yang boleh dibayar adalah sehingga 48 jam sebulan.
Kadar elaun adalah seperti berikut:
| Pangkat | Kadar Elaun |
|---|---|
| Pegawai Kanan | RM7.80 sejam |
| Konstabel hingga Sub-Inspektor | RM6.00 sejam |
Makluman pengambilan Sukarelawan Polis biasanya diumumkan melalui:
-
Laman web rasmi PDRM
-
Pengumuman televisyen seperti RTM dan TV3
-
Stesen radio tempatan
-
Hebahan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara.
Antara tugas yang boleh dilaksanakan oleh anggota Sukarelawan Polis ialah:
-
Bertugas di kaunter pertanyaan atau operator telefon
-
Tugas rondaan dan tugas bit
-
Rondaan MPV
-
Tugas trafik
-
Tugas teknikal (Motor Transport, Wireless, Marin)
-
Bertugas di Bilik Gerakan
-
Pegawai bertugas di IPK/IPD
-
Pentadbiran am
-
Tugas menjaga keamanan
-
Tugas kawalan keselamatan (Guard Duty)
Ya. Berdasarkan Seksyen 45, Akta Polis 1967, apabila anggota Sukarelawan Polis melaksanakan penugasan rasmi, mereka mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang sama seperti Pegawai Polis tetap mengikut pangkat yang setara.
Perbezaan utama pakaian seragam antara anggota Sukarelawan Polis dan anggota polis tetap ialah:
-
Shoulder Title
-
PVR: Sukarelawan Polis
-
Polis Tetap: Polis Diraja
-
-
Nombor Perkhidmatan
-
PVR: Contoh SP12345
-
Polis Tetap: Contoh 123456
-
Trafik
17 soalanPOL.170A ialah notis saman yang dikeluarkan atas kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu semasa kesalahan dikesan.
Contohnya termasuk:
-
Kesalahan yang dikesan melalui Laser Speed Detector (LSD) atau perangkap laju laser
-
Kesalahan melalui Red Light Camera (RLC) atau kamera lampu isyarat merah
Notis ini biasanya dihantar kepada pemilik berdaftar kenderaan.
POL.257 ialah saman yang dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik oleh pegawai polis apabila kesalahan lalu lintas dikesan.
Pesalah trafik akan:
-
Diminta menandatangani saman tersebut
-
Menerima salinan saman untuk tindakan lanjut seperti pembayaran atau kehadiran di mahkamah.
Maklumat berkaitan trafik boleh diperoleh melalui Portal Informasi Trafik PDRM:
http://trafik.rmp.gov.my/copsportal
Portal ini menyediakan maklumat mengenai:
-
Semakan saman
-
Maklumat trafik semasa
-
Direktori pegawai trafik
-
Maklumat pembayaran saman
Orang ramai boleh membuat semakan saman melalui beberapa kaedah berikut:
1. Melalui SMS
Hantar mesej berikut ke 15888:
POLIS SAMAN NoKadPengenalan
atau
POLIS SAMAN NoKenderaan
Contoh:
POLIS SAMAN 900101011234
Semakan saman boleh dibuat melalui portal berikut:
Semakan juga boleh dibuat di:
-
Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
-
Kaunter JPJ terpilih
-
Kaunter Trafik COPS di kompleks membeli-belah terpilih
Bayaran saman trafik boleh dibuat melalui beberapa saluran berikut:
Pembayaran Dalam Talian
- https://mybayar.rmp.gov.my
Kaunter menerima pembayaran melalui tunai, kad debit atau kad kredit.
Antara lokasi pembayaran:
Kaunter Trafik COPS
-
Di semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)
-
Di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Kaunter JPJ Terpilih
-
JPJ Johor Bahru
-
JPJ Kuantan
-
JPJ Seberang Prai Tengah
-
JPJ Ipoh
-
JPJ Wangsa Maju (Kuala Lumpur)
-
JPJ Padang Jawa (Selangor)
-
JPJ Kuala Terengganu
Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli-belah
-
Terminal One Seremban
-
AEON (Jaya Jusco) Ipoh
-
The Curve Petaling Jaya
-
IOI Mall Puchong
Selain itu, pembayaran juga boleh dibuat di:
-
Semua Pejabat Pos Malaysia
-
Mesin ATM Maybank terpilih
Kemungkinan terdapat beberapa situasi seperti:
-
Kesilapan teknikal semasa pengeluaran saman
-
Penggunaan nombor pendaftaran palsu oleh pihak lain
Langkah yang perlu diambil:
-
Hadir ke Balai Polis Trafik berhampiran
-
Bawa dokumen kenderaan dan bukti berkaitan
-
Jelaskan situasi sebenar kepada pegawai bertugas
Sekiranya disyaki berlaku penggunaan nombor pendaftaran palsu, laporan polis perlu dibuat.
Pegawai polis trafik hendaklah:
-
Memberikan layanan profesional dan berhemah
-
Menjelaskan kesalahan yang dilakukan
-
Memberikan maklumat mengenai cara dan tempat pembayaran saman
Anda boleh:
-
Melayari Portal Informasi Trafik PDRM
-
Menghubungi pegawai melalui direktori pegawai trafik
-
Mengunjungi Balai Polis Trafik berhampiran
Mulai 1 Disember 2010, kadar kompaun saman trafik telah diseragamkan.
Kadar kompaun ditentukan berdasarkan prinsip:
“The more you delay, the more you pay.”
Oleh itu, tiada permohonan rayuan diperlukan untuk pengurangan kompaun kerana kadar telah ditetapkan secara automatik.
Pemilik kenderaan perlu memaklumkan kepada pihak pengeluar notis mengenai identiti pemandu sebenar dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan notis.
Kegagalan berbuat demikian boleh dianggap sebagai satu kesalahan dan saman tambahan boleh dikeluarkan.
1Malaysia ID (1MID) merupakan sistem pengesahan identiti yang membolehkan pengguna menjalankan urusan dalam talian dengan lebih selamat.
Pendaftaran memerlukan:
-
Pengesahan MyKad
-
Pengesahan cap jari biometrik
Sistem ini digunakan untuk memastikan keselamatan data pengguna semasa menggunakan perkhidmatan dalam talian seperti semakan atau pembayaran saman.
Pendaftaran boleh dilakukan di:
-
Ibu Pejabat MyEG, Bandar Utama
-
Kiosk MyEG di cawangan Easy RHB Bank di seluruh negara
-
Melalui temujanji dengan pegawai khidmat pelanggan
Temujanji boleh dibuat melalui:
https://www.myeg.com.my
atau e-mel ke help@myeg.com.my
Pendaftaran adalah percuma dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki:
-
MyKad
-
Kad Polis
-
Kad Tentera
Sekiranya imej kenderaan yang diterima bukan kenderaan anda tetapi nombor pendaftaran adalah sama, anda boleh:
-
Menghubungi pegawai trafik melalui direktori di Portal Informasi Trafik PDRM
-
Atau hubungi talian:
03-2266 3346
Sekiranya saman tidak dijelaskan:
-
Kadar kompaun boleh meningkat sehingga kadar maksimum
-
Pemilik kenderaan boleh disenaraihitamkan
-
Urusan berkaitan kenderaan seperti pembaharuan lesen atau cukai jalan mungkin terjejas
Maklumat lanjut boleh dirujuk di Portal Informasi Trafik PDRM.
Lesen Senjata Api
8 soalanPermohonan lesen senjata api boleh dibuat dengan mendapatkan borang permohonan rasmi (POL 128 / PIL 125) melalui salah satu kaedah berikut:
-
Memuat turun borang dari laman web rasmi Polis Diraja Malaysia:
https://www.rmp.gov.my -
Mengunjungi Cawangan Perlesenan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang berhampiran.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Cawangan Perlesenan di Ibu Pejabat Polis Daerah bersama dokumen sokongan yang berkaitan dan telah disahkan.
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
-
Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
-
Warganegara Malaysia
-
Sihat dari segi mental dan fizikal
-
Tidak mempunyai kecacatan fizikal yang boleh menjejaskan keupayaan mengendalikan senjata api
-
Tidak mempunyai rekod jenayah
-
Memenuhi syarat keselamatan dan penilaian yang ditetapkan oleh pihak polis
Prosedur permohonan lesen senjata api melibatkan beberapa peringkat seperti berikut:
-
Permohonan dikemukakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).
-
Permohonan akan disemak dan dipanjangkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) untuk sokongan.
-
Permohonan yang disokong akan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk keputusan kelulusan.
Semua jenis senjata api memerlukan lesen yang sah daripada pihak berkuasa, termasuk:
-
Senjata api sebenar
-
Senjata api tiruan atau replika tertentu
-
Senjata api yang digunakan untuk tujuan sukan, keselamatan atau koleksi
Permilikan tanpa lesen yang sah adalah satu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia.
Kelulusan lesen senjata api boleh diberikan oleh:
-
Ketua Polis Negara, atau
-
Ketua Polis Negeri
tertakluk kepada jenis permohonan dan penilaian keselamatan yang dilakukan.
Pemohon hendaklah menyediakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan dalam senarai semak permohonan, yang biasanya merangkumi:
-
Salinan kad pengenalan
-
Dokumen sokongan berkaitan tujuan pemilikan senjata api
-
Dokumen keselamatan atau sokongan lain yang berkaitan
Semua dokumen hendaklah disahkan sebelum dihantar bersama borang permohonan.
Tiada bayaran dikenakan semasa penghantaran permohonan awal lesen senjata api. Walau bagaimanapun, bayaran tertentu mungkin dikenakan selepas lesen diluluskan mengikut peraturan semasa.
Tempoh pemprosesan permohonan lesen senjata api adalah sekitar 180 hari bekerja, tertakluk kepada:
-
Permohonan yang lengkap
-
Dokumen sokongan yang mencukupi
-
Laporan penilaian daripada agensi berkaitan
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK)
45 soalanJSJK merupakan jabatan dalam Polis Diraja
Malaysia (PDRM) yang bertanggungjawab menjalankan siasatan, pengesanan dan
tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan jenayah komersil. Antara kes yang
disiasat termasuk penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan, jenayah kewangan,
penipuan dalam talian serta kesalahan komersil lain yang diperuntukkan di bawah
undang-undang.
Antara kes yang lazim disiasat oleh JSJK ialah
penipuan pelaburan, phone scam, love scam, job scam, pinjaman tidak wujud,
penipuan pembelian atau penjualan dalam talian, penipuan menggunakan dokumen
palsu, pecah amanah jenayah, pemalsuan dan kes-kes komersil lain yang mempunyai
unsur jenayah.
Tidak. JSJK turut menyiasat pelbagai bentuk
jenayah komersil yang berlaku secara fizikal atau dalam talian, bergantung
kepada fakta kes dan peruntukan undang-undang yang berkaitan.
Secara amnya, JSJK berfungsi di peringkat Bukit
Aman, kontinjen dan daerah mengikut struktur PDRM. Pengendalian sesuatu kes
bergantung kepada bidang kuasa, lokasi kejadian, kompleksiti kes dan arahan
pengurusan siasatan.
Tidak semestinya. Sesuatu laporan akan dinilai
berdasarkan fakta, unsur kesalahan dan bidang kuasa. Kes yang bersifat
pertikaian sivil, masalah kontrak atau perkara di bawah agensi lain boleh
dirujuk kepada saluran yang bersesuaian.
Orang awam disarankan mengikuti hebahan melalui saluran rasmi PDRM dan JSJK,
kempen kesedaran, program pencegahan jenayah serta bahan pendidikan yang
dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Segera hubungi pihak bank atau institusi
kewangan yang terlibat untuk memaklumkan transaksi tersebut, hubungi saluran
respons scam rasmi yang berkenaan dan buat laporan polis dengan kadar segera.
Tindakan pantas boleh membantu usaha mengesan serta menyekat aliran wang.
Laporan polis boleh dibuat di mana-mana balai
polis. Pengadu hendaklah memberikan maklumat yang lengkap dan membawa dokumen
atau bukti berkaitan bagi membantu semakan dan siasatan.
Antara bukti yang boleh disediakan ialah resit
transaksi, penyata bank, nombor akaun penerima, nombor telefon, tangkap layar
perbualan, pautan laman sesawang, alamat e-mel, nama pengguna media sosial,
iklan, kontrak serta dokumen lain yang berkaitan.
Sekiranya terdapat cubaan penipuan, ugutan, penyalahgunaan identiti, pemalsuan
atau keadaan mencurigakan yang mempunyai unsur kesalahan, orang awam boleh
tampil membuat laporan polis untuk penilaian dan tindakan sewajarnya.
Laporan awal membolehkan tindakan pengesanan,
semakan transaksi dan penyelarasan dengan institusi kewangan atau agensi
berkaitan dibuat lebih cepat. Dalam kes penipuan kewangan, masa merupakan
faktor penting.
Pemulangan wang bergantung kepada beberapa
faktor termasuk tempoh laporan dibuat, kedudukan wang dalam akaun penerima,
pergerakan wang ke akaun lain, status pembekuan serta hasil siasatan. Tiada
jaminan bahawa semua wang yang telah dipindahkan dapat diperoleh semula.
Tidak. Laporan polis merupakan permulaan kepada
proses semakan atau siasatan. Sebarang tindakan termasuk tangkapan dibuat
berdasarkan fakta, keterangan, keperluan siasatan dan peruntukan undang-undang.
Nyatakan kronologi kejadian dengan jelas termasuk tarikh,
masa, kaedah perkenalan atau komunikasi, nombor telefon, akaun bank, jumlah
transaksi, sebab pembayaran dibuat, identiti yang digunakan oleh suspek serta
semua bukti yang berkaitan.
Phone scam ialah penipuan melalui panggilan telefon apabila scammer menyamar sebagai pihak berkuasa, institusi kewangan, syarikat penghantaran, mahkamah atau organisasi tertentu bagi menakutkan atau memperdaya mangsa supaya menyerahkan maklumat peribadi atau memindahkan wang.
Orang awam hendaklah berwaspada terhadap mana-mana individu yang mengarahkan mereka memindahkan wang ke sesuatu akaun kononnya bagi tujuan siasatan, keselamatan akaun atau pengesahan. Sebarang arahan sedemikian hendaklah disahkan melalui saluran rasmi.
Love scam ialah penipuan apabila suspek membina hubungan
emosi atau romantik dengan mangsa, lazimnya melalui media sosial atau aplikasi
komunikasi, sebelum menggunakan pelbagai alasan untuk meminta wang.
Job scam ialah penipuan melalui tawaran pekerjaan palsu. Mangsa biasanya dijanjikan pendapatan atau komisen menarik sebelum diarahkan membuat bayaran, melakukan tugasan tertentu atau menambah modal untuk memperoleh pulangan yang lebih tinggi.
Penipuan pinjaman tidak wujud berlaku apabila mangsa
ditawarkan pinjaman tetapi kemudiannya diminta membuat pelbagai bayaran seperti
yuran pemprosesan, deposit, insurans, cukai atau caj lain sebelum pinjaman
kononnya boleh diluluskan atau dikeluarkan.
Penipuan pelaburan berlaku apabila mangsa diperdaya untuk menyerahkan wang kepada skim atau peluang pelaburan yang tidak sah atau tidak wujud, lazimnya dengan janji keuntungan tinggi, cepat atau terjamin.
Antara tanda amaran ialah janji keuntungan luar biasa, jaminan keuntungan tanpa risiko, desakan membuat bayaran segera, penggunaan akaun bank individu, paparan keuntungan yang sukar disahkan, kesukaran membuat pengeluaran serta permintaan bayaran tambahan sebelum wang boleh dikeluarkan.
Penipuan pembelian dalam talian berlaku apabila mangsa membuat bayaran bagi barangan atau perkhidmatan yang diiklankan tetapi barangan tidak diterima, tidak seperti dijanjikan atau penjual gagal dihubungi selepas pembayaran dibuat.
Gunakan platform yang dipercayai, semak maklumat penjual, elakkan transaksi di luar platform, berhati-hati dengan harga yang terlalu rendah, semak akaun penerima sebelum membuat bayaran dan jangan terburu-buru apabila didesak membuat transaksi.
Phishing ialah kaedah penipuan yang menggunakan pautan, laman web, mesej atau e-mel palsu untuk mendapatkan maklumat sulit seperti nama pengguna, kata laluan, nombor kad, OTP atau maklumat perbankan.
Jangan tekan pautan yang meragukan dan jangan masukkan maklumat perbankan melalui pautan yang diterima secara tidak diminta. Hubungi institusi kewangan berkenaan melalui saluran rasmi untuk membuat pengesahan.
Tidak. Maklumat keselamatan perbankan seperti OTP, TAC, PIN dan kata laluan hendaklah dirahsiakan dan tidak diberikan kepada mana-mana individu, termasuk pihak yang mendakwa mewakili organisasi tertentu.
Jangan terburu-buru. Semak dahulu sebelum percaya, semak sebelum membuat bayaran, jangan dedahkan maklumat perbankan dan jangan lakukan transaksi hanya kerana menerima tekanan, ancaman atau janji keuntungan.
Akaun keldai ialah akaun bank yang digunakan oleh pihak lain untuk menerima, memindahkan atau mengeluarkan wang yang mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah.
Orang ramai tidak seharusnya menyerahkan, meminjamkan atau membenarkan akaun bank, kad ATM, nombor PIN atau akses perbankan dalam talian digunakan oleh pihak lain. Akaun yang digunakan untuk menerima wang hasil jenayah boleh menjadi subjek siasatan.
Sekiranya akaun seseorang digunakan dalam aliran wang yang berkaitan dengan aktiviti jenayah, pemilik akaun boleh dipanggil untuk membantu siasatan. Tindakan lanjut bergantung kepada fakta, pengetahuan, peranan dan keterangan yang diperoleh.
Sekatan atau tindakan terhadap sesuatu akaun boleh dibuat
berdasarkan keperluan siasatan dan peruntukan undang-undang apabila akaun
tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan aliran wang hasil aktiviti jenayah.
Dapatkan maklumat daripada institusi kewangan berkenaan dan berikan kerjasama kepada pihak penyiasat sekiranya diperlukan. Sebarang semakan atau tindakan lanjut adalah tertakluk kepada status serta keperluan siasatan.
Orang ramai disarankan menggunakan saluran semakan rasmi
PDRM yang disediakan bagi menyemak maklumat akaun bank atau nombor telefon
sebelum membuat transaksi kepada pihak yang tidak dikenali.
Tempoh siasatan bergantung kepada kompleksiti kes, jumlah transaksi, bilangan saksi, keperluan mendapatkan dokumen, analisis peranti, pengesanan suspek dan kerjasama dengan institusi kewangan, penyedia perkhidmatan atau pihak berkuasa lain.
Kes jenayah komersil sering melibatkan aliran wang merentasi banyak akaun, identiti palsu, peranti digital, syarikat, akaun pihak ketiga atau transaksi rentas sempadan. Setiap bukti perlu diperoleh dan dianalisis mengikut proses undang-undang.
Pengadu boleh menghubungi pegawai penyiasat atau bahagian
yang mengendalikan kes melalui saluran rasmi bagi mendapatkan perkembangan yang
boleh dimaklumkan tertakluk kepada kepentingan dan kerahsiaan siasatan.
Tidak. Sesetengah maklumat merupakan sebahagian daripada proses siasatan dan tidak boleh didedahkan sekiranya pendedahan boleh menjejaskan siasatan, keselamatan saksi, operasi penguatkuasaan atau proses perundangan.
Keputusan dibuat berdasarkan fakta, keterangan dan unsur kesalahan yang ditemui. Jika sesuatu perkara tidak mempunyai unsur jenayah atau berada di bawah bidang kuasa agensi lain, tindakan boleh disesuaikan mengikut undang-undang dan saluran yang berkaitan.
Kegagalan membayar hutang semata-mata tidak semestinya merupakan suatu kesalahan jenayah. Jika urusan tersebut ialah pinjaman atau perjanjian antara pihak-pihak tanpa unsur penipuan sejak awal, ia boleh menjadi pertikaian sivil. Setiap kes hendaklah dinilai berdasarkan fakta dan keterangan.
Jika terdapat unsur penipuan, pemalsuan, pecah amanah atau kesalahan jenayah lain, laporan polis boleh dibuat. Sekiranya isu hanya melibatkan pertikaian kontrak, kualiti perkhidmatan atau tuntutan wang tanpa unsur jenayah, saluran sivil atau agensi berkaitan mungkin lebih sesuai.
Segera hubungi pihak bank untuk menyekat akses atau
transaksi yang tidak dibenarkan, tukar kata laluan berkaitan, hentikan
penggunaan aplikasi atau pautan mencurigakan, simpan bukti dan buat laporan
kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kerugian atau penyalahgunaan maklumat.
Sindiket penipuan boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknologi untuk menukar atau menyembunyikan saluran komunikasi. Oleh itu, orang awam tidak seharusnya bergantung kepada paparan nombor telefon semata-mata untuk menentukan kesahihan sesuatu panggilan.
Siasatan boleh melibatkan analisis aliran wang, rekod transaksi, komunikasi, dokumen, peranti digital serta maklumat daripada institusi kewangan, syarikat telekomunikasi dan agensi berkaitan bagi mengenal pasti individu yang terlibat.
Kes penipuan boleh melibatkan rangkaian rentas sempadan. Dalam keadaan sedemikian, PDRM boleh menjalinkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan dan pihak berkuasa berkaitan di dalam serta luar negara berdasarkan keperluan siasatan.
Maklumat boleh disalurkan melalui saluran rasmi PDRM atau
dengan hadir ke balai polis. Orang awam digalakkan memberikan maklumat yang
spesifik seperti nombor telefon, akaun bank, nama pengguna media sosial,
lokasi, pautan, tangkap layar atau dokumen yang berkaitan.
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)
20 soalanAduan boleh dikemukakan melalui saluran rasmi PDRM
yang disediakan. Terdapat 3 saluran utama dipecahkan kepada 24 sub saluran
aduan rasmi PDRM.
Ya. Aduan boleh disalurkan melalui Hotline PDRM di
talian 1800-880-222.
Ya. Pelanggan boleh hadir sendiri ke Cawangan Pengurusan Aduan JIPS Bukit Aman, JIPS Kontinjen, BIPS Daerah, Briged atau Formasi yang berkaitan untuk mengemukakan aduan atau maklumat.
Ya. Aduan boleh dibuat melalui emel ispaaapdrm@rmp.gov.my
Ya. Aduan boleh dibuat melalui talian 03-2266 2222
Ya.
Aduan dan maklumat boleh dihantar melalui surat kepada:
Ketua
Penolong Pengarah (Pengurusan Aduan)
Jabatan
Integriti dan Pematuhan Standard,
50560
Bukit Aman, Kuala Lumpur.
PDRM
menyediakan pelbagai saluran rasmi untuk menerima aduan dan maklumat. Terdapat
3 saluran utama dipecahkan kepada 24 sub saluran aduan rasmi PDRM termasuk
Aplikasi Aduan JIPS PDRM.
Sekiranya
anda tidak pasti saluran yang sesuai, anda boleh menggunakan Aplikasi Aduan
JIPS PDRM atau Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA PDRM) https://rmp.spab.gov.my/eApps/system/index.do untuk mengemukakan aduan atau maklumat.
Ya. Aduan
boleh dibuat oleh wakil bagi pihak individu lain. Walau bagaimanapun, maklum
balas akan diberikan berdasarkan maklumat pelanggan atau pengadu yang
direkodkan dalam sistem.
Boleh. Walau bagaimanapun, maklum balas akan diberikan berdasarkan maklumat pelanggan
atau pengadu yang direkodkan dalam sistem.
Aduan atau
maklumat akan diambil tindakan bersesuaian berdasarkan isu aduan atau maklumat.
Tindakan
sewajarnya akan diambil.
Sekiranya
aduan atau maklumat didapati palsu, pengadu boleh dikenakan tindakan mengikut
undang-undang yang berkuat kuasa. Aduan tersebut juga boleh diklasifikasikan
sebagai Tiada Tindakan Lanjut (TTL).
Penilaian
terhadap aduan atau maklumat yang diterima akan dilaksanakan oleh Pegawai Kanan
Polis yang telah dilantik dan diberi kuasa di peringkat Bukit Aman, Jabatan,
Kontinjen, Briged atau Formasi.
Aduan atau
maklumat akan diambil tindakan mengikut prosedur kerja pengurusan aduan.
Boleh, jika
aduan dan maklumat memenuhi kriteria Tiada Tindakan Lanjut (TTL)
Boleh,
melalui nombor rujukan yang telah diemelkan kepada pelanggan.
Sekiranya
aduan atau maklumat yang dikemukakan bukan dalam bidang kuasa PDRM, aduan
tersebut akan direkodkan dan diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut
(TTL). Pengadu akan dinasihatkan untuk merujuk kepada agensi yang mempunyai
bidang kuasa berkaitan.
Boleh, jika
ia menepati kriteria yang telah ditetapkan.
Aduan atau
maklumat dianggap selesai apabila pelanggan menerima Maklum Balas Berkeputusan
(MBB) daripada Cawangan Pengurusan Aduan atau mana-mana Jabatan, Kontinjen,
Briged atau Formasi yang bertanggungjawab setelah semua tindakan dan penilaian
selesai dilaksanakan.
Jabatan Pengurusan
11 soalan• Layari Portal Rasmi e-Pesara PDRM.
• Klik butang Log Masuk Sistem ePesara dan pilih Daftar Akaun Baru.
• Masukkan Nombor Kad Pengenalan (Baru/Lama) atau Nombor Polis/Tentera.
• Isi maklumat peribadi, e-mel aktif, dan tetapkan kata laluan.
• Klik Hantar dan sahkan akaun melalui pautan yang dihantar ke e-mel.
Penjelasan :
Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) atau kini dikenali sebagai Pemegang Amanah Tabung Amanah Warisan Polis Berdaftar ialah sebuah tabung amanah kebajikan rasmi yang ditubuhkan di bawah Surat Ikatan Amanah bertarikh 12 November 2025 dan Seksyen 2 (2) Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258]. Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) ditubuhkan untuk menjaga kebajikan serta memberikan bantuan kewangan kepada pesara polis, bekas polis, petugas era darurat, dan waris mereka yang sah [rmp.gov.my]. Tabung ini ditadbir urus oleh Pemegang-Pemegang Amanah TAWP yang dilantik dan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, dengan keahlian yang terdiri daripada Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan Pengarah Pengurusan PDRM. Dana TAWP adalah melalui sumbangan agensi korporat, serta orang perseorangan yang mendapat pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Syarat :
• Warganegara Malaysia.
• Pesara Polis PDRM, Bekas Polis, Petugas Polis Era Darurat, atau Waris/Pasangan yang sah (balu/duda/anak tanggungan).
• Telah berdaftar di dalam Sistem e-Pesara PDRM.
Prosedur :
• Layari Portal Rasmi e-Pesara PDRM dan log masuk ke akaun anda.
• Pergi ke menu utama dan pilih modul Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP).
• Pilih jenis jenis bantuan yang ingin dipohon (TAWP 1 / 2 / 3 / 4 / 5).
• Isi borang permohonan digital dengan maklumat peribadi dan perbankan yang tepat.
• Muat naik semua dokumen sokongan yang diperlukan dalam format PDF atau imej (JPEG/PNG) yang jelas.
• Klik butang Hantar untuk proses semakan dan kelulusan oleh Bahagian Hal Ehwal Pesara PDRM.
Dokumen :
• Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Awam/Polis).
• Salinan Kad Pesara PDRM atau Kad Bekas Polis.
Penjelasan :
Sumbangan kewangan segera (relief fund) untuk membantu pesara atau bekas polis yang mengalami kerugian harta benda akibat bencana alam (rumah rosak akibat banjir / kebakaran) demi kelangsungan hidup. Kadar bantuan adalah sebanyak RM500 melibatkan semua jenis bencana. Bantuan diberikan terhad dua (2) kali setahun. Kediaman hendaklah yang dimiliki atau didiami.
Syarat :
• Semua jenis bencana
• Permohonan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kejadian.
• Bencana mestilah berlaku pada rumah kediaman rasmi/semasa yang didiami oleh pesara tersebut.
• Wajib disokong oleh laporan polis dan pengesahan agensi penyelamat/tempatan.
• Terhad dua (2) kali setahun.
Prosedur :
• Log masuk ke portal e-Pesara dan pilih Permohonan TAWP 5.
• Isi butiran tarikh kejadian, jenis bencana, dan anggaran nilai kerugian harta benda.
• Muat naik laporan polis, gambar kejadian, dan dokumen sokongan luar.
• Klik hantar.
Dokumen :
• Salinan Kad Pengenalan pesara
• Salinan Kad Pesara JPA / Kad Pesara polis.
• Salinan dokumen hakmilik/ bil utiliti / perjanjian sewa
• Salinan Laporan Polis berkaitan kejadian bencana (wajib dibuat dalam tempoh segera selepas bencana).
• Surat Pengesahan daripada Jawatankuasa Bencana Daerah / JKM / APM / Bomba / Ketua Kampung.
• Gambar-gambar bukti kemusnahan fizikal rumah atau harta benda.
• Salinan Penyata Akaun Bank pemohon yang aktif / Salinan penyata pencen pesara polis untuk urusan pengkreditan terus.
Bayaran :
Tiada bayaran dikenakan.
• Akses menu utama di Portal e-Pesara PDRM.
• Pilih modul Kad Pesara PDRM.
• Klik Semakan Status jika permohonan pernah dibuat secara manual sebelum ini.
• Jika tiada rekod, klik Permohonan Kad Pesara Baharu/Gantian.
• Isi maklumat persaraan dan muat naik gambar berukuran pasport beruniform (atau pakaian rasmi bersesuaian).
• Klik Hantar Permohonan.
• Di halaman Log Masuk e-Pesara, klik pautan Lupa Kata Laluan.
• Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan e-mel berdaftar.
• Klik Hantar Pautan Set Semula.
• Semak e-mel anda dan klik pautan yang diberikan untuk memasukkan kata laluan baharu.
• Jika e-mel lama pemohon sudah tidak aktif, pemohon atau pengguna perlu klik pada menu Aduan / Maklum Balas di halaman utama untuk memohon kemas kini e-mel oleh pentadbir sistem.
• Pemohon boleh menghubungi Pentadbir sistem Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis Bukit Aman melalui talian 03-22668387 atau emel veteran_ba@rmp.gov.my jika sekiranya mengalami masalah gangguan teknikal berkaitan permohonan TAWP.
Boleh, tertakluk kepada kelulusan Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara atau Pengarah Pengurusan PDRM. Fungsi utama Pancaragam PDRM adalah untuk acara rasmi negara dan PDRM. Walau bagaimanapun, Pancaragam PDRM boleh memenuhi undangan luar seperti majlis korporat, persembahan komuniti sebagai sebahagian daripada program community policing demi merapatkan hubungan polis dengan masyarakat.
Muzium Polis Diraja Malaysia beroperasi pada hari Selasa hingga Ahad, bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan ditutup pada setiap hari Isnin.
Muzium ini dibuka kepada orang awam bagi tujuan lawatan, pendidikan dan penyelidikan tertakluk kepada waktu operasi serta peraturan yang ditetapkan oleh pihak muzium.
Penjelasan :
Pengubahan wang haram (atau lebih dikenali sebagai money laundering) ialah proses menukarkan wang atau harta yang bersumberkan dari aktiviti haram (seperti dadah, rasuah, perjudian haram, scam/penipuan atau penyeludupan) supaya ia kelihatan seperti sah dan bersih di sisi undang-undang.
Senang kata, ia adalah cara penjenayah "mencuci" wang kotor mereka melalui sistem kewangan rasmi agar pihak berkuasa tidak dapat mengesan punca sebenar wang tersebut.
Penjelasan :
Jika melakukan kesalahan pengubahan wang haram dan apabila disabitkan kesalahan, individu boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, atau lima juta ringgit, yang mana yang lebih tinggi.
Penjelasan :
Ya, boleh. Kebiasaannya, PDRM akan membuka kertas siasatan bagi jenayah kesalahan berat terlebih dahulu (cth: Seksyen 420 Kanun Keseksaan untuk penipuan).
Secara selari, siasatan AMLA juga akan dijalankan sekiranya elemen berlakunya kesalahan jenayah pengubahan wang haram dipenuhi.
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik
12 soalanPOL 170A ialah notis yang
dikeluarkan bagi kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran
pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh
polis, seperti perangkap laju menggunakan LSD (Laser Speed Detector) atau Laser
Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau kamera lampu isyarat merah.
POL 257 ialah saman yang
dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik apabila kesalahan dikesan.
Pesalah dikehendaki menandatangani saman tersebut dan sesalinan saman akan
diberikan kepada pesalah.
Untuk mendapatkan maklumat
mengenai trafik, orang awam boleh melayari Laman Informasi Trafik PDRM dan
portal MyBayar PDRM.
- Kaunter Trafik di Daerah
- Kaunter Trafik di Kontinjen (Melaka, Johor dan Pahang)
- Laman Sesawang MyBayar PDRM dan aplikasi MyBayar PDRM
- Laman Sesawang MyGovernment
- Kaunter Trafik COPS (Computerised Online Payment System)
- Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (157 daerah)
- Kaunter JPJ yang terpilih (JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur)
- Kaunter Trafik COPS di UTC (UTC Ipoh dan UTC Kuantan)
- Kaunter Pejabat Pos Malaysia
- Semakan dan pembayaran saman juga boleh dibuat melalui aplikasi MyBayar PDRM yang dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store
Melalui Internet :
- Laman Sesawang MyBayar PDRM
- Laman Sesawang MyGovernment
Melalui Kaunter Trafik COPS :
- Tunai
- Kad Debit
- Kad Kredit
- JPJ Wangsa Maju Kuala Lumpur
- UTC Ipoh
- UTC Kuantan
- Pejabat Pos seluruh Malaysia
Berkemungkinan berlaku kesilapan teknikal seperti kesilapan cetakan oleh anggota bertugas atau pihak ketiga menggunakan nombor pendaftaran palsu. Tindakan yang perlu diambil adalah pergi ke Balai Polis Trafik yang berhampiran dengan membawa segala dokumen kenderaan serta bukti yang menunjukkan anda tidak berada di tempat kejadian atau bukti bahawa anda tidak bersalah semasa perbicaraan di mahkamah. Jika terbukti kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu, laporan polis hendaklah dibuat di balai polis berhampiran.
Pengguna jalan raya
hendaklah diberikan layanan sebaik mungkin dengan dimaklumkan mengenai
kesalahan yang telah dilakukan.
Anda boleh melayari Laman
Informasi Trafik dan klik pada pautan direktori untuk mendapatkan nombor
telefon pegawai berkenaan. Anda juga boleh terus pergi ke Balai Polis Trafik
yang berhampiran.
Untuk makluman, penerima
saman tidak perlu membuat sebarang rayuan kerana mulai 1 Januari 2026 kadar
kompaun telah ditetapkan dan diseragamkan. Pengurangan saman dilakukan secara
automasi berdasarkan prinsip “The more you delay, the more you pay”.
Anda perlu mengemukakan
maklumat mengenai pemandu berkenaan kepada pengeluar notis dalam tempoh 7 hari
daripada penerimaan notis. Kegagalan berbuat demikian merupakan satu kesalahan
dan saman tambahan boleh dikeluarkan.
MyBayar PDRM ialah platform
digital rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membolehkan orang awam membuat
semakan dan bayaran saman trafik PDRM secara dalam talian dengan lebih mudah,
cepat dan selamat.
- Membuat semakan saman trafik PDRM.
- Membuat bayaran saman secara dalam talian.
- Mendapatkan pengesahan dan resit bayaran.
- Mengurus urusan saman tanpa perlu hadir ke kaunter.
Definisi yang sesuai untuk
FAQ rasmi: MyBayar PDRM merupakan platform pembayaran digital PDRM yang
menyediakan kemudahan kepada orang awam untuk membuat semakan serta pembayaran
saman trafik PDRM secara dalam talian dengan mudah, cepat dan selamat.
Untuk mendaftar sebagai
pengguna MyBayar PDRM, pengguna baharu perlu mengikuti langkah pendaftaran yang
disediakan melalui portal rasmi MyBayar PDRM.
- Layari portal rasmi MyBayar PDRM.
- Klik “Daftar” atau “Pendaftaran Pengguna”.
- Pilih kategori Warganegara atau Bukan Warganegara.
- Bagi warganegara Malaysia, lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, nama, alamat, nombor telefon dan e-mel.
- Lengkapkan proses pengesahan OTP (One-Time Password).
- Tetapkan kata laluan akaun dan bersetuju dengan terma dan syarat.
- Setelah pendaftaran berjaya, pengguna boleh log masuk ke MyBayar PDRM menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Syarat utama: Bagi
pendaftaran individu, MyBayar PDRM menyatakan pengguna mestilah warganegara
Malaysia atau penduduk tetap Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta
mempunyai rekod atau transaksi dalam Sistem MyBayar.
Nota: MyBayar PDRM kini
turut menyediakan pilihan log masuk menggunakan MyDigital ID.