Program ini merupakan satu platform penting yang menghimpunkan agensi penguatkuasaan undang-undang, pihak berkepentingan kerajaan serta pemain industri bagi memperkukuh kerjasama dalam menangani cabaran keselamatan yang semakin berkembang.
PDRM Special Dialogue (PSD) I
Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Special Dialogue (PSD) merupakan simbol komitmen berterusan dalam memperkukuh jaringan keselamatan strategik antara agensi penguatkuasaan, institusi kerajaan dan rakan industri dalam menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks serta dinamik.
PSD dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersempena Hari Polis ke-217.
Program ini merupakan sesi dialog pertama daripada dua sesi yang dianjurkan sebagai acara pendahuluan menuju Asia International Security Summit & Expo (AISSE).
Kedua-dua program berprofil tinggi ini dianjurkan oleh rakan strategik Koperasi PDRM Berhad (KPDRM) bersama Alpine Integrated Solution Sdn. Bhd. (AIS).
Barisan Kepimpinan AIS iaitu diasaskan dan diterajui oleh pengurusan utama termasuk Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib Abd Rahman (Pengerusi Kumpulan), Puan Anita Jacobson (Pengarah Urusan Kumpulan) serta Encik Aqlan Pacleb (Pengarah Eksekutif).
Objektif PSD
- Membincangkan isu-isu semasa berkaitan penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan negara, khususnya dalam aspek jenayah siber dan jenayah narkotik.
- Program ini merangkumi majlis pembukaan, sesi dialog, pameran mini dan jamuan tengah hari serta jaringan kerjasama.
- Mengadakan sesi libat urus peringkat tinggi dan perbincangan strategik antara pemimpin penguatkuasaan undang-undang.
- Menjadi acara rintis atau prapelancaran rasmi kepada Asia International Security Summit & Expo (AISSE).
- Membuka peluang kerjasama baharu dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam.
- Menyambut perayaan Hari Polis ke-217 melalui platform perkongsian idea kepolisan.
5 Siri PDRM Special Dialogue sehingga 2026
- Jabatan Siasatan Jenayah
- Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,
- Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
- Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
- Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik

Butiran Program

Teras Utama