Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)

Diterbitkan: 21 Mar 2026 7.52 PM Dikemas kini: 22 Sep 2026 11.44 AM
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kdnka-pdrm-peranan-fungsi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 23/09/2026 01:41 MYT

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) merupakan salah satu jabatan utama dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berperanan sebagai peneraju dalam aspek keselamatan dalam negeri, ketenteraman awam, pengurusan operasi, keselamatan sempadan, pengurusan krisis dan bencana serta tindak balas terhadap pelbagai ancaman keselamatan negara.

Jabatan KDNKA diketuai oleh seorang Pengarah Jabatan berpangkat Komisioner Polis (CP) JUSA A dan dibantu oleh tiga (3) Timbalan Pengarah, iaitu:

  1. Timbalan Pengarah (Gerakan/Operasi) JKDNKA
    (Komisioner Polis) JUSA B
  2. Timbalan Pengarah (PGA/WCB/PSK) JKDNKA
    (Deputi Komisioner Polis) JUSA C
  3. Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Krisis Bencana) JKDNKA
    (Deputi Komisioner Polis) JUSA C

MISI

Peneraju keselamatan dan ketenteraman negara.

VISI

Memelihara kedaulatan undang-undang di Malaysia untuk kesejahteraan awam dan keamanan negara.

FUNGSI

Jabatan KDNKA melaksanakan fungsi-fungsi utama berikut:

  • Menerajui dan menyelaras operasi keselamatan dalam negeri serta ketenteraman awam secara bersepadu, berkesan dan berterusan di seluruh negara;
  • Memelihara ketenteraman awam dan meningkatkan kesiapsiagaan operasi dalam menghadapi pelbagai bentuk ancaman, gangguan keselamatan dan situasi berisiko tinggi;
  • Memperkukuh keselamatan sempadan negara meliputi kawasan daratan, perairan dan ruang udara melalui kawalan, rondaan, pemantauan, pengawasan serta operasi penguatkuasaan bersepadu;
  • Membanteras jenayah rentas sempadan, penyeludupan, pencerobohan dan aktiviti terancang yang boleh menjejaskan keselamatan, kepentingan dan kedaulatan negara;
  • Menyelaras pengurusan krisis, bencana, kecemasan dan situasi kontingensi serta memastikan kesiapsiagaan pasukan dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman dan kecemasan;
  • Memperkasa keupayaan operasi khas dan tindak balas pantas dalam menangani ancaman keselamatan serta situasi yang memerlukan kepakaran dan keupayaan khusus;
  • Mengoptimumkan penggunaan aset, teknologi dan keupayaan udara, darat serta maritim bagi meningkatkan keberkesanan pemantauan, pengawasan dan pelaksanaan operasi;
  • Memperkukuh risikan, perkongsian maklumat dan analisis keselamatan operasi bagi menyokong perancangan, pencegahan dan tindakan penguatkuasaan berasaskan maklumat serta penilaian risiko;
  • Memperkukuh kerjasama strategik dan operasi bersepadu dengan agensi keselamatan, penguatkuasaan dan pihak berkepentingan di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa;
  • Meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan pasukan melalui latihan, pembangunan kompetensi, pemodenan aset, inovasi serta penerapan teknologi baharu;
  • Menyokong penugasan keselamatan berskala besar termasuk acara nasional, perhimpunan awam, pilihan raya dan situasi yang memerlukan mobilisasi pasukan secara bersepadu; dan
  • Memperkukuh budaya integriti, disiplin, akauntabiliti dan profesionalisme dalam setiap aspek penyampaian perkhidmatan dan pelaksanaan operasi.

ELEMEN DAN CAWANGAN DI BAWAH JABATAN KDNKA

Bagi melaksanakan tanggungjawab dan fungsi tersebut, Jabatan KDNKA disokong oleh elemen dan cawangan strategik berikut:

1. PASUKAN GERAKAN UDARA (PGU)

Berperanan menyediakan keupayaan udara dan sokongan operasi bagi melaksanakan pemantauan, pengawasan, rondaan udara, bantuan operasi serta tindak balas terhadap situasi keselamatan dan kecemasan.

2. PASUKAN GERAKAN AM (PGA)

Berperanan dalam keselamatan sempadan, ketenteraman awam, pencegahan jenayah, kawalan kawasan strategik serta operasi penguatkuasaan khususnya di kawasan sempadan negara.

3. PASUKAN POLIS MARIN (PPM)

Berperanan memastikan keselamatan dan ketenteraman perairan negara, termasuk rondaan, pemantauan, pencegahan jenayah serta operasi penguatkuasaan di kawasan perairan.

4. PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (PSP)

Berperanan sebagai pasukan simpanan strategik PDRM dalam pengurusan ketenteraman awam, kawalan perhimpunan, rusuhan serta situasi yang memerlukan kekuatan anggota dalam skala besar.

5. UNIT TINDAKHAS (UTK)

Merupakan elemen operasi khas yang berkeupayaan tinggi dalam menangani situasi keselamatan berisiko tinggi, ancaman keganasan, penyelamatan tebusan serta operasi khas yang memerlukan kepakaran khusus.

6. 69 KOMANDO (VAT 69)

Merupakan elemen pasukan khas yang mempunyai keupayaan dalam operasi khas, keselamatan kawasan, ancaman bersenjata serta operasi yang memerlukan tahap kesiapsiagaan dan kepakaran tinggi.

7. WILDLIFE CRIME BUREAU / PERISIKAN SIASATAN KHAS (WCB/PSK)

Wildlife Crime Bureau / Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) merupakan elemen khusus di bawah Jabatan KDNKA yang berperanan dalam memperkukuh keupayaan risikan, pengesanan, pencegahan dan tindakan terhadap aktiviti jenayah berkaitan hidupan liar serta ancaman keselamatan khusus.

8. CAWANGAN GERAKAN

Berperanan dalam perancangan, penyelarasan, pemantauan dan pengurusan operasi KDNKA, termasuk penyelarasan gerakan pasukan serta kesiapsiagaan menghadapi pelbagai bentuk ancaman keselamatan dan ketenteraman awam.

KOMITMEN JABATAN KDNKA

Jabatan KDNKA sentiasa komited untuk memperkukuh kesiapsiagaan, keupayaan operasi, profesionalisme, inovasi dan kerjasama strategik dalam memastikan keselamatan dalam negeri serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Dalam menghadapi landskap keselamatan yang semakin kompleks, KDNKA terus memperkasakan keupayaan pasukan melalui pendekatan bersepadu, penggunaan teknologi, pemerkasaan aset, pembangunan modal insan serta perkongsian maklumat dan risikan bagi memastikan setiap ancaman dapat ditangani dengan pantas, tepat dan berkesan.

ISPO – INTEGRITY IN SERVICE, PROFESSIONALISM IN OPERATIONS

Selaras dengan aspirasi ISPO – Integrity in Service, Professionalism in Operations, Jabatan KDNKA menjadikan integriti dalam perkhidmatan dan profesionalisme dalam operasi sebagai asas dalam melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab.

ISPO membawa maksud:

Integrity in Service

Integriti dalam Perkhidmatan – melaksanakan amanah dengan jujur, beretika, berdisiplin, berakauntabiliti dan sentiasa menjunjung kepentingan rakyat serta negara.

Professionalism in Operations

Profesionalisme dalam Operasi – melaksanakan setiap tugasan dan operasi dengan kompetensi, disiplin, keberanian, kesiapsiagaan, ketepatan serta mematuhi undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.

PENUTUP

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) akan terus menjadi peneraju keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam dengan memperkukuh kesiapsiagaan, keupayaan operasi, penggunaan teknologi, kerjasama bersepadu serta pembangunan modal insan yang kompeten dan berintegriti.

Komitmen ini adalah selaras dengan aspirasi ISPO – Integrity in Service, Professionalism in Operations, yang menegaskan bahawa integriti menjadi landasan dalam setiap perkhidmatan, manakala profesionalisme menjadi tunjang dalam setiap operasi.

“Integriti Menjadi Landasan Perkhidmatan, Profesionalisme Menjadi Tunjang Operasi.”

Dengan pendekatan tersebut, Jabatan KDNKA akan terus memperkukuh keupayaan PDRM dalam memelihara keselamatan rakyat, ketenteraman awam dan kedaulatan negara, selaras dengan amanah serta tanggungjawab yang diberikan kepada pasukan.



ArtikelDiterbitkan 21 Mar 2026 7.52 PMDikemas kini 22 Sep 2026 11.44 AM