Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Langkau ke kandungan
KE-15Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia

Tan Sri Dato' Seri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail

Ketua Polis Negara Ke-15
Penyandang Semasa 23 Jun 2025 – Kini
Tan Sri Dato' Seri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail 23 Jun 2025 – Kini

Profil

Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail dilahirkan pada 8 April 1965 di Manong, Perak. Beliau mempunyai kelulusan dalam Sarjana Comparative Laws dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia sejak tiga dekad yang lalu, bermula sebagai Inspektor Percubaan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Fakta Utama

Tarikh Lahir 8 April 1965
Tempat Lahir Manong, Perak
Pendidikan Sarjana Comparative Laws, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Lantikan KPN 23 Jun 2025

Perjalanan Kerjaya

2018

Police Attache, Kedutaan Malaysia di London

2021

Ketua Cawangan Khas Pahang

2022

Ketua Penolong Pengarah E2, Cawangan Khas, Bukit Aman

2023

Timbalan Pengarah, Cawangan Khas, Bukit Aman

2025

Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman

23 Jun 2025

Ketua Polis Negara

Dilantik selepas persaraan Tan Sri Razarudin bin Husain.

Darjah Kebesaran & Anugerah

Reben Pingat Perkhidmatan Setia

Pingat Perkhidmatan Setia

Reben Pingat Perkhidmatan Am

Pingat Perkhidmatan Am

2018
Reben Darjah Indera Mahkota Pahang

Darjah Indera Mahkota Pahang

2019
Reben Pingat Jasa Pahlawan Negara

Pingat Jasa Pahlawan Negara

2019
Reben Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16

Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16

Reben Panglima Setia Pasukan Polis

Panglima Setia Pasukan Polis

2023
Reben Panglima Gagah Pasukan Polis

Panglima Gagah Pasukan Polis

2023
Reben Sri Sultan Ahmad Shah Pahang

Sri Sultan Ahmad Shah Pahang

2024
Reben Dato' Pahlawan Taming Sari

Dato' Pahlawan Taming Sari

2024
Reben Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

2025
Reben Dato' Seri Panglima Taming Sari

Dato' Seri Panglima Taming Sari

2025
Reben Pingat Jasa Gemilang

Pingat Jasa Gemilang

2026
Reben Panglima Mangku Negara

Panglima Mangku Negara

2026
Reben Dato' Seri Setia Pahlawan Negeri Kedah

Dato' Seri Setia Pahlawan Negeri Kedah

2026
Reben Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis

Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis

2026
Reben Seri Panglima Darjah Kinabalu

Seri Panglima Darjah Kinabalu

16 darjah setakat September 2026

Biografi

Sepanjang berkhidmatan beliau, beberapa jawatan penting pernah disandang antaranya, Police Attache Kedutaan Malaysia di London (2018), Ketua Cawangan Khas Pahang (2021), Ketua Penolong Pengarah E2, Cawangan Khas, Bukit Aman (2022), Timbalan Pengarah, Cawangan Khas, Bukit Aman (2023) dan Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman (2025).

Bertepatan dengan ketokohan beliau terserlah, pihak Kerajaan telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menggalas jawatan sebagai Ketua Polis Negara pada 23 Jun 2025 selepas Tan Sri Razarudin bin Husain menjalani persaraan.

Sebagai menghargai sumbangan beliau kepada Pasukan dan negara, beliau telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Setia (P.P.S.) dan Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A.), Panglima Setia Pasukan Polis (P.S.P.P.) serta Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) pada tahun 2018, Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) dan Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada tahun 2019, Panglima Gagah Pasukan Polis (P.G.P.P.) dan Sri Sultan Ahmad Shah (S.S.A.P.) pada tahun 2023, Dato’ Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.) dan Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada tahun 2024, Dato’ Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.) serta Pingat Jasa Gemilang Singapura (P.J.G.) pada tahun 2025, dan Panglima Mangku Negara (P.M.N.), Darjah Dato’ Seri Setia Pahlawan Negeri Kedah (S.S.P.K.), Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) dan Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) pada tahun 2026.

Maklumat Peribadi

Lahir 8 April 1965, Manong, Perak
Pasangan Datin Sri Hajah Munirah binti Che Rose
Anak Tiga

Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Sri Hajah Munirah binti Che Rose dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Biography Diterbitkan: 4 Mac 2026 2.11 PM Dikemaskini: 22 September 2026 2.11 PM