Artikel
#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM
Terima kasih kepada pemilik akaun Threads ruma.bayu atas penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya warga Jabatan Siasa...
Terima kasih kepada pemilik akaun Threads ruma.bayu atas penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya warga Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang sentiasa komited memastikan kelancaran serta keselamatan pengguna jalan raya menerusi tugas mengawal lalu lintas.
Tugas mengawal lalu lintas bukan sekadar memastikan pergerakan kenderaan lancar, malah menuntut kesabaran, keprihatinan dan kesiapsiagaan demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.
Komitmen anggota JSPT mengawal lalu lintas dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya mencerminkan kesungguhan PDRM memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, di samping menjadi inspirasi dalam mewujudkan persekitaran jalan raya yang lebih selamat.
Sumber: Threads ruma.bayu
