Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Rampasan Pga Keningau Cecah Rm36 Juta
Keningau, 14 September 2026 - Batalion 21 Pasukan Gerakan Am (PGA) Keningau merekodkan pelbagai rampasan bernilai lebih RM36 juta sejak awal tahun hingga Septe...
Keningau, 14 September 2026 - Batalion 21 Pasukan Gerakan Am (PGA) Keningau merekodkan pelbagai rampasan bernilai lebih RM36 juta sejak awal tahun hingga September ini menerusi pelaksanaan operasi penguatkuasaan secara berterusan.
Pegawai Pemerintah Batalion 21 PGA Keningau, Superintenden Hairulnizam Rashid berkata, operasi berkenaan dilaksanakan selaras dengan arahan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman bagi mempertingkat penguatkuasaan serta membanteras pelbagai kegiatan yang menyalahi undang-undang.
Katanya, sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 60 kes direkodkan dengan 82 suspek, terdiri daripada 75 lelaki dan tujuh perempuan, ditahan menerusi beberapa operasi.
"Setelah hampir dua tahun bertapak di Keningau, Batalion 21 yang berada di bawah Briged Sabah dan Jabatan KDNKA PDRM telah mencatat pelbagai kejayaan menerusi operasi serta rampasan yang dilakukan.
"Bagi tahun ini sahaja, dari awal tahun hingga September, nilai keseluruhan rampasan mencecah RM36 juta membabitkan pelbagai kesalahan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Pegawai Pemerintah Batalion 21 PGA Keningau 2026, di sini, Jumaat.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Daily Express seperti di lampiran.