Portal Rasmi Kerajaan Malaysia

PIAGAM PELANGGAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Demi mencapai Visi & Misi, seluruh warga PDRM berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang profesional dan berkualiti dengan:

Layanan Kaunter Saringan

15 minit layanan kaunter saringan
15 Minit

Menerima layanan di Kaunter Saringan dalam tempoh masa tidak lewat 15 minit setelah mengambil nombor giliran.

7 Hari Bekerja

7 hari bekerja
7 Hari

Semua aduan dan maklumat yang diterima daripada pelanggan (pengadu) yang mempunyai butiran lengkap akan diberikan maklum balas dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan dan maklumat didaftarkan.

Kehadiran 'First Responder'

11 minit tiba di tempat kejadian
11 Minit

Kehadiran di tempat kejadian oleh First Responder (PDRM) dalam tempoh 11 minit.

Klasifikasi Laporan Polis

terima makluman dalam tempoh 24 jam
24 Jam

Memaklumkan klasifikasi laporan polis dalam tempoh 24 jam setelah laporan diterima.

Perkembangan Siasatan

perkembangan siasatan dalam 14 hari
14 Hari

Memaklumkan perkembangan siasatan dalam tempoh 14 hari setelah siasatan dijalankan.

Aktiviti Pencegahan Jenayah

aktiviti pencegahan
(Sektor Swasta / NGO)

Memastikan Aktiviti Pencegahan Jenayah dilaksanakan melalui Program Aktiviti Pencegahan Jenayah bersama sektor swasta atau NGO di semua peringkat daerah.