Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Pelesenan

Pelesenan Am

Magazin, bunga api, baju kalis peluru, pungutan derma, perarakan dan banyak lagi — cari jenis permohonan, semak tempoh dan sediakan dokumen anda.

Apakah lesen yang anda perlukan?

Jawab dua soalan pantas atau cari dalam senarai penuh.

Tiada jenis sepadan. Kurangkan kata kunci atau layari senarai penuh di bawah.

Jenis Permohonan

Pelesenan Am

Setiap jenis beserta tempoh proses. Klik baris untuk dokumen dan borang.

#Jenis PermohonanTempoh prosesBorangDiluluskan oleh
Panduan Permohonan

Panduan Permohonan

Permohonan Membawa Masuk Senjata Berjadual Di Bawah Akta Bahan Kakisan, Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958.
  1. Pemohon dikehendaki membuat permohonan bertulis terus ke Kementerian Dalam Negeri untuk kelulusan.
Permohonan Untuk Mengimport Dan Mengadakan Pertunjukkan Bunga Api Dan "Theatric Pyrotechnic Effects".
  1. Pemohon dikehendaki membuat permohonan bertulis terus ke Kementerian Dalam Negeri untuk kelulusan dasar. Proses selanjutnya berurusan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran.
Pengimportan / Penjualan / Pemilikan Pepper Spray.
  1. Permit membawa masuk hendaklah dibuat terus di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah. Pengimportan, penjualan dan pemilikan memerlukan permit di bawah Akta Senjata 1960.
Permohonan Mengimport Siren-Alarm & Auto Taser Untouchable Car Security.
  1. Borang Pol. 309 dan Pol. 309A boleh diperolehi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
  2. Permohonan kali pertama sertakan: Perakuan Syarikat (Form 9); Gambar siren-alarm; End User (jika berkenaan).
  3. Barang yang ditahan Kastam: isi Pol. 309 dan majukan ke Cawangan Pelesenan Am Bukit Aman.
  4. Siren-Alarm akan diuji oleh Cawangan Komunikasi sebelum diluluskan.
  5. Setelah lulus ujian isi Pol. 309A untuk kelulusan Timbalan Pengarah Pengurusan.

Diluluskan oleh: Timbalan Pengarah Pengurusan (Borang: Pol. 309, Pol. 309A)

Permohonan Lesen Magazin Menyimpan Atau Menyimpan Dan Berniaga Bahan Letupan. (POL. 122A)
  1. Berurusan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah untuk Borang Pol. 122. Kelulusan Kementerian Dalam Negeri. Dokumen:
  2. 3 keping gambar pasport; 3 salinan Kad Pengenalan; 3 salinan Memorandum & Articles Of Association; 3 salinan Sijil Pendaftaran Syarikat; 3 salinan Lembaga Pengarah (Form 49); 3 salinan Lampiran A kepada Pol. 122A; 3 salinan surat kuasa tapak (jika berkaitan); 3 salinan surat kuasa memecah batu; 5 salinan pelan tapak kuari; 5 salinan lukisan magazin disahkan Arkitek.

Diluluskan oleh: Kementerian Dalam Negeri (Borang: Pol. 122, Pol. 122A)

Pertukaran Nama Pelesen Atau Nama Syarikat Magazin. (POL. 122A)
  1. Nama Pelesen: 3 salinan Kad Pengenalan; Memorandum & Articles; Sijil Pendaftaran (Form 9); Lembaga Pengarah (Form 49); Lampiran A kepada Pol. 122A.
  2. Nama Syarikat: Memorandum & Articles; Sijil Pendaftaran (Form 9); Lembaga Pengarah (Form 49); surat kuasa tapak (jika berkaitan); surat kuasa memecah batu.

Diluluskan oleh: Kementerian Dalam Negeri (Borang: Pol. 122, Pol. 122A)

Penambahan / Pengurangan Stok Simpanan Bahan Letupan Dalam Magazin. (POL. 112A)
  1. Dokumen: 1 salinan surat kelulusan Kementerian Dalam Negeri; 1 salinan Lesen (Pol. 122).

Diluluskan oleh: Kementerian Dalam Negeri (Borang: Pol. 122)

Pembatalan Lesen Magazin. (POL. 122A)
  1. Buat surat pembatalan ke Ibu Pejabat Polis Daerah beserta sesalinan lesen (Pol. 122). Kelulusan di peringkat Kementerian Dalam Negeri.

Diluluskan oleh: Kementerian Dalam Negeri (Borang: Pol. 122)

Pembaharuan Lesen Magazin. (POL. 122A)
  1. Mohon ke Ibu Pejabat Polis Daerah beserta sesalinan Lesen (Pol. 122). Borang Pol. 122A boleh didapati di IPD berhampiran. Kelulusan di peringkat Kontinjen.

Diluluskan oleh: Kontinjen (Borang: Pol. 122A)

Lesen Mengimport Bahan Letupan / 'Air Bag' (CKD). (POL. 122B & POL. 126)
  1. Berurusan dengan IPD untuk Borang Pol. 122B. Kelulusan Ketua Polis. Dokumen: Borang Pol. 126 (bawa masuk / keluar / bawa bahan letupan).

Diluluskan oleh: Ketua Polis (Borang: Pol. 122B, Pol. 126)

Mengimport 'Air Bag' (CBU). (POL. 122B & POL. 126)
  1. Dokumen: 1 salinan Kad Pengenalan; Memorandum & Articles; Sijil Pendaftaran (Form 9); Lembaga Pengarah (Form 49); Penyata Bank 3 bulan; Cukai Pendapatan 3 tahun; broucher Air Bag; pelan bangunan; hak milik tanah.

Diluluskan oleh: Kementerian Dalam Negeri (Borang: Pol. 122B, Pol. 126)

Lesen Mengimport Bunga Api & Pertunjukan TPE. (POL. 122C & POL. 126)
  1. Dokumen: Kad Pengenalan pemohon dan Pembedil; Sijil Pakar Pembedil Pyrotechnic; Sijil Insurans; Sijil Pendaftaran Syarikat (Form 9); Lembaga Pengarah (Form 49); surat End User.

Diluluskan oleh: Kementerian Dalam Negeri (Borang: Pol. 122C, Pol. 126)

Permit Baju Kalis Peluru (Import / Beli / Pakai / Miliki). (POL. 280)
  1. Dokumen: Kad Pengenalan; gambar pasport; Sijil Pendaftaran (Form 9); gambar contoh beserta risalah; surat end user; Memorandum & Articles (untuk mengilang). Kelulusan Ketua Polis Negara.

Diluluskan oleh: Ketua Polis Negara (Borang: Pol. 280)

Permit Mengilang Baju Kalis Peluru. (POL. 280)
  1. Dokumen seperti permit vest, termasuk Memorandum & Articles of Associations untuk permohonan mengilang.

Diluluskan oleh: Ketua Polis Negara (Borang: Pol. 280)

Lesen Pungutan Satu Negeri. (POL. 162)
  1. Dokumen: Senarai AJK dan pemungut; Sijil Pertubuhan (Form 9); contoh kad derma, lencana dan resit; surat sokongan Kementerian. Syarat: Semenanjung sahaja; pemungut 16 tahun ke atas; tanpa orang perantaraan atau kekerasan; lencana dan surat kebenaran wajib dipamer; resit untuk semua kutipan; penyata audit dalam 3 bulan.

Diluluskan oleh: Ketua Polis (Borang: Pol. 162)

Lesen Pungutan Lebih Satu Negeri. (POL. 162)
  1. Dokumen seperti pungutan satu negeri. Kelulusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Diluluskan oleh: Bukit Aman (Borang: Pol. 162)

Permit Berniaga Peralatan & Pakaian Seragam Polis. (POL. 308)
  1. Dokumen: 3 gambar pasport; Kad Pengenalan; Sijil Pendaftaran Syarikat (Form 9); caruman KWSP; Penyata Bank; Cukai Pendapatan.

Diluluskan oleh: Ketua Polis (Borang: Pol. 308)

Lesen Peniaga Sekendhend. (POL. 292)
  1. Dokumen: Kad Pengenalan; 4 gambar; Memorandum & Articles; Sijil Pendaftaran (Form 9); Lembaga Pengarah (Form 49); Form 24; caruman KWSP; Penyata Bank; Cukai Pendapatan.

Diluluskan oleh: Ketua Polis (Borang: Pol. 292)

Pembaharuan Permit & Lesen (Vest / Seragam / Sekendhend).
  1. Sekendhend: Borang Pol. 122A; lesen diluluskan; Sijil Pendaftaran (Form 9); Lesen Premis.
  2. Seragam Polis: Borang Pol. 122A; lesen diluluskan; Sijil Pendaftaran (Form 9); Lesen Premis.
  3. Vest: Borang Pol. 280A; permit diluluskan.

Diluluskan oleh: (Borang: Pol. 122A, Pol. 280A)

Lesen Perarakan, Perhimpunan & Tarian Singa. (POL. 310 / POL. 312)
  1. Perjumpaan/mesyuarat/perarakan: Borang Pol. 310; senarai penceramah (nama, alamat, telefon, KP, jawatan); surat kebenaran tempat; fotostat KP pengerusi, setiausaha, bendahari.
  2. Tarian Singa: Borang Pol. 312; senarai tempat; senarai peserta (KP, umur, alamat); senarai VIP; contoh risalah; lesen derma (jika ada). Kelulusan Ketua Polis Daerah.

Diluluskan oleh: Ketua Polis Daerah (Borang: Pol. 310, Pol. 312)

Aliran Kelulusan

Aliran Kelulusan

1
Dapatkan Borang
IPD Berhampiran
Dapatkan borang Pol. yang berkaitan di Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran.
2
Hantar Permohonan
IPD Berhampiran
Hantar borang lengkap beserta dokumen sokongan seperti dalam panduan.
3
Kelulusan
Mengikut Jenis
Diluluskan oleh KPD, Kontinjen, Bukit Aman, KPN atau KDN mengikut jenis permohonan dan tempoh piagam.
Borang

Borang

Muat turun borang yang dinamakan dalam panduan sebelum ke IPD.

Pol. 122

Borang Permohonan Lesen Magazin

Dapatkan di IPD
Pol. 122A

Borang Permohonan / Pembaharuan Berkaitan Magazin

Muat turun
Pol. 122B

Borang Permohonan Import Bahan Letupan / Air Bag

Muat turun
Pol. 126

Borang Lesen Bawa Masuk / Keluar Bahan Letupan

Dapatkan di IPD
Pol. 162

Borang Permohonan Lesen Pungutan Derma

Muat turun
Pol. 280

Borang Permit Baju Kalis Peluru

Dapatkan di IPD
Pol. 280A

Borang Pembaharuan Permit Baju Kalis Peluru

Dapatkan di IPD
Pol. 292

Borang Lesen Peniaga Sekendhend

Muat turun
Pol. 308

Borang Permit Seragam Polis

Muat turun
Pol. 309

Borang Import Siren-Alarm

Muat turun
Pol. 309A

Borang Kelulusan Import Siren-Alarm

Muat turun
Pol. 310

Borang Perarakan / Perhimpunan

Muat turun
Pol. 312

Borang Tarian Singa

Muat turun
Soalan Lazim

Soalan Lazim

Di mana saya boleh dapatkan borang permohonan?

Borang boleh didapati di Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran. Senarai nombor borang bagi setiap jenis ada di pusat borang di bawah.

Berapa lama tempoh kelulusan?

Setiap jenis permohonan mempunyai tempoh piagam tersendiri, dari 7 hingga 72 hari. Semak lencana tempoh pada setiap jenis di atas.

Siapa yang meluluskan permohonan saya?

Bergantung kepada jenis: Ketua Polis Daerah, Kontinjen, Bukit Aman, Ketua Polis Negara atau Kementerian Dalam Negeri. Setiap panduan menyatakan pihak pelulus.

Bagaimana pembaharuan lesen dibuat?

Kemukakan permohonan pembaharuan beserta lesen yang telah diluluskan dan dokumen sokongan seperti dalam panduan berkenaan.