Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Pelesenan

Pelesenan Senjata Api

Perkhidmatan profesional dan berintegriti: permohonan, kelulusan dan pembaharuan lesen senjata api untuk individu, syarikat dan kelab.

Apakah permohonan senjata api anda?

Jawab dua soalan pantas atau cari dalam senarai penuh.

Tiada jenis sepadan. Kurangkan kata kunci atau layari senarai penuh di bawah.

Jenis Permohonan

Pelesenan Senjata Api

Setiap jenis beserta tempoh proses. Klik baris untuk dokumen dan borang.

#Jenis PermohonanTempoh prosesBorangDiluluskan oleh
Panduan Permohonan

Panduan Permohonan

Aliran Permohonan Lesen Senjata Api
  1. Kemukakan borang berkaitan ke Cawangan Pelesenan IPD tempat tinggal.
  2. Borang disokong Ketua Polis Daerah dan dimajukan ke IPK untuk sokongan Ketua Polis Negeri.
  3. Dimajukan ke Bukit Aman untuk kelulusan Ketua Polis Negara.
  4. Surat pemberitahuan dikeluarkan kepada pemohon.

Diluluskan oleh: Ketua Polis Negara (Borang: POL 128, PIL 125)

Rayuan Permohonan
  1. Rayuan kepada Menteri Dalam Negeri boleh dikemukakan dalam masa 1 bulan dari tarikh surat bagi permohonan yang tidak diluluskan.

Diluluskan oleh: Menteri Dalam Negeri

Aliran Kelulusan

Aliran Kelulusan

1
Permohonan
IPD (Daerah)
Hantar borang POL 128 / PIL 125 beserta dokumen sokongan yang disahkan.
2
Sokongan
IPK (Kontinjen)
Disokong Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Negeri.
3
Kelulusan
Bukit Aman
Keputusan oleh Ketua Polis Negara.
4
Makluman
Pemohon
Surat pemberitahuan dikeluarkan. Rayuan dalam 1 bulan jika tidak lulus.
Borang

Borang

Muat turun borang yang dinamakan dalam panduan sebelum ke IPD.

POL 128

Borang Permohonan Lesen Senjata Api

Muat turun
PIL 125

Borang Berkaitan Senjata Api

Muat turun
Soalan Lazim

Soalan Lazim

Bagaimana cara untuk memohon lesen senjata api?

Dapatkan borang POL 128 / PIL 125 dari www.rmp.gov.my atau Cawangan Pelesenan IPD. Hantar borang lengkap beserta dokumen sokongan yang disahkan ke Cawangan Pelesenan IPD.

Apakah syarat-syarat permohonan?

Berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia; sihat mental dan fizikal; tiada kecacatan yang menjejaskan pengendalian senjata api; tiada kesalahan jenayah.

Senjata apa yang memerlukan lesen?

Semua jenis senjata api termasuk senjata api tiruan.

Siapa yang meluluskan?

Ketua Polis Negara atau Ketua Polis Negeri.

Berapa bayaran dan tempoh?

Tiada bayaran dikenakan. Tempoh 180 hari bekerja dengan dokumen lengkap termasuk laporan agensi berkaitan.