Artikel
Yayasan Pengaman Sokong Tindakan Polis Terhadap Anggota Pps
Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) menyifatkan tindakan polis menahan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang adalah tepat dan bersesuaian dengan...
Shah Alam, 2 Sept - Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) menyifatkan tindakan polis menahan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang adalah tepat dan bersesuaian dengan semangat mengekalkan ketenteraman awam.
Pengerusinya, Tan Sri Norian Mai berkata penahanan seramai 156 anggota PPS harus diterima masyarakat sebagai satu langkah yang wajar menjaga keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang serta menjamin keharmonian masyarakat.
"Peristiwa ini (penahanan anggota PPS) seharusnya menjadi satu iktibar kepada mana-mana pihak untuk meneliti peruntukan undang-undang yang berkaitan sebelum melaksanakan sesuatu yang melibatkan kepentingan orang ramai," kata Norian, yang juga bekas Ketua Polis Negara, dalam satu kenyataan hari ini.
Ahad lepas, polis menahan anggota PPS itu termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas pasukan itu didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung PPS yang ditubuh kerajaan negeri Pulau Pinang adalah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer. – BERNAMA