Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Wira Polis Diraja Malaysia Diraikan Oleh Ydh Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 10 Jun 2014 5.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pingat emas ini juga adalah pingat yang keenam dalam koleksi ASP Bibiana sejak penyertaannya di temasya Sukan Komanwel..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wira-polis-diraja-malaysia-diraikan-oleh-ydh-ketua-polis-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT

Bukit Aman - 20 Oktober 2010. Seramai sembilan atlet dari PDRM yang mewakili negara di dalam 3 acara yang dipertandingkan iaitu, sukan menembak, sukan lawn bowls dan sukan lumba basikal dan berjaya meraih 1 pingat emas, 1 gangsa dalam acara menembak dan 1 gangsa dalam acara lawn bowls, telah diraikan oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di Bukit Aman pada pagi ini.

Pingat emas dan gangsa dalam acara menembak diraih daripada ASP Bibiana Ng Pei Chin dan Konst/S Khairul Anuar bin Abd Kadir pula meraih pingat gangsa dalam acara lawn bowls (beregu lelaki).

Bidikan tepat ASP Bibiana Ng Pei Chin dalam acara 10m Air Pistol Perseorangan Wanita,  dengan kutipan 481.9 mata telah memberikan pingat emas kepadanya, menewaskan penembak dari India dan juga penembak bertaraf Olimpik dari Australia yang meraih pingat gangsa. Dalam acara 25m Pistol Individu Wanita, ASP Bibiana berjaya mengumpul 778.2 mata untuk pingat gangsa, di mana penguasaan penembak India tidak dapat dinafikan apabila mereka meraih pingat emas dan perak.

Pingat emas ini juga adalah pingat yang keenam dalam koleksi ASP Bibiana sejak penyertaannya di temasya Sukan Komanwel selepas memenangi pingat perak dan gangsa di Kuala Lumpur pada tahun 1998, dan pingat perak, masing - masing pada Sukan Komanwel di Manchester 2002, dan di Melbourne pada tahun 2006.

Majlis  meraikan kejayaan wira-wira Polis Diraja Malaysia di temasya Sukan Komanwel New Delhi 2010 oleh YDH Ketua Polis Negara ini juga turut dihadiri oleh YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan PERKEP Malaysia.

Kontinjen Harimau Malaysia telah berjaya membawa pulang 12 pingat emas, 10 pingat perak dan 13 pingat gangsa, pungutan terbaik dalam sejarah Sukan Komanwel. Pungutan pingat ini membolehkan Kontinjen Harimau Malaysia menduduki tempat ke-7 dalam pungutan pingat keseluruhan daripada lebih 70 buah Negara Komanwel yang mengambil bahagian dan 12 pingat emas itu membolehkan Malaysia melepasi sasaran yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara.

"Dengan segala kemudahan dan kebajikan seperti kelepasan penugasan bagi menghadiri latihan dan pertandingan sama ada di dalam atau luar negara, diharap para atlet PDRM dapat memberikan fokus  sepenuhnya semasa latihan atau semasa menyertai pertandingan".

"Kejayaan atlet PDRM ini diharap menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada para atlet-atlet PDRM yang lain untuk bersaing dan memberikan persembahan terbaik, seterusnya dipilih mewakili negara dan dapat menyumbangkan kejayaan yang bermakna untuk Malaysia dan PDRM", kata YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Dimajlis ini juga, YDH Ketua Polis Negara menyampaikan sumbangan 'Mock Cheque' dan Surat Penghargaan kepada atlet-atlet Komanwel PDRM iaitu ASP Bibiana Ng Pei Chin, SM Zainal Abidin bin Md Zain, SM Mohd Hashim bin Desa (Jurulatih), Sjn Syed Mohamad bin Akil, L/Kpl Mohd Hadafi bin Jaafar, L/Kpl Siti Zalina binti Ahmad, Konst/S Azlina binti Arshad, Konst/S Khairul Anuar bin Abd Kadir, Konst/S Mohd Hizlee bin Rais dan Konst/S Amir Mustafa bin Rusli.

Wira Polis Diraja Malaysia Diraikan Oleh Ydh Ketua Polis Negara
Tahniah...ucapan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara kepada ASP Bibiana Ng Pei Chin

Wira Polis Diraja Malaysia Diraikan Oleh Ydh Ketua Polis Negara
Konst/S Khairul Anuar bin Abd Kadir meraih pingat gangsa dalam acara lawn bowls (beregu lelaki)

Wira Polis Diraja Malaysia Diraikan Oleh Ydh Ketua Polis Negara
Barisan atlet Komanwel PDRM bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara dan Pengerusi PERKEP Malaysia

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 5.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM