Artikel
Meraikan Kejayaan Pasukan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm
'Kejayaan yang diraih oleh Pasukan KIK PDRM ini telah membuka mata semua pihak, bahawa PDRM bukan sekadar sebuah agensi yang hanya tahu dan bertanggungawab unt...
Bukit Aman - 20 Oktober 2010. Pada pagi ini, bertempat di Dewan
Threatrette, Menara 1, Bukit Aman, YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji
Omar, Ketua Polis Negara bersama-sama YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM dan
Pegawai-pegawai Kanan serta PERKEP Malaysia, telah meraikan kejayaan
Pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif PDRM yang telah meraih kemenangan
ketika menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) dan
Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri yang berlangsung di
Putrajaya pada 12 hingga 14 Oktober 2010.
Polis Diraja Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyertai 3 kategori yang dipertandingkan iaitu:-
1. Anugerah Inovasi KDN
2. Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif KDN
3. Pertandingan Pameran Inovasi
Anugerah Inovasi KDN bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi yang diperkenalkan oleh agensi-agensi di bawah KDN. PDRM diwakili oleh kumpulan The Mariners dari Pasukan Gerakan Marin Wilayah Utara (1), Pulau PInang dengan ciptaan 'Sistem Penggera Kemasukan Air Bot Ronda Strike Craft.
Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif KDN pula bertujuan untuk memperkenalkan hasil-hasil inovasi dan PDRM diwakili oleh 2 kumpulan iaitu Kumpulan Minda Bernas dari IPD SEpang dengan tajuk 'Kelewatan Pendaftaran Kertas Siasatan Untuk Perbicaraan' bagi kategori Pengurusan dan Kumpulan The Mariners dari PGM Wilayah Utara (1) bagi kategori Teknikal.
Pertandingan Pameran Inovasi ini diadakan pada hari Inovasi KDN, untuk memperkenalkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah agensi-agensi KDN. Dengan berkonsepkan 'Transformasi PDRM', PDRM mempamerkan inovasi siasatan PDRM dari aspek teknologi Biofis, Fotofit dan DNA. Turut dipamerkan ialah motosikal-motosikal cawangan Trafik PDRM yang pernah digunakan seperti jenis BSA, Norton dan AJS serta yang terbaru.
Polis Diraja Malaysia telah berjaya meraih kemenangan dalam ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan iaiatu :-
1. Anugerah Inovasi KDN
Ketiga - The Mariners

Juara - The Mariners
Ketiga - Minda Bernas
3. Pertandingan Pameran Inovasi
Juara - Polis Diraja Malaysia
'Kejayaan yang diraih oleh Pasukan KIK PDRM ini telah membuka mata semua pihak, bahawa PDRM bukan sekadar sebuah agensi yang hanya tahu dan bertanggungawab untuk menguatkuasakan undang-undang negara, tetapi juga mempunyai modal insan yang berfikiran kreatif dan inovatif serta berdaya saing" antara ucapan tahniah oleh YDH Ketua Polis Negara.
Polis Diraja Malaysia telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dan membawa pulang Piala Menteri Dalam Negeri. Syabas dan sekalung tahniah.

Tahniah..YDH Ketua Polis Negara menyampaikan Surat Penghargaan kepada ACP Dr. Mohamed Shah bin Hussin Shah, Pegawai Penyelaras Kumpulan KIK PDRM

P/Supt Mohd Yusoff bin Mamat, Ketua Kumpulan The Mariners dari PGM Wilayah Utara (1), Pulau Pinang

Kumpulan The Mariners bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara serta Komander PGM

DSP Sa'aroni bin Hassan, Ketua Kumpulan Minda Bernas dari IPD Sepang

Kumpulan Minda Bernas bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara, YDH Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) dan Ketua Polis Daerah Sepang.