Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Pemakaian Pangkat Pengarah Pengarah Polis Diraja Malaysia

Diterbitkan: 10 Jun 2014 5.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Barisan kepimpinan tertinggi dalam PDRM ini akan bersama-sama menggembeling tenaga, pengetahuan dan pengalaman dengan satu semangat 'Team Work' yang kuat dan kukuh..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pemakaian-pangkat-pengarah-pengarah-polis-diraja-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:50 MYT

Bukit Aman - 20 Oktober 2010. Pada pagi yang ceria lagi bermakna, tersisip satu lagi catitan sejarah Polis Diraja Malaysia, iaitu Upacara Pemakaian Pangkat sempena perlantikan dan kenaikan pangkat Komisioner Polis (CP) kepada empat orang Pengarah PDRM yang baru secara serentak.

YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Yang DiHormati Dato'-Dato' yang telah dinaikkan pangkat dengan memegang jawatan selaku Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia.

Pengarah-Pengarah yang dilantik ialah YDH CP Dato' Robiah binti Abd Ghani, Ketua Polis Pahang, dilantik sebagai Pengarah Pengurusan menggantikan YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj Bokhari, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pesuruhjaya Polis Sabah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menggantikan YDH CP Dato' Zulhasnan Najib bin Baharudin, YDH CP Dato' Syed Ismail bin Syed Azizan, Ketua Polis Kedah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menggantikan YDH CP Dato' Koh Hong Sun, manakala jawatan Pengarah Jabatan KDN/KA yang dikosongkan setelah YDH DIG Datuk Hussin Bin Hj. Ismail dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara disandang oleh Ketua Polis Selangor, YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, berkuatkuasa pada hari ini.

Dengan gandingan yang sedia ada dengan yang baru, sebagai kepimpinan yang tertinggi dalam PDRM, visi dan misi PDRM akan tercapai dengan lebih mantap dan efektif. Barisan kepimpinan tertinggi dalam PDRM ini akan bersama-sama menggembeling tenaga, pengetahuan dan pengalaman dengan satu semangat 'team work'  yang kuat dan kukuh dalam membawa PDRM kepuncak kecemerlangan, berdiri gagah, dihormati, berintegriti, relevan serta disayangi oleh segenap lapisan rakyat.

YDH Ketua Polis Negara turut menaruh harapan kepada seluruh warga PDRM supaya menghayati dan melaksanakan pendekatan 4P yang telah dilancarkan oleh beliau pada 30 September 2010.

'Winners don't do different things, they do things differently'.

'It's not how good you are, it's how good you want to be'.

'Dont look for the next opportunity, the one you have in hand is the opportunity'.

"Marilah kita bekerja secara 'team work' yang ikhlas, berkesan dan progresif bagi memacu PDRM ke tahap yang lebih cemerlang, kita bina dan bentuk modal insan yang berilmu, berintegriti, berani dan tidak menjadi liabiliti kepada pasukan dan negara'' akhiri ucapan oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara pada pagi ini.

Majlis Pemakaian Pangkat Pengarah Pengarah Polis Diraja Malaysia
Pemakaian pangkat Komisioner Polis (CP) oleh YDH ketua Polis Negara kepada YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA

Majlis Pemakaian Pangkat Pengarah Pengarah Polis Diraja Malaysia
Tahniah...YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pesuruhjaya Polis Sabah yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Majlis Pemakaian Pangkat Pengarah Pengarah Polis Diraja Malaysia
YDH CP Dato' Syed Ismail bin Syed Azizan, Ketua Polis Kedah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Majlis Pemakaian Pangkat Pengarah Pengarah Polis Diraja Malaysia
Pengarah-Pengarah PDRM bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 5.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM