Artikel
Wawancara Igp Bersama Media
Sesi wawancara YDG Ketua Polis Negara bersama wakil-wakil media berlangsung di tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman...
Bukit Aman - 3 Oktober 2010. Satu sesi wawancara telah diadakan oleh YDH
IGP Tan Sri Haji Ismail B. Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama media
di Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman pada jam 10.00 pagi hari ini.
Turut hadir di wawancara tersebut ialah YDH DCP Dato' Mortadza B. Nazarene, Timb. Pengarah Pengurusan (Latihan). Hadir sama ialah YDH ACP Coursesenu bin Ibrahim, PT Urus Setia KPN Pentadbiran dan Superintenden Rasdi bin Ramli, Penguasa Perhubungan Awam.
Antara topik yang dibincangkan dalam wawancara tersebut adalah seperti menaik taraf prestasi PDRM dari segi disiplin, pengetahuan intelektual terutama sekali dalam aspek Teknologi Maklumat, Bahasa Perhubungan dan Agama.
Selain itu peningkatan dari segi perkhidmatan PDRM juga turut di bincangkan, khususnya tindak balas terhadap sesuatu laporan atau siasatan ke atas sesuatu kes, terutama sekali yang berkaitan dengan jenayah. Ini adalah selaras dengan langkah bagi menambah kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap PDRM. Antara langkah-langkah yang telah diambil seperti pendekatan 4P, Facebook dan Pusat Media yang telah dilancarkan oleh PDRM pada baru- baru ini.
YDH Ketua Polis Negara juga menyatakan bahawa prestasi PDRM sekarang adalah memuaskan dan akan terus dipertingkatkan lagi dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan mencapai matlamat yang diperlukan.

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar bersama media semasa wawancara pagi tadi..

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar menerangkan dan menjawab soalan-soalan dari wakil media..

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar sempat beramah mesra bersama wakil media selepas selesai sesi wawancara..

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar bergambar bersama antara yang hadir semasa sesi wawancara pagi ini..