Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Bukit
Aman - 2 Oktober 2010. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik PDRM telah diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman
hari ini dari jam 11.30 pagi hingga 3.00 petang.
Majlis
diserikan dengan kehadiran YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,
Ketua Polis Negara bersama isteri, YBhg Puan Sri Hajah Suriati binti
Mohd. Sobri
Ketibaan
YDH Ketua Polis Negara dan isteri disambut oleh YDH DCP Dato' Othman
bin Harun, pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM.
Turut
hadir di dalam majlis rumah terbuka itu adalah Pegawai-pegawai Kanan
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Kontinjen Kuala Lumpur dan
Selangor, dif-dif jemputan serta anggota polis berserta keluarga
dan wakil-wakil media.
Pelbagai
juadah yang enak telah disediakan dan tetamu yang hadir dihiburkan oleh
Kombo PDRM serta nyanyian dari Pegawai-pegawai Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik.

Penyambut-penyambut tetamu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman

dua
dari kanan...YDH DCP Dato' Othman bin Harun, pemangku Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik PDRM menunggu ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Wakil-wakil media yang turut hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

kanan...YBhg Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia

YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar dan YDH DCP Dato' Othman bin Harun bersama tetamu jemputan

kiri...YDH
SAC Dato' Ismail bin Yatim, Timbalan Pengarah III, Perlucuthakan
Harta/Tahahan/Perundangan JSJN juga turut hadir di Majlis Rumah Terbuka
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

YDH Ketua Polis Negara beramah mesra dengan Kombo PDRM sebelum meninggalkan majlis

Wakil-wakil media sempat menemuramah YDH Ketua Polis Negara sebelum beliau meninggalkan majlis

YDH
IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama YBhg
Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd. Sobri meninggalkan majlis