Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Rumah Terbuka Ydh Timbalan Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 10 Jun 2014 5.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Rumah Terbuka YDH Timbalan Ketua Polis Negara telah diadakan di Dewan Serbaguna, Majlis Perbandaran Shah Alam, Bukit Jelutong,..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rumah-terbuka-ydh-timbalan-ketua-polis-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:38 MYT
Shah Alam - 3 Oktober 2010. Majlis Rumah Terbuka YDH Timbalan Ketua Polis Negara telah diadakan di Dewan Serbaguna, Majlis Perbandaran Shah Alam, Bukit Jelutong, Shah Alam bermula pada jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara bersama isteri, YBhg Datin Nur Habibah binti Hatim dan ahli keluarga telah menyambut tetamu yang hadir pada majlis tersebut.

Tetamu istimewa pada hari ini ialah YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri, YBhg Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd. Sobri yang juga Pengerusi PERKEP Malaysia.

Majlis diserikan dengan kehadiran mantan Ketua Polis Negara, YBhg Tun Mohammed Hanif bin Omar, Ketua Polis Negara Keempat dan YBhg Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd Noor, Ketua Polis Negara Kelima. Tidak ketinggalan juga turut hadir mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Majlis Rumah Terbuka YDH Timbalan Ketua Polis Negara telah dihadiri tetamu dan masyarakat setempat, lebih kurang seribu orang dan juga kehadiran YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, YDH Komandan-komandan serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Beberapa gerai dengan juadah yang enak dari setiap Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam telah didirikan di luar Dewan Serbaguna MPSA dan tetamu juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari Quintet PDRM yang menambahkan lagi cerianya majlis pada hari ini.

Rumah Terbuka Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
tengah...YDH DCP Dato' Leo Chong Cheong, Timbalan Pengarah II Cawangan Khas bersama isteri dan YDH SAC Dato' Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur juga turut hadir.

Rumah Terbuka Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
hadir...YDH SAC Dato' Thaiveegan al/ Arumugum, Timbalan Ketua Polis Selangor dan isteri bersama YDH SAC Dato' Jamshah bin Mustapa, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan) dan isteri.

Rumah Terbuka Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Antara tetamu yang hadir di Majlis Rumah Terbuka YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Rumah Terbuka Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Mantan Timbalan Ketua Polis Negara, YBhg Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz bersama isteri juga turut hadir (dua dari kiri)

Rumah Terbuka Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Ketibaan mantan Ketua Polis Negara, YBhg Tun Mohammed Hanif bin Omar dan isteri disambut oleh YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara bersama isteri

Rumah Terbuka Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara bersama YBhg Tun Mohammed Hanif bin Omar, mantan Ketua Polis Negara keempat.

Rumah Terbuka Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Tetamu dihiburkan oleh Quintet PDRM

Rumah Terbuka Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Enak..Gerai Unit Tindakan Khas

Rumah Terbuka Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
kiri...YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor dan isteri bersama YDH SAC Dato' Azian bin Yahya, Setiausaha Polis Diraja Malaysia dan isteri

Rumah Terbuka Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
YBhg Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia disambut oleh YBhg Datin Nur Habibah binti Hatim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia 

Rumah Terbuka Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
 tengah...YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Rumah Terbuka Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
kanan... YBhg Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd Noor, mantan Ketua Polis Negara Kelima

Rumah Terbuka Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan isteri bergambar kenangan bersama tetamu yanag diraikan

Rumah Terbuka Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar bersama mantan Ketua Polis Negara dan mantan Pengarah Cawangan Khas.

Rumah Terbuka Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Ada yang melucukan dan mencuit hati YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara ketika berbual mesra bersama tetamu yang diraikan

Rumah Terbuka Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara bersama isteri, YBhg Datin Nur Habibah binti Hatim bergambar kenangan bersama ahli keluarga
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 5.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM