Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wawancara Igp Bersama Media

Published: 10 Jun 2014 5.23 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sesi wawancara YDG Ketua Polis Negara bersama wakil-wakil media berlangsung di tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wawancara-igp-bersama-media
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:10 MYT
Bukit Aman - 3 Oktober 2010. Satu sesi wawancara telah diadakan oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail B. Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama media di Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman pada jam 10.00 pagi hari ini. 

Turut hadir di wawancara tersebut ialah YDH DCP Dato' Mortadza B. Nazarene, Timb. Pengarah Pengurusan (Latihan). Hadir sama ialah YDH ACP Coursesenu bin Ibrahim, PT Urus Setia KPN Pentadbiran dan Superintenden Rasdi bin Ramli, Penguasa Perhubungan Awam.

Antara topik yang dibincangkan dalam wawancara tersebut adalah seperti menaik taraf prestasi PDRM dari segi disiplin, pengetahuan intelektual terutama sekali dalam aspek Teknologi Maklumat, Bahasa Perhubungan dan Agama.

Selain itu peningkatan dari segi perkhidmatan PDRM juga turut di bincangkan, khususnya tindak balas terhadap sesuatu laporan atau siasatan ke atas sesuatu kes, terutama sekali yang berkaitan dengan jenayah. Ini adalah selaras dengan langkah bagi menambah kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap PDRM.  Antara langkah-langkah yang telah diambil seperti pendekatan 4P, Facebook dan Pusat Media yang telah dilancarkan oleh PDRM pada baru- baru ini.

YDH Ketua Polis Negara juga menyatakan bahawa prestasi PDRM sekarang adalah memuaskan dan akan terus dipertingkatkan lagi dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan mencapai matlamat yang diperlukan.

Wawancara Igp Bersama Media
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar bersama media semasa wawancara pagi tadi..

Wawancara Igp Bersama Media
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar menerangkan dan menjawab soalan-soalan dari wakil media..

Wawancara Igp Bersama Media
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar sempat beramah mesra bersama wakil media selepas selesai sesi wawancara..

Wawancara Igp Bersama Media
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar bergambar bersama antara yang hadir semasa sesi wawancara pagi ini..
ArticlePublished 10 Jun 2014 5.23 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM