Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Warga Pdrm Digalakkan Untuk Melanjutkan Pengajian Sehingga Ke Peringkat Tertinggi

Published: 08 Mar 2016 7.39 AM Updated: 15 Aug 2026 7.32 PM
Kuala Lumpur, 8 Mac- Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus digalakkan untuk meningkatkan pengetahuan melalui pendidikan jarak jauh di peringkat universiti. Usaha itu diperlihatkan melalui Majlis Menandatangi Memorendum Persefahaman (MoU) di antara PDRM, Kolej Universiti Koperasi Polis (UNIKOP) dan Open University Malaysia (OUM) yang berlangsung di Kampus Induk Open University Malaysia (OUM), di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-pdrm-digalakkan-untuk-melanjutkan-pengajian-sehingga-ke-peringkat-tertinggi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:19 MYT

Oleh : Cik Tansila binti Sulaimi (Pelajar Prektikal)
Penyunting : Insp. Abd Rahim Siru & Kpl Edwind
Foto : L/Kpl Muhammad Rafsamjani Ismail


Kuala Lumpur, 8 Mac- Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus digalakkan untuk meningkatkan pengetahuan melalui pendidikan jarak jauh di peringkat universiti. Usaha itu diperlihatkan melalui Majlis Menandatangi Memorendum Persefahaman (MoU) di antara PDRM, Kolej Universiti Koperasi Polis (UNIKOP) dan Open University Malaysia (OUM) yang berlangsung di Kampus Induk Open University Malaysia (OUM), di sini, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang hadir di dalam majlis menandatangani MOU yang memberi peluang dan kemudahan kepada seluruh warga PDRM untuk menyambung belajar itu turut berharap agar usahasama di antara OUM dan Kolej Unikop melahirkan graduan-graduan PDRM dapat dirancakkan lagi agar ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat digunakan sepenuhnya dalam berdepan dengan taraf negara maju serta trend jenayah moden yang berleluasa kini.

"Usaha sebegini amatlah diperlukan bagi mewujudkan masyarakat yang bersepadu, bertanggungjawab serta berkemampuan memakmurkan negara terutamanya bagi warga PDRM dalam menghadapi tugas yang semakin mencabar, sekali gus dapat memberi nilai tambah dalam perkhidmatan kelas pertama yang diberikan kepada masyarakat," ujar beliau dalam ucaptama sempena majlis tersebut.

Tambah Tan Sri Khalid, warga PDRM disarankan untuk terus mengikuti peredaraan zaman di bidang pengajian tinggi khususnya di bidang teknology (IT) agar dapat memperkukuh lagi pengetahuan dalam menangani pelbagai bentuk jenayah global seperti jenayah siber dan jenayah pencurian mesin ATM yang semakin menjadi-jadi pada masa kini. 

Turut hadir memeriahkan majlis pada hari ini, Presiden merangkap Naib Canselor OUM, Professor Datuk Dr Mansor Fadzil, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, Dato’ Tajudin Md Isa, Pengerusi Eksekutif Kop Mantap Berhad, Datuk Mohd Nazar Samad, serta Pegawai-pegawai kanan PDRM dan Kolej UNIKOP.

Warga Pdrm Digalakkan Untuk Melanjutkan Pengajian Sehingga Ke Peringkat Tertinggi
penyampaian memorandum OUM dan UINIKOP

Warga Pdrm Digalakkan Untuk Melanjutkan Pengajian Sehingga Ke Peringkat Tertinggi
sesi menandatangani memorandum MOU antara OUM dan UNIKOP

Warga Pdrm Digalakkan Untuk Melanjutkan Pengajian Sehingga Ke Peringkat Tertinggi
Sekitar majlis berlangsung..

Warga Pdrm Digalakkan Untuk Melanjutkan Pengajian Sehingga Ke Peringkat Tertinggi
Ucapan Professor Datuk Dr Mansor Fadzil

Warga Pdrm Digalakkan Untuk Melanjutkan Pengajian Sehingga Ke Peringkat Tertinggi
Ucapan Ketua Polis Negara. Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar..

Warga Pdrm Digalakkan Untuk Melanjutkan Pengajian Sehingga Ke Peringkat Tertinggi
Antara barisan pemimpin tertinggi PDRM yang turut hadir..



ArticlePublished 08 Mar 2016 7.39 AMUpdated 15 Aug 2026 7.32 PM