Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dadah Polis Gagalkan Cubaan Sindiket Dadah Bernilai Rm2 Juta

Diterbitkan: 08 Mar 2016 8.56 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.32 PM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Hj. Mohd. Shariff dalam sidang medianya sebentar tadi berkata, dalam kesemua operasi yang dijalankan itu pihak polis telah berjaya menyita barang rampasan yang bernilai lebih kurang RM 2 juta yang digunakan oleh sindiket-sindiket terbabit untuk memproses dadah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-polis-gagalkan-cubaan-sindiket-dadah-bernilai-rm2-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:41 MYT

Oleh : Cik Tansila binti Sulaimi (Pelajar Prektikal)
Penyunting : Insp. Abd Rahim Siru
Foto : Kpl Edwind Indo

Bukit Aman, 8 Mac– Dadah merupakan musuh utama yang boleh membawa kepada kehancuran sesebuah negara, selaras dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengisytiharkan tahun 2016 sebagai  tahun memerangi ancaman dadah secara besar-besaran maka Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pasukan Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Bukit Aman telah berjaya melakukan tiga buah serbuan secara serentak dalam tempoh dua puluh empat jam di negeri Pahang dan Kedah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Hj. Mohd. Shariff dalam sidang medianya sebentar tadi berkata, dalam kesemua operasi yang dijalankan itu pihak polis telah berjaya menyita barang rampasan yang bernilai lebih kurang RM 2 juta yang digunakan oleh sindiket-sindiket terbabit untuk memproses dadah.

“Seramai 18 individu yang terdiri daripada warga tempatan termasuk seorang warganegara Thailand yang berusia di antara 20 sehingga 41 tahun di tahan bagi tujuan membantu siasatan,” ujar beliau.

Turut dipertontonkan dalam sidang media tersebut adalah barang-barang rampasan seperti 4.4 kilogram ketulan dadah jenis heroin, 3,612 biji pil ekstasi, 2.1 kilogram dadah jenis syabu, 247.1 kilogram ketulan mampat daun ganja dan sejumlah bahan kimia serta peralatan yang digunakan oleh sindiket untuk memproses dadah.

Kesemua tangkapan kini direman dibawah seksyen 39 (B) Akta dadah berbahaya 1952 untuk membantu siasatan lanjut. 

_MG_4836
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Hj. Mohd. Shariff menunjukkan ketulan mampat daun ganja yang dirampas baru-baru ini

ArtikelDiterbitkan 08 Mar 2016 8.56 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.32 PM