Kuala Lumpur, 8 Mac – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) hari ini menerima kunjungan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar yang hadir membuat lawatan kerja ke jabatan tersebut di aras 34, Menara 238, dekat sini, pagi tadi.
Pengarah JSJK, Dato' Sri Mortadza Nazarene telah memberikan taklimat dan penerangan kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai kejayaan kes-kes jenayah komersil dan perkembangan beberapa siri operasi dan perancagan jabatan yang sedang dan akan dijalankan dalam tahun 2016.
Dalam taklimat tersebut juga, Dato' Sri Mortadza menzahirkan keazaman untuk memacu JSJK ke arah komitmen, ketaatan dan kesetiaan yang yang lebih tinggi kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tan Sri Khalid Abu Bakar kelihatan begitu berbangga dan berpuas hati terhadap pencapaian kejayaan yang dihasilkan oleh jabatan itu dalam menyelesaikan kes-kes jenayah kolar putih.
Dikesempatan itu juga, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut melancarkan Commercial Crime Intelligence System (CCIS) yang telah dibangunkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Siber & Multimedia (JSM).
Sistem ini berupaya untuk merekod dan menyimpan semua peringkat maklumat risikan kes jenayah komersil secara berindeks dan berpusat dan boleh diakses di semua peringkat Balai, Daerah, Kontinjen dan Bukit Aman.
Hadir sama pada majlis tersebut, Timbalan Pengarah JSJK, Datuk Wira Hj. Hamza Taib, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (SUPM), Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dan warga JSJK.
Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama Dato' Sri Mortadza Nazarene dan Datuk Wira Hj. Hamza Taib.
Antara yang hadir.
Dato' Sri Mortadza ketika menyampaikan taklimat.
Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika menyampaikan ucapan.
Pelancaran Commercial Crime Intelligence System (CCIS).
Dato' Sri Mortadza menyampaikan cenderahati kepada Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.
Gambar kenangan.