Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Warga Pdrm Cemerlang Terima Penghargaan

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Atas nilai kualiti dan integriti yang telah ditunjukkan, satu majlis penyampaian sijil penghargaan Ketua Polis Negara telah diadakan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia Chera..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-pdrm-cemerlang-terima-penghargaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:57 MYT

Cheras, 18 Mei 2012 - Atas nilai kualiti dan integriti yang telah ditunjukkan, satu majlis penyampaian sijil penghargaan Ketua Polis Negara telah diadakan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras pada hari ini kepada beberapa warga PDRM berpangkat Inspektor dan empat anggota dari Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Kelang di atas kejayaan mereka yang menangkap 9 orang suspek dan merampas sebuah kapal tangki dengan muatan minyak diesel dan dianggarkan nilai rampasan RM 1.4 juta di Jeti Awal Idaman Pulau Indah, Pelabuhan Kelang pada 4 April 2012 yang lalu.

"Tahniah dan syabas atas kenaikkan pangkat serta pegawai dan anggota-anggota yang menerima sijil penghargaan Ketua Polis Negara kerana usaha dan kerjasama sepasukan seperti inilah yang membuktikan PDRM berwibawa," ucap YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA yang menyampaikan amanat mewakili YDH Ketua Polis Negara.

Majlis pada hari ini turut menyaksikan acara pemakaian pangkat kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA).

Pemakaian pangkat dari DSP ke Supt. telah diterima oleh G/10740 Zulkafli bin Sariaat dan pangkat ASP ke DSP ialah G/12473 Mohd Afif bin Haji Yaakob, G/12416 Zulkifli bin MAhmood dan G/11910 Ibrahim bin Mohd Abd. Kadir.

Aturcara majlis pemakaian pangkat dan penyampaian sijil penghargaan Ketua Polis Negara kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari Jabatan KDN/KA pada hari ini disempurnakan oleh YDH Pengarah Jabatan KDN/KA.

Warga Pdrm Cemerlang Terima Penghargaan
Ketibaan YDH Pengarah KDN/KA.
Warga Pdrm Cemerlang Terima Penghargaan
Warga Pdrm Cemerlang Terima Penghargaan
YDH Pengarah KDAN/KA memakai pangkat kepada SUPT G/10740 Zulkafli bin Sariaat.
Warga Pdrm Cemerlang Terima Penghargaan
YDH Pengarah KDAN/KA memakai pangkat kepada DSP G/12473 Mohd Afif bin Haji Yaakob.
Warga Pdrm Cemerlang Terima Penghargaan
YDH Pengarah KDAN/KA memakai pangkat kepada DSP G/12416 Zulkifli bin Mahmood.
Warga Pdrm Cemerlang Terima Penghargaan
YDH Pengarah KDAN/KA memakai pangkat kepada DSP G/11910 Ibrahim bin Mohd Kadir.
Warga Pdrm Cemerlang Terima Penghargaan
YDH Pengarah KDAN/KA menyampaikan sijil penghargaan Ketua Polis Negara.
Warga Pdrm Cemerlang Terima Penghargaan
Ucapan amanat YDH Pengarah KDAN/KA.
Warga Pdrm Cemerlang Terima Penghargaan
Warga Pdrm Cemerlang Terima Penghargaan
Antara pegawai-pegawai dan anggota-anggota yang hadir.

Wartawan & Jurugambar - KPL Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM