Cheras, 17 Mei - Berobjektifkan pemantapan ilmu kekeluargaan dari aspek halal selaras dengan keperluan semasa, satu seminar - 'Ibu Unggul, Keluarga Bahagia' telah diadakan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Cheras pada hari ini.
Seminar
anjuran bersama Biro Pendidikan PERKEP Malaysia, BAKA PDRM dan Pusat
Punggutan Zakat (PPZ) Wilayah ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh
Y.Bhg Datin Sri Imran bte Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.
Seminar
bermula seawal 9 pagi ini telah menampilkan penceramah-penceramah
jemputan yang banyak memberikan input dan pengetahuan berkenaan istitusi
kekeluargaan dan banyak menumpukan peranan wanita sebagai ibu dan
isteri dalam konsep keluarga Islam.
Seminar
ini berfungsi dalam memberikan pendedahan dan rawatan keluarga
berhubung masalah penyakit mistik dan turut menjelaskan hak dan peranan
dalam perkahwinan.
Ia membantu dalam membudayakan Al-Quran, Al Hadis, Zikir dan Fikir dalam sesebuah institusi keluarga.

Sesi pendaftaran...

Jualan Kek anjuran PERKEP...

Jemputan-jemputan khas..

Jemputan-jemputan khas..

Antara yang hadir mengikuti seminar pada hari ini..

Ucapan perasmian daripada Y.Bhg Datin Sri Imran bte Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia..

Ceramah I daripada Ustaz Mohd Asri bin Mohd Azmi dari Maktab PDRM bertajuk, 'Halalan Toyyiban'.

Ceramah II daripada Pegawai Zakat PPZ - 'Zakat'.