Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Raja Perlis Anugerah Spmp Kepada Tan Sri Hj Ismail

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara, dianugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP), oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku S..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/raja-perlis-anugerah-spmp-kepada-tan-sri-hj-ismail
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:22 MYT

Arau, 17 Mei 2012 - Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara, dianugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP), oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 69, di Balairong Seri, istana Arau, Perlis.

Berangkat sama ke Istiadat itu, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah, Raja Puan Muda Perlis serta Dato' Seri Md. Isa Sabu, Menteri Besar Perlis.

Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) dizahirkan pada 21 September 1965. Darjah tersebut mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Penerima kurnia bagi Darjah ini membawa gelaran Dato' Seri.

Pada istiadat sama ACP Zainuddin Ahmad dikurniakan Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP) dan Supt. Che Man Md. Dros, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Perlis dianugerahkan Darjah Seri Sirajuddin Perlis (SSP).

Turut diadakan Majlis Santapan Negeri yang diadakan di Istana, Arau, Perlis, dengan tema 'Raja Berdaulat, Perlembagaan Dijunjung, Sejahtera Rakyat, Negeri Disanjung'.

Bersama-sama hadir ialah Dato' Hj. Ghazali Hj. Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) dan SAC Zull Aznam Haron, Ketua Polis Perlis.

Gambar Sekitar Majlis

Teks & Foto : S/Insp. Megat Nizar

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM