Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Warga Jabatan Pengurusan Disaran Terus Perkasa Dasar Pdrm Pengarah Pengurusan

Published: 18 Jul 2018 12.28 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Jabatan Pengurusan PDRM merupakan nadi dan tunjang kepada kecemerlangan pasukan kerana perkhidmatan kepada masyarakat adalah tenaga manusia dan secara idealnya adalah bertepatan sekiranya PDRM dapat menempatkan pegawai polis bersesuaian dengan jawatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-jabatan-pengurusan-disaran-terus-perkasa-dasar-pdrm-pengarah-pengurusan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:37 MYT

Cheras, 18 Julai 2018 – Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melakar beberapa siri kejayaan besar yang boleh dinilai melalui aktiviti-aktiviti di bawah Indeks Prestasi Utama (KPI) dan Pelan Strategik PDRM 2015-2020.

Perkara tersebut dizahirkan sendiri oleh Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab dalam ucapannya di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Jabatan Pengurusan PDRM merupakan nadi dan tunjang kepada kecemerlangan pasukan kerana perkhidmatan kepada masyarakat adalah tenaga manusia dan secara idealnya adalah bertepatan sekiranya PDRM dapat menempatkan pegawai polis bersesuaian dengan jawatan.

Tambah beliau, Jabatan Pengurusan telah menganjurkan pelbagai aktiviti berskala besar seperti PDRM Night Run di mana ianya berjaya mengharumkan nama pasukan dan sekaligus mendapatkan dana untuk Tabung Majlis Sukan PDRM.

“Ini adalah suatu pencapaian yang memberangsangkan dan saya amat berpuas hati di atas pencapaian ini kerana ia juga mencerminkan sokongan padu warga kerja Jabatan Pengurusan kepada saya sebagai Pengarah Pengurusan dan pucuk pimpinan PDRM iaitu Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara secara amnya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan Ketua Polis Negara telah bersetuju untuk melaksanakan eksesais kenaikan pangkat pada tahun ini di mana kenaikan pangkat secara 'time based' berasaskan kecemerlangan bagi pegawai polis kumpulan pelaksana selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2017 akan dilaksanakan dan PDRM telah diberi kebenaran untuk melaksanakan kaedah kenaikan pangkat ini berdasarkan acuan pasukan dan akan mengeluarkan arahan pelaksanaan tersendiri.

Ucapan ini merupakan ucapan terakhir Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab yang akan bersara wajib pada 22 Julai 2018 setelah selama hampir 39 tahun dalam pasukan.

Perhimpunan pada hari ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Dato’ Narenasegaran Thangaveloo, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Perhimpunan Khas Jabatan Pengurusan, Dato’ Mohd Roze bin Shaari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan / Perjawatan), Dato’ Zainal bin Abu, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Dato’ Yong Lei Choo, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Dato’ Zaini Jass, Ketua-ketua Penolong Pengarah, Ketua-ketua Jabatan Pengurusan, Pegawai-pegawai Kanan dan warga Jabatan Pengurusan PDRM.

37
Sesi bacaan lafaz ikrar.

2
Sesi bergambar kenangan bersama Pengarah Pengurusan PDRM.

3
Sesi bergambar kenangan bersama Pengarah Pengurusan PDRM.

11
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Pengarah Pengurusan.

32
Ucapan daripada Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Perhimpunan Khas Jabatan Pengurusan, Dato’ Mohd Roze bin Shaari.

33
Ucapan daripada Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab.

36
Sesi bacaan lafaz ikrar.

39
Sesi bacaan lafaz ikrar.

61
Sesi bergambar kenangan bersama Pengarah Pengurusan PDRM, Dato' Sri Abdul Ghafar Rajab.



ArticlePublished 18 Jul 2018 12.28 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM