Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mati Disyaki Dibunuh Polis Cari Suami Anak Tiri

Diterbitkan: 18 Jul 2018 6.21 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Semporna, 18 Julai 2018 - Seorang lelaki maut selepas disyaki dibunuh oleh suami kepada anak tiri perempuannya di suatu lokasi tidak diketahui di daerah ini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mati-disyaki-dibunuh-polis-cari-suami-anak-tiri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:44 MYT

Semporna, 18 Julai 2018 - Seorang lelaki maut selepas disyaki dibunuh oleh suami kepada anak tiri perempuannya di suatu lokasi tidak diketahui di daerah ini, kelmarin.

Mangsa, Ali Omar, 40, yang parah dan tidak sedarkan diri dirawat di Hospital Semporna sebelum dipindahkan ke Hospital Lahad Datu dan disahkan meninggal dunia, jam 11 pagi semalam.

Difahamkan, mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dihantar ke Wad Kecemasan Hospital Semporna, jam 2.07 petang kelmarin, oleh seorang lelaki menaiki kereta PERODUA Kancil.

Curiga dengan keadaan mangsa, pihak hospital memaklumkan perkara itu kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas, berkata berdasarkan laporan itu, siasatan dilakukan dan polis menahan isteri mangsa kerana disyaki bersubahat dengan pembunuh suaminya, kira-kira jam 5 petang semalam.

"Siasatan mendapati, mangsa disyaki dibunuh oleh suami kepada anak tiri perempuannya selepas berlaku salah faham antara mangsa dengan isterinya.

"Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian belum dapat dipastikan. Polismenahan isteri mangsa kerana disyaki bersubahat atas pembunuhan ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Peter berkata, punca sebenar salah faham itu tidak dapat dipastikan kerana isteri mangsa tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis ketika disoal siasat.

Sumber : Berita Harian

"Kami juga sedang menyiasat pembabitan suspek utama yang kini menghilangkan diri. Usaha mengesan suspek terbabit giat dilakukan dan kami percaya dia bersembunyi di daerah ini," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

ArtikelDiterbitkan 18 Jul 2018 6.21 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM