Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lelaki Anggota Kumpulan Samun Cina Boy

Diterbitkan: 18 Jul 2018 2.14 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru, 18 Julai 2018 - Polis menahan seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan samun bersenjata “Cina Boy” yang terlibat sekurang-kurangnya lima kes samun di sekitar bandar raya ini dalam serbuan di rumahnya di Bandar Baru Kangkar Pulai, di sini, awal hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-anggota-kumpulan-samun-cina-boy
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:19 MYT

Johor Bahru, 18 Julai 2018 - Polis menahan seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan samun bersenjata “Cina Boy” yang terlibat sekurang-kurangnya lima kes samun di sekitar bandar raya ini dalam serbuan di rumahnya di Bandar Baru Kangkar Pulai, di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata suspek berumur 35 tahun itu ditahan pada kira-kira 1.30 pagi dan polismerampas lima telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah motosikal daripadanya.

Beliau berkata hasil siasatan awal, lelaki berkenaan mengaku terlibat lima kejadian samun bersenjatakan parang iaitu empat di kawasan Iskandar Puteri dan satu di kawasan Johor Bahru Utara.

“Suspek ialah anggota kumpulan dikenali sebagai "Cina Boy" yang diberikan bersempena nama ketua kumpulan yang masih bebas dan dia dipercayai baru sebulan bergiat aktif melakukan jenayah samun,” katanya di sini, hari ini.

Noor Hashim berkata hasil ujian saringan urin mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis methamphetamine.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jul 2018 2.14 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM