Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Warga Emas Curi Kereta Dicekup

Published: 04 Nov 2014 1.06 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 4 Nov - Seorang warga emas yang baru dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman selama dua tahun tiga bulan masih tidak serik melakukan kegiatan mencuri kereta apabila dia terus menjalankan jenayah itu di kawasan perumahan di sekitar ibu kota, Selangor dan Negeri Sembilan sejak dua bulan lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-emas-curi-kereta-dicekup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:56 MYT

Warga Emas Curi Kereta Dicekup

Kuala Lumpur, 4 Nov - Seorang warga emas yang baru dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman selama dua tahun tiga bulan masih tidak serik melakukan kegiatan mencuri kereta apabila dia terus menjalankan jenayah itu di kawasan perumahan di sekitar ibu kota, Selangor dan Negeri Sembilan sejak dua bulan lalu. 

Kegiatan suspek lelaki berusia 62 tahun itu terbongkar selepas dia ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di kawasan perumahan di Pantai Dalam di sini pada Selasa lepas. 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, suspek dipercayai bergerak secara solo dengan menggunakan modus operandi mencuri kenderaan yang diletakkan di tepi jalan di kawasan perumahan sebelum mengumpil pintu kenderaan berkenaan lalu menghidupkan enjin menggunakan kunci pendua. 

Sumber: Kosmo
ArticlePublished 04 Nov 2014 1.06 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM