Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Menyamar Polis Perdaya Mangsa

Diterbitkan: 04 Nov 2014 1.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Petaling Jaya, 4 Nov - Ahli sindiket hanya perlu menyamar sebagai Inspektor Faizal ataupun Sarjan Din. Namun itu sudah cukup untuk memperdaya lapan mangsa membayar wang 'tebus anak' berjumlah hampir RM200,000.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-menyamar-polis-perdaya-mangsa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:10 MYT

Sindiket Menyamar Polis Perdaya Mangsa

Petaling Jaya, 4 Nov - Ahli sindiket hanya perlu menyamar sebagai Inspektor Faizal ataupun Sarjan Din. Namun itu sudah cukup untuk memperdaya lapan mangsa membayar wang 'tebus anak' berjumlah hampir RM200,000. 

Suspek warga tempatan dikesan menyamar sebagai anggota polis untuk meminta wang kononnya bagi membebaskan anak mangsa yang ditahan atas jenayah dadah. 

Lebih membuat mangsa yakin apabila suspek menggunakan nombor telefon milik anak mereka ketika membuat panggilan selain turut mengetahui latar belakang ahli keluarga mangsa. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, modus operandi digunakan sindiket itu didapati tidak ubah seperti penipuan kad kredit dengan memalsukan nombor telefon Bank Negara atau Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. 

"Dalam kes ini penjenayah akan menghubungi mangsa yang rata-ratanya berusia 56 hingga 71 tahun. Suspek mendakwa anak mangsa ditahan atas kesalahan dadah dan boleh dijatuhkan hukuman gantung. 

"Mangsa kemudian diminta menyediakan sejumlah wang dalam tempoh singkat sebelum diarah menghantarnya di lokasi ditetapkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam. 

Lebih meyakinkan apabila mangsa juga dibenarkan bercakap dengan anak atau suami yang dipercayai dilakonkan suspek dalam tempoh singkat. 

Menurutnya, suspek menyamar sebagai Inspektor Wong, Inspektor Faizal ataupun Sarjan Din untuk melakukan penipuan yang dikesan aktif sepanjang Oktober lalu. 

"Mangsa yang mudah diperdaya kemudian menyerahkan wang kepada suspek dengan meletakkannya di lokasi ditetapkan seperti di bawah kerusi stesen bas, pondok telefon, tokong dan tong sampah. 

"Polis percaya semua mangsa kemungkinan sudah dikenal pasti identiti oleh sindiket itu. Ini berdasarkan kebolehan sindiket mengetahui latar belakang mangsa termasuk nombor telefon anak atau suami mangsa," katanya. 

Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 04 Nov 2014 1.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM