Artikel
Pencuci Pinggan Dipenjara 2 Tahun Curi Lebih Rm20 Ribu Duit Majikan
Kuala Lumpur, 4 Nov - Seorang bekas pencuci pinggan di restoran dipenjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku bersalah mencuri w...
Kuala Lumpur, 4 Nov - Seorang bekas pencuci pinggan di restoran dipenjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku bersalah mencuri wang majikannya berjumlah lebih RM20,000 pada Februari lalu.
Tertuduh, Sim Tse Ming, 50, mengaku mencuri wang tunai RM20,951.60 milik majikannya, Chua Ming Chin, 31, di Simple Life Healthy Vegetarian, No 50, Tingkat 2, Kompleks Beli-Belah Lot 10, Bukit Bintang, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi pada 3 Februari lalu.
Dia yang diwakili peguam Biro Bantuan Guaman, Mohd Azrul Hafizie Zakaria, dituduh mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Sumber: Berita Harian