Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Penggunaan Icops Perluas Skop Penugasan Trafik Bantu Jabatan Lain Pengarah Jspt

Diterbitkan: 28 Oct 2021 11.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kangar, 28 Oktober 2021 - Penggunaan teknologi alat pengimbas nombor pendaftaran kenderaan (iCOPS) telah memperluas skop penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sekali gus membolehkan membantu jabatan lain dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-penggunaan-icops-perluas-skop-penugasan-trafik-bantu-jabatan-lain-pengarah-jspt
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
Kangar, 28 Oktober 2021 - Penggunaan teknologi alat pengimbas nombor pendaftaran kenderaan (iCOPS) telah memperluas skop penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sekali gus membolehkan membantu jabatan lain dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah JSPT, CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, 40 alat pengimbas yang diperoleh secara berperingkat sejak 2016 itu, sebelum ini digunakan bagi tujuan mengesan kenderaan yang mempunyai saman tertunggak atau saman berstatus waran tangkap sahaja.

Beliau berkata, seiring dengan perkembangan terkini, fungsi iCOPS telah dipertingkatkan dengan sistem penyimpanan data saringan kenderaan bagi membina pangkalan data profil kenderaan yang dikenali sebagai Pusat Data iCOPS.

"Tanggungjawab JSPT adalah di jalan raya tetapi di situ juga pihak tertentu gunakan untuk (aktiviti jenayah) seperti penyeludupan, kemasukan pendatang tanpa izin, jadi dengan adanya alat canggih (iCOPS) ini kita dapat membantu penugasan jabatan lain seperti Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

"Kita akan semak dengan pusat data, misalnya jika kenderaan yang kita imbas didapati kereta curi atau dikehendaki, kita akan serahkan kepada JSJ atau JSJN untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Memperkenalkan Kenderaan Pengimbas Nombor Pendaftaran Kenderaan iCOPS di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/266033285319505/

Video Pilihan Penggunaan Icops Perluas Skop Penugasan Trafik Bantu Jabatan Lain Pengarah Jspt
ArtikelDiterbitkan 28 Oct 2021 11.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM