
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsj Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Kelantan
Kota Bharu, 28 Oktober 2021 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan mengadakan lawatan kerja bersempena taklimat pemeriksaan balai m...
Kota Bharu, 28 Oktober 2021 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan mengadakan lawatan kerja bersempena taklimat pemeriksaan balai mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini.
Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Polis negeri, CP Dato’ Shafien Mamat bersama para pegawai kanan IPK.
Matlamat dan objektif pemeriksaan itu dijalankan adalah bagi memastikan segala aspek kawal urus selia pentadbiran balai berjalan dengan lancar dan pengurusan aset serta peralatan yang dibekalkan berada dalam keadaan baik dan mencukupi.
Turut hadir, Timbalan Pengarah JSJ (Forensik/Perancang Strategik), DCP Tuan Ahmad Taufik Abdullah, Ketua Penolong Pengarah D1 JSJ, SAC Dato' Zainol Samah dan Ketua Penolong Pengarah Urusetia JSJ, SAC Datuk Dennis Lim Kwang Keng.
Sumber: Polis Kontinjen Kelantan